"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, December 31, 2009

Renungan buat penceramah agama


Firman Allah SWT:

أَتَأْمُرُونَ النّاسَ بِالْبِرّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?(al-baqarah:44)

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.(as saf:2-3)

Hadis Nabi SAW:

«يجاء بالرجل يوم القيامة فيلقى في النار فتندلق به أقتابه, فيدور بها في النار كما يدور الحمار برحاه, فيطيف به أهل النار فيقولون: يا فلان ما أصابك, ألم تكن تأمرنا بالمعروف وتنهانا عن المنكر ؟ فيقول: كنت آمركم بالمعروف ولا آتيه, وأنهاكم عن المنكر وآتيه» رواه البخاري ومسلم

Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang didatangkan pada hari kiamat dan dilemparkan kedalam neraka. Ususnya keluar dan dia berputar-putar seperti kaldai berputar-putar dengan pelananya. Para penduduk neraka mengelilingi orang itu dan berkata, `Wahai Fulan, mengapa engkau sedemikian itu? Bukankah engkau memerintahkan kebaikan dan melarang
kemungkaran?' Orang itu menjawab, `Dulu aku memerintahkan kalian untuk berbuat baik, tapi aku tidak melakukannya. Dan aku melarang kalian dari berbuat kemungkaran, tapi aku melakukannya'." (HR. Bukhari dan Muslim)

Penyair arab ada mengatakan

لا تنه عن خلق وتأتي مثله
عار عليك إذا فعلت عظيم

Jangan melarang satu perbuatan yang engkau melakukannya.
Celaan besar bagimu jika engkau melakukan itu.



Penggal pertama persekolahan 2010


Persekolahan penggal pertama 2010 akan bermula tak lama lagi. Anak-anak yang akan memulakan persekolahan kebanyakannya sudah bersedia dengan kelengkapan sekolah. Baju baru, kasut baru, beg sekolah baru dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, selepas cuti belajar selama dua tahun, saya ditempatkan kembali ke tempat saya bertugas, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Keningau, Sabah. Sebenarnya saya telah melapor diri pada 17 November lepas.

Bagi rakan-rakan yang dapat berpindah ke tempat baru saya ucapkan selamat bertugas dan selamat maju jaya. Bagi yang baru posting dan ditempatkan di Sabah saya mengucapkan selamt datang, "ahlan wa sahlan".

"Kalau jenis benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, dilambung ke langit menjadi bintang, di buang ke padang pasir menjadi wadi, tanah yang gersang menjadi subur".

Selamat Tahun Baru 1431H dan 2010M.

Wednesday, December 30, 2009

Kenapa berprasangka?



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (12)

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan (kecurigaan), kerana sebahagian dari curiga itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengintip satu sama lain. Adakah seseorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(al hujurat:12)

وَمَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا (28)

Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran.(an najm:28)

Syarahan perdana

Tempat:Masjid Negeri Selangor
Tarikh:19 Disember 2009
Oleh: Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi
Masa:selepas solat Maghrib

Iktibar dan pegajaran hijrah

Alhamdulillah saya berkesempatan melawat Malaysia selepas lima belas tahun tidak menjejaki bumi ini. Sebenarnya hubungan saya dengan Malaysia bukan baru. Ianya terjalin semenjak 1974. Kalau tidak silap saya ini kali kelapan atau kesembilan saya mengziarahi Malaysia. Sebelum ini saya datang untuk menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pada ketika itu presidennya ialah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pada malam ini saya tidak mahu menceritakan satu persatu peristiwa perjalanan hijrah nabi SAW dari Kota Mekah ke Yathrib kerana anda semua sudah mengetahuinya samada cerita benar mahupun yang bercampur aduk dengan khurafat.Cuma suka saya tegaskan bahawa tidak semua sirah yang kita belajar itu adalah sahih.

Cotohnya tidak ada hadis yang sabit daripada Nabi SAW bahawa dua ekor merpati membuat sarang dekat persembunyian baginda. Adapun tentang labah-labah maka ia adalah riwayat daripada hadis dhaif. Pada malam ini saya ingin menyentuh tentang iktibar yang boleh dipelajari daripada peristiwa hijrah.

Pelajaran pertama yang ingin saya sentuh ialah hijrah adalah pertolongan daripada Allah SWT kepada nabi SAW di dalam menyebarkan dakwah islamiah. Firman Allah SWT:

إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(at taubah:40)

Pelajran kedua yang dapat dipelajari daripda peristiwa hijrah ialah perancangan yang rapi. Nabi SAW di dalam perjalanannya dari Kota Mekah ke Yathrib telah membuat persiapan yang rapi lagi tersusun. Baginda telah memilih rakan karib baginda, Abu Bakar RA untuk menemani perjalanannya. Di samping itu beberapa orang telah dilantik untuk mempastikan hijrah ini berjalan dengan lancar. Siapa yang menjadi penunjuk jalan, pembekal makanan, pengintip dan lain-lain.

Pelajaran ketiga ialah bahawa hijrah itu adalah asas pembentukan masyarakat dan Negara Islam. Baginda nabi SAW di dalam pembentukan Negara ini antara lain telah membina masjid dan pasar. Baginda juga telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar. Dari sini kita lihat umat Islam telah hidup dengan kasih sayang dan bertoleransi antara satu sama lain. Hak persaudaraan ditunaikan melebihi hak sendiri. Allah sebut dalam quran:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung.(al hasyr:9)

Sunday, December 27, 2009

Muhadharah perdana

Syukur kepada Allah kerana saya dapat mengikuti muhadhrah perdana yang disampaikan oleh Al-allamah as-syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) dan di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam pada Sabtu, 19 Disember 2009. Saya catatkan sedikit intipati syarahan beliau.

Muhadharah Perdana

Oleh: As-syeikh Dr Yusuf Qaradhawi

Tempat:Dewan Plenari, PICC

Tarikh:19.12.2009

Masa: 9 pagi

Islam itu sejahtera. Islam itu selamat. Agama Islam dan umatnya menitikberatkan keselamatan dan ksejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kata nabi SAW "Islamlah, nsescaya engkau akan selamat".

Islam tidak sama sekali menggesa umatnya untuk memerangi dan memusuhi orang lain. Orang kafir tidak boleh dipaksa supaya memeluk Islam. Allah SWT bagitahu:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Sesiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.(al-baqarah:256)

Oreantalis mengatakan bahawa Islam tersebar dengan mata pedang. Ini adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Islam tersebar dengan dakwah yang penuh dengan hikmah dan kasih sayang. Islam tersebar dengan akhlak baik penganutnya. Islam tersebar dengan hujah dan ilmu yang boleh diterima akal manusia.

Di dalam Islam senjata digunakan untuk mempertahankan diri daripada musuh yang memulakan peperangan. Islam mengajar supaya umatnya tidak melampaui batas. Allah SWT bagitahu:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(al-baqarah:190)

Allah SWT tidak melarang umat Islam berbuat baik kepada orang kafir yang tidak memusuhi Islam. Firman-Nya dalam surah al – mumtahanah ayat 8:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Firman-Nya dalam surah al-anfal ayat 61:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, Maka cenderunglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya dialah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Banyak ayat di dalam al-quran yang menyarankan umatnya supaya berlaku adil, menjalinkan silatur rahim, berbuat baik sesama manusia, tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi. Inilah dia keindahan Islam.

Ayat yang menyuruh supaya umat Islam mengangkat senjata tidak banyak. Ayat-ayat ini jika diteliti menunjukkan bahawa ianyanya adalah bersebab, bukan semata-mata untuk membunuh. Di antara ayat-ayat itu ialah firman Allah SWT:

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka, kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(at-taubah:5)

Ayat seterusnya Allah SWT menegaskan:

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ

Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, Kemudian hantarkanlah ia ketempat yang aman baginya. demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.(at taubah:6)

Sabda Nabi SAW:

(يا أيها الناس! لا تتمنوا لقاء العدو واسألوا الله العافية. فإذا لقيتموهم فاصبروا. واعلموا أن الجنة تحت ظلال السيوف). ثم قام النبي صلى الله عليه وسلم وقال (اللهم! منزل الكتاب. ومجري السحاب. وهازم الأحزاب. اهزمهم وانصرنا عليهم).

Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertemu musuh dan mintalah kesejahteraan daripada Allah. Sekiranya kamu bertemu juga dengan musuh maka bersabarlah. Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah bayangan mata pedang.

Sunday, December 20, 2009

Ziarah kubur


Nabi SAW mengziarahi kubur kerana dua sebab, pertama untuk mengingati dan menginsafi diri tentang kematian dan yang kedua untuk mendoakan kepada simati. Ziarah kubur hukumnya sunat pada bila-bila masa.

Tidak ada nas sahih daripada nabi SAW amalan membaca quran di atas kubur. Al-Quran adalah pedoman dan petunjuk untuk diamalkan ketika hidup. Kita mengharapkan supaya pahala bacaan quran kita sampai kepada simati. Dalam hal ini Imam Ibnu Kathir menukilkan kata-kata Imam kita As Syafie ketika mentafsirkan surah an-najm ayat 39:

وأن ليس للإنسان إلا ما سعى , أي كما لا يحمل عليه وزر غيره, كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه, ومن هذه الاَية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله ومن اتبعه, أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى, لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم

{dan tidaklah bagi manusia kecuali apa-apa yang diusahakan} iaitu sebagaimana manusia tidak menanggung dosa orang lain, begitu juga tidak akan memperoleh pahala kecuali yang dikerjakan sendiri oleh dirinya. Daripada ayat ini Imam Syafie dan pengikutnya berkata bahawa hadiah pahala bacaan tidak sampai kepada simati kerana bukan daripada amalan dan usaha mereka.

Saya tidak pasti amalan turun temurun masyarakat kita membaca quran untuk simati samada kita ziarah kubur atau tidak ini berdasarkan kepada mazhab mana. Saya ada juga tengok persoalan ini dalam kitab at takirah oleh imam Qurtubi. Memang ada perbahasan di sana. Alhamdulillah. Sebenarnya orang kita tidak fanatik mazhab Syafie.

Friday, December 18, 2009

Banyaknya salam!



"Moga diari amalan brtmbh erti, diari kerja smakin brkualiti, hari-hari yg brlalu tdak lupa disyukuri. Salam Maal Hijrah 1431HIJRAH". Ini tulisan yang saya salin daripada sms yang dihantar ke telefon bimbit saya.

Hari ini salam maal hijrah, sebelum ini salam idil adha, salam ramadhan, salam idil fitri bahkan ada rakan blogger yang menulis salam rejab sempena bulan Rejab. Peringkat nasional sekarang sibuk dengan salam 1 Malaysia.

Banyaknya salam! Dulu kita diajar memberi dan menjawab salam. Memberi salam hukumnya sunat manakala menjawabnya adalah wajib. Lafaz salam sekurang-kurangnya "السلام عليكم" manakala jawapannya "وعليكم السلام"

Kata Nabi SAW:


عن أبي هريرة قال
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "والذي نفسي بيده لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا، أفلا أدلكم على أمرٍ إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم

Daripada Abi Hurairah katanya sabda Nabi SAW: "Demi nyawaku ditangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang antara kamu. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian satu perkara jika kamu amalkan kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu.

Hadis ini terdapat di dalam sunan Abi Daud, kitabul adab, bab menyebarkan salam. Soalan saya, jenis salam yang manakah yang dianjurkan oleh baginda nabi SAW supaya kita berkasih sayang? Anda mampu menjawabnya! WASSALAM.


Doa akhir tahun awal tahun

"Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun malam ini". Bunyi pesanan ringkas yang dibaca oleh Abang Rahim kepada saya kelmarin. Saya diam tanpa apa-apa komen. Begitu juga dengan kawan saya, Adib.

Hari ini 1 Muharram 1431H. Kelmarin adalah hari terakhir bagi tahun 1430H. Biasanya masyarakat kita akan mengadakan majlis membaca doa yang disebut sebagi doa akhir tahun dan doa awal tahun, samada dibaca berjemaah ataupun seorang diri.

Artikel berkenaan doa-doa tersebut telah banyak ditulis. Ada pro dan kontra. Ada yang keterlaluan mendukungnya sehingga menyatakan ianya sunnah yang perlu diikuti dan ada yang menentangnya dan menyatakan bahawa ianya bid'ah yang wajib dijauhi.

Menelusi hadis-hadis sahih, tidak diketemui satu pun riwayat yang mengatakan tentang doa akhir tahun dan awal tahun ini. Fadhilat membaca doa ini memang tak ada. Macamana nak ada fadilat sedangkan doa ini tidak diajar oleh Nabi SAW.

Lalu bagaimana orang yang membaca doa ini? Sebenarnya berdoa adalah ibadat yang digalakkan dalam Islam dan temasuk doa ialah doa yang dibaca pada akhir tahun dan awal tahun tadi. Cumanya kita perlu ingat beberapa perkara:

1.Tidak ada lafaz doa khusus yang diajar oleh Nabi SAW untuk dibaca pada akhir tahun dan awal tahun.
2.Fadhilat yang mengatakan bahawa syaitan bersungut tidak dapat menggoda orang yang membaca doa ini adalah tidak betul.
3.Nabi tidak pernah mengumpulkan para sahabat untuk membaca doa ini.

Bagi saya berdoa tidak salah pada bila masa dan di mana sekalipun. Nak baca doa akhir tahun awal tahun pun tak salah tapi janganlah kita meletakkan hukum sunat baca doa ini dan mendapat fadihlat itu dan ini.

Lebih malang jika kita sandarkan bahawa perkara ini warid dan menjadi amalan Nabi SAW. Semoga amalan kita bertepatan dengan sunnah. كل عام وأنتم بخير

Ustaz Arman kembali ke rahmatillah

bersama al-marhum(kanan) dan anak sulungnya ketika di Jordan pada tahun 1997


Sahabat saya Ustaz Arman bin Mohd Rusof telah kembali ke rahmatillah pada Sabtu, 12 Disember 2009 yang lepas kerana serangan stroke. Beliau meninggal di Jordan. Jawatan terakhir al marhum ialah sebagai pegawai atase pendidikan di MSD Jordan.

Saya belajar di Jordan bersama beliau dari tahun 1993 hingga 1997 walaupun tidak sama universiti. seterusnya kami sama-sama mengikuti KPLI pada 1998-1999 di Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor (MPI). Semasa di MPI, Al Marhum adalah YDP pelajar KPLI sementara saya memegang biro dakwah dan rohani.

Selepas selesai KPLI al marhum ditempatkan di Maahad Hamidiah Kajang dan ditukarkan ke JAPIM sebelum mendapat tawaran sebagai pegawai atase di Jordan pada tahun 2008. Kali terakhir saya berjumpa dengan al marhum beliau ialah pada penghujung 2007 di JAPIM, Putrajaya.

Jenazah al marhum tiba di Lapanngan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu pada malam 14 Disember 2009. Alhamdulillah, saya sempat menghadiri solat jenazah dan pengkebumian beliau di kampungnya di Ketereh .إنا لله وإنا إليه راجعون

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس

12 rakaat solat sunat

عن أم حبيبة زوج النبي صلى الله عليه وسلم؛ أنها قالت
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من عبد مسلم يصلي لله كل يوم ثنتي عشرة ركعة تطوعا، غير فريضة، إلا بني الله له بيتا في الجنة أو إلا بني له بيت في الجنة

Daripada Ummi Habibah, isteri Nabi SAW, kata beliau: Aku mendengar rasulallah SAW bersabda “Tidaklah seseorang hamba muslim melakukan solat sunat kerana mengharapkan keredaan Allah sebanyak 12 rakaat setiap harinya, melainkan Allah membina sebuah rumah untuknya di syurga,ataupun dibina baginya rumah di syurga” (Hadis riwayat Muslim).

Insya Allah, semoga kita dapat istiqamah solat sunat sebnyak 12 rakaat sehari semalam. Dalam hadis ini tidak dinyatakan apakah jenis solat yang dimaksudkan. Boleh saja kita lakukan mana-mana jenis solat sunat.

Menurut Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin solat tersebut ialah solat rawatib yang terdiri daripada:

4 rakaat sebelum zohor
2 rakaat selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isya'
2 rakaat sebelum subuh

Wallahu a'lam

Wednesday, December 2, 2009

Doa menghadapi orang zalim


اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول به بيننا وبين معاصيك، ومن طاعتك ما تبلغنا به جنتك، ومن اليقين ما تهون به علينا مصائب الدنيا، اللهم متعنا بأسماعنا، وأبصارنا، وقواتنا ما أحببتنا، واجعله الوارث منا، واجعل ثأرنا على من ظلمنا، وانصرنا على من عادانا، ولا تجعل مصيبتنا في ديننا، ولا تجعل الدنيا أكبر همنا، ولا مبلغ علمنا ولا تسلط علينا من لايرحمنا.




“ Ya Allah, berikanlah bagi kami dari rasa takut (kami) kepada-Mu sesuatu yang dapat menghalangi kami dari berbuat maksiat kepada-Mu, dan dari ketaatan (kami) kepada-Mu sesuatu yang dapat menyampaikan kami kepada surga-Mu, dan dari keyakinan (kami) sesuatu yang dapat meringankan musibah dunia atas kami, Ya Allah jadikanlah kami senantiasa dapat menikmati pendengaran kami, dan penglihatan kami, serta kekuatan kami selama Engkau hidupkan kami, dan jadikanlah itu pewaris dari kami, dan jadikan pembalasan kami atas orang-orang yang menzalimi kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang memusuhi kami, dan janganlah Engkau jadikan musibah yang menimpa kami terjadi pada agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai penyebab terbesar kesedihan kami, dan batas tertinggi pengetahuan kami, dan janganlah Engkau jadikan orang-orang yang tidak menyayangi kami berkuasa atas kami”.



عن أبي هريرة
أن رسول اللّه صلى الله عليه وسلم قال: أقرب ما يكون العبد من ربهِ وهو ساجدٌ، فأكثروا الدعاء

Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulalah SAW bersabda :"Keadaan hamba yang paling dekat dengan tuhannya ialah apabila ia dalam keadaan sujud, maka perbanyakkanlah doa(ketika sujud)