"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, December 30, 2009

Syarahan perdana

Tempat:Masjid Negeri Selangor
Tarikh:19 Disember 2009
Oleh: Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi
Masa:selepas solat Maghrib

Iktibar dan pegajaran hijrah

Alhamdulillah saya berkesempatan melawat Malaysia selepas lima belas tahun tidak menjejaki bumi ini. Sebenarnya hubungan saya dengan Malaysia bukan baru. Ianya terjalin semenjak 1974. Kalau tidak silap saya ini kali kelapan atau kesembilan saya mengziarahi Malaysia. Sebelum ini saya datang untuk menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pada ketika itu presidennya ialah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pada malam ini saya tidak mahu menceritakan satu persatu peristiwa perjalanan hijrah nabi SAW dari Kota Mekah ke Yathrib kerana anda semua sudah mengetahuinya samada cerita benar mahupun yang bercampur aduk dengan khurafat.Cuma suka saya tegaskan bahawa tidak semua sirah yang kita belajar itu adalah sahih.

Cotohnya tidak ada hadis yang sabit daripada Nabi SAW bahawa dua ekor merpati membuat sarang dekat persembunyian baginda. Adapun tentang labah-labah maka ia adalah riwayat daripada hadis dhaif. Pada malam ini saya ingin menyentuh tentang iktibar yang boleh dipelajari daripada peristiwa hijrah.

Pelajaran pertama yang ingin saya sentuh ialah hijrah adalah pertolongan daripada Allah SWT kepada nabi SAW di dalam menyebarkan dakwah islamiah. Firman Allah SWT:

إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(at taubah:40)

Pelajran kedua yang dapat dipelajari daripda peristiwa hijrah ialah perancangan yang rapi. Nabi SAW di dalam perjalanannya dari Kota Mekah ke Yathrib telah membuat persiapan yang rapi lagi tersusun. Baginda telah memilih rakan karib baginda, Abu Bakar RA untuk menemani perjalanannya. Di samping itu beberapa orang telah dilantik untuk mempastikan hijrah ini berjalan dengan lancar. Siapa yang menjadi penunjuk jalan, pembekal makanan, pengintip dan lain-lain.

Pelajaran ketiga ialah bahawa hijrah itu adalah asas pembentukan masyarakat dan Negara Islam. Baginda nabi SAW di dalam pembentukan Negara ini antara lain telah membina masjid dan pasar. Baginda juga telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar. Dari sini kita lihat umat Islam telah hidup dengan kasih sayang dan bertoleransi antara satu sama lain. Hak persaudaraan ditunaikan melebihi hak sendiri. Allah sebut dalam quran:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung.(al hasyr:9)

0 comments:

Post a Comment