"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, December 18, 2009

Ustaz Arman kembali ke rahmatillah

bersama al-marhum(kanan) dan anak sulungnya ketika di Jordan pada tahun 1997


Sahabat saya Ustaz Arman bin Mohd Rusof telah kembali ke rahmatillah pada Sabtu, 12 Disember 2009 yang lepas kerana serangan stroke. Beliau meninggal di Jordan. Jawatan terakhir al marhum ialah sebagai pegawai atase pendidikan di MSD Jordan.

Saya belajar di Jordan bersama beliau dari tahun 1993 hingga 1997 walaupun tidak sama universiti. seterusnya kami sama-sama mengikuti KPLI pada 1998-1999 di Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor (MPI). Semasa di MPI, Al Marhum adalah YDP pelajar KPLI sementara saya memegang biro dakwah dan rohani.

Selepas selesai KPLI al marhum ditempatkan di Maahad Hamidiah Kajang dan ditukarkan ke JAPIM sebelum mendapat tawaran sebagai pegawai atase di Jordan pada tahun 2008. Kali terakhir saya berjumpa dengan al marhum beliau ialah pada penghujung 2007 di JAPIM, Putrajaya.

Jenazah al marhum tiba di Lapanngan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu pada malam 14 Disember 2009. Alhamdulillah, saya sempat menghadiri solat jenazah dan pengkebumian beliau di kampungnya di Ketereh .إنا لله وإنا إليه راجعون

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس

0 comments:

Post a Comment