يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"O mankind! We have created you from a male and female, and made into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honourable of you with Allah is that who has a TAQWA. Verily, Allah is all-knowing, well-acquainted."
Kuliah Dr. Arif Ali Arif di Masjid UIAM pada 24.03.09
Setiap orang mesti muhasabah diri masing-masing sebelu dirinya dihisab oleh Allah di akhirat kelak.
عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
هذا حديث حسن. ومعنى قوله من دان نفسه يقول يحاسب نفسه في الدنيا قبل أن يحاسب يوم القيامة. ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Nabi SAW bersabda: “Orang cedik ialah orang yang selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas kematian”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabi.
Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi perniagaannya begitu juga setiap muslim mesti menghitung amalanya setiap masa dan ketika. Berapa banyakkah amalan soleh yang dilakukan? Macamana dengan solat kita? Khusukkah ia? Berapa kali dapat kita tunaikan solat secara berjamaah? Tutur kata kita bagaimana? Berapa kali kita telah mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sahabat kita?
Dan Katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Dalam menyiapkan tugasan universiti berapa orang yang menipu diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar ilmu wahyu. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Kamu adalah pembawa bendera agama. Rosak kamu maka rosak agama.
غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان
Doktor yang menipu merosakkan badan, orang alim menipu merosakkan agama.
Mari kita hisab diri kita. Syaitan adalah musuh kita yang nyata.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
Syaitan akan menguasai kita apabila kita berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kita dirahmati Allah swt. Amin.
Semalam saya membaca Utusan Malaysia secara online. Antara yang menarik perhatian saya ialah berita bertajuk Perokok "lebih hina daripada lembu”-Nik Aziz. Laporan menyebut bahawa ketika menyampaikan ceramah Jumaat tuan guru antara lain berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini. Sejauh mana kesahihan laporan tersebut tidaklah saya tahu kerana saya tidak mendengar sendiri. Umum mengetahui bahawa laporan dalam Utusan Malaysia bukanlah mutlak benar.
Menyentuh tentang rokok saya teringat masa belajar di MML dulu. Saya adalah di antara orang yang "naik syeikh" apabila isu rokok diperkatakan. Pernah dalam satu resolusi muktamar kepimpinan pelajar meluluskan supaya rokok diharamkan di sekolah termasuk di kantin. Sebenarnya memang tak boleh pun tapi pada ketika itu guru-guru secara terang-terangan merokok di kantin sekolah. Usul ini dibawa dan diperbahaskan oleh saya. Saya juga penah di "basuh" oleh seorang ustaz lantaran keceluparan mulut bertanya kepada mudir Al-Ustaz Nik Ab. Kadir tentang kelakuan guru-guru merokok di sekolah. Ketika simposium pelajar di ITM Kem Kijang saya juga tersasul sebut tentang rokok sehingga rakan saya Ghazali Daud(Sekarang mengajar di Tawau) meminta maaf kepada sidang bagi pihak saya.
Kali terakhir saya singgung masalah rokok ialah di atas mimbar khutbah di Masjid Kampung Padang Bongor pada penghujung tahun 2007. Saya tak sebut banyak pun cuma menyokong kempen Kerajaan Negeri menjayakan kempen sifar rokok 2008. Beberapa orang ahli jemaah yang sebelum ini yang"jelira" dengan khutbah saya tak berjelira pada hari itu. Mungkin sebab kena atas batang hidung. Pada hari Raya Korban yang lepas saya mendapat sms:"Hari ini hari ke 100 ambo berhenti merokok. Doakan semoga ambo dapat istiqamah". Kepada perokok-perokok lain, sudah-sudahlah tu!
Majlis ilmu bersama Dr. Abul Laith. Kitab Hadis sahih Bukhari. Hari ini dah habis kitab adhahi. Esok Dr kata nak baca kitabul buyu'. Pengajian setiap hari Isnin dan Selasa, selepas solat asr, bertempat di masjid IIUM.
8 - باب: قول النبي صلى الله عليه وسلم لأبي بردة: (ضَحِّ بالجَذَع من المعز، ولن تجزي عن أحد بعدك).
5236/5237 - حدثنا مسدَّد: حدثنا خالد بن عبد الله: حدثنا مُطَرِّف، عن عامر، عن البراء بن عازب رضي الله عنهما قال:
ضحَّى خال لي، يقال له أبو بردة، قبل الصلاة، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: (شاتك شاة لحم). فقال: يا رسول الله، إن عندي داجناً جَذَعة من المعز، قال: (اذبحها، ولن تصلح لغيرك). ثم قال: (من ذبح قبل الصلاة فإنما يذبح لنفسه، ومن ذبح بعد الصلاة فقد تمَّ نُسُكه وأصاب سنَّة المسلمين). تابعه عبيدة، عن الشَّعبي وإبراهيم، وتابعه وكيع، عن حُرَيث، عن الشَّعبي، وقال عاصم وداود، عن الشَّعبي: عندي عَنَاقُ لبنٍ. وقال زُبَيد وفراس، عن الشَّعبي: عندي جَذَعة. وقال أبو الأحوص: حدثنا منصور: عَنَاقٌ جَذَعةٌ. وقال ابن عون: عَنَاقٌ جَذَعٌ، عَنَاقُ لبنٍ. (5237) - حدثنا محمد بن بشار: حدثنا محمد بن جعفر: حدثنا شُعبة، عن سلمة، عن أبي جُحيفة، عن البراء قال: ذبح أبو بردة قبل الصلاة، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: (أبدلها). قال: ليس عندي إلا جَذَعة. قال شُعبة - وأحسبه قال: هي خير من مُسِنَّة - قال: (اجعلها مكانها ولن تجزي عن أحد بعدك). وقال حاتم بن وردان، عن أيوب، عن محمد، عن أنس، عن النبي صلى الله عليه وسلم. وقال: عَنَاقٌ جَذَعةٌ. [ر: 908]. 9 - باب: من ذبح الأضاحي بيده. 5238 - حدثنا آدم بن أبي إياس: حدثنا شُعبة: حدثنا قتادة، عن أنس قال: ضحَّى النبي صلى الله عليه وسلم بكبشين أملحين، فرأيته واضعاً قدمه على صِفَاحهما، يسمِّي ويكبِّر، فذبحهما بيده. [ر: 5233]. 10 - باب: من ذبح ضَحِيَّة غيره. وأعان رجل ابن عمر في بَدَنَتِهِ. وأمر أبو موسى بناته أن يضحِّين بأيديهنَّ. 5239 - حدثنا قتيبة: حدثنا سفيان، عن عبد الرحمن بن القاسم، عن أبيه، عن عائشة رضي الله عنها قالت: دخل عليَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم بِسَرِفَ وأنا أبكي، فقال: (ما لك أنَفِسْتِ). قلت: نعم، قال: (هذا أمر كتبه الله على بنات آدم، اقضي ما يقضي الحاج غير أن لا تطوفي بالبيت). وضحَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نسائه بالبقر. [ر: 290]. 11 - باب: الذبح بعد الصلاة. 5240 - حدثنا حجَّاج بن المنهال: حدثنا شُعبة قال: أخبرني زُبَيد قال: سمعت الشَّعبي، عن البراء رضي الله عنه قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يخطب فقال: (إن أول ما نبدأ به من يومنا هذا أن نصلي، ثم نرجع فننحر، فمن فعل هذا فقد أصاب سنَّتنا، ومن نحر فإنما هو لحم يقدِّمه لأهله، ليس من النُسُك في شيء). فقال أبو بردة: يا رسول الله، ذبحت قبل أن أصلي، وعندي جَذَعة خير من مُسِنَّة؟ فقال: (اجعلها مكانها، ولن تجزي - أو توفي - عن أحد بعدك). [ر: 908]. 12 - باب: من ذبح قبل الصلاة أعاد. 5241 - حدثنا علي بن عبد الله: حدثنا إسماعيل بن إبراهيم، عن أيوب، عن محمد، عن أنس، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من ذبح قبل الصلاة فَلْيُعِدْ). فقال رجل: هذا يوم يُشتهى فيه اللحم، وذكر من جيرانه، فكأن النبي صلى الله عليه وسلم عذره، وعندي جَذَعة خير من شاتين؟ فرخَّص له النبي صلى الله عليه وسلم، فلا أدري بلغت الرخصة أم لا، ثم انكفأ إلى كبشين، يعني فذبحهما، ثم انكفأ الناس إلى غُنَيمة فذبحوها. [ر: 911، 5233]. 5242 - حدثنا آدم: حدثنا شُعبة: حدثنا الأسود بن قيس: سمعت جندب بن سفيان البجلي قال: شهدت النبي صلى الله عليه وسلم يوم النحر، فقال: (من ذبح قبل أن يصلي فَلْيُعِدْ مكانها أخرى، ومن لم يذبح فليذبح). [ر: 942]. 5243 - حدثنا موسى بن إسماعيل: حدثنا أبو عوانة، عن فراس، عن عامر، عن البراء قال: صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فقال: (من صلى صلاتنا، واستقبل قبلتنا، فلا يذبح حتى ينصرف). فقام أبو بردة بن نيار فقال: يا رسول الله، فعلتُ. فقال: (هو شيء عَجَّلْتَهُ). قال: فإن عندي جَذَعة هي خير من مُسِنَّتَين، آذبحها؟ قال: نعم، ثم لا تجزي عن أحد بعدك). قال عامر: هي خير نَسيكتيه. [ر: 908]. 13 - باب: وضع القدم على صَفْح الذبيحة. 5244 - حدثنا حجَّاج بن منهال: حدثنا همَّام، عن قتادة: حدثنا أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يضحِّي بكبشين أملحين أقرنين، ووضع رجله على صفحتهما، ويذبحهما بيده. [ر: 5233]. 14 - باب: التكبير عند الذبح. 5245 - حدثنا قتيبة: حدثنا أبو عوانة، عن قتادة، عن أنس قال: ضحَّى النبي صلى الله عليه وسلم بكبشين أملحين أقرنين، ذبحهما بيده، وسمَّى وكبَّر، ووضع رجله على صفاحهما. [ر: 5233]. 15 - باب: إذا بعث بِهَدْيِهِ ليُذبح لم يَحْرُمْ عليه شيء. 5246 - حدثنا أحمد بن محمد: أخبرنا عبد الله: أخبرنا إسماعيل، عن الشَّعبي، عن مسروق: أنه أتى عائشة فقال لها: يا أم المؤمنين، إن رجلاً يبعث بالهدي إلى الكعبة ويجلس في المصر، فيوصي أن تُقَلَّدَ بَدَنَتُهُ، فلا يزال من ذلك اليوم مُحْرِمَاً حتى يَحِلَّ الناس، قال: فسمعت تصفيقها من وراء الحجاب، فقالت: لقد كنت أفتل قلائد هدي رسول الله صلى الله عليه وسلم، فيبعث هَدْيَهُ إلى الكعبة، فما يحرم عليه مما حلَّ للرجل من أهله، حتى يرجع الناس. [ر: 1609].
16 - باب: ما يؤكل من لحوم الأضاحي وما يُتزوَّد منها. 5247 - حدثنا علي بن عبد الله: حدثنا سفيان: قال عمرو: أخبرني عطاء: سمع جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: كنا نتزود لحوم الأضاحي على عهد النبي صلى الله عليه وسلم إلى المدينة. وقال غير مرة: لحوم الهدي. [ر: 1632]. 5248 - حدثنا إسماعيل قال: حدثني سليمان، عن يحيى بن سعيد، عن القاسم: أن ابن خبَّاب أخبره: أنه سمع أبا سعيد يحدث: أنه كان غائباً فقدم، فقُدِّم إليه لحم، قالوا: هذا من لحم ضحايانا، فقال: أخِّروه لا أذوقه، قال: ثم قمت فخرجت، حتى آتي أخي أبا قتادة، وكان أخاه لأمه، وكان بدرياً، فذكرت ذلك له، فقال: إنه قد حدث بعدك أمر. [ر: 3775]. 5249 - حدثنا أبو عاصم، عن يزيد بن أبي عبيد، عن سلمة بن الأكوع قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: (من ضحَّى منكم فلا يصبحنَّ بعد ثالثة وفي بيته منه شيء). فلما كان العام المقبل، قالوا: يا رسول الله، نفعل كما فعلنا عام الماضي؟ قال: (كلوا وأطعموا وادَّخروا، فإنَّ ذلك العام كان بالناس جهد، فأردت أن تُعينوا فيها).
5250 - حدثنا إسماعيل بن عبد الله قال: حدثني أخي، عن سليمان، عن يحيى بن سعيد، عن عمرة بنت عبد الرحمن، عن عائشة رضي الله عنها قالت: الضحية كنا نملِّح منها، فنقدم به إلى النبي صلى الله عليه وسلم بالمدينة، فقال: (لا تأكلوا إلا ثلاثة أيام). وليست بعزيمة، ولكن أراد أن يُطْعِمَ منه، والله أعلم.
5251 - حدثنا حِبَّان بن موسى: أخبرنا عبد الله قال: أخبرني يونس، عن الزُهري قال: حدثني أبو عبيد، مولى ابن أزهر: أنه شهد العيد يوم الأضحى مع عمر بن الخطاب رضي الله عنه، فصلى قبل الخطبة، ثم خطب الناس، فقال: يا أيها الناس، إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد نهاكم عن صيام هذين العيدين، أما أحدهما فيوم فطركم من صيامكم، وأما الآخر فيوم تأكلون نُسُككم. قال أبو عبيد: ثم شهدت مع عثمان بن عفان، فكان ذلك يوم الجمعة، فصلى قبل الخطبة، ثم خطب فقال: يا أيها الناس، إن هذا يوم قد اجتمع لكم فيه عيدان، فمن أحب أن ينتظر الجمعة من أهل العوالي فلينتظر، ومن أحب أن يرجع فقد أذنت له. قال أبو عبيد: ثم شهدته مع علي بن أبي طالب، فصلى قبل الخطبة، ثم خطب الناس فقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهاكم أن تأكلوا لحوم نُسُككم فوق ثلاث. وعن معمر، عن الزُهري، عن أبي عبيد نحوه. [ر: 1889].
5252 - حدثنا محمد بن عبد الرحيم: أخبرنا يعقوب بن إبراهيم بن سعد، عن ابن أخي ابن شهاب، عن عمه ابن شهاب، عن سالم، عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (كلوا من الأضاحي ثلاثاً). وكان عبد الله يأكل بالزيت حين ينفر من مِنًى، من أجل لحوم الهدي.
Iman kita lemah.Selemah bayi yang baru lahir.Iman kita nipis. Senipis kulit bawang yang sememangnya nipis.Inilah realiti sebenar yang kita hadapi. Kita berdepan dengan satu masalah yang maha dahsyat dan maha hebat.Masalah iman.
Kenapa Iman?Kenapa ianya dipermasalahkan?Seorang pemikir Islam mengatakan bahawa segala permasalahan yang berlaku di sekeliling pening kita ini adalah berpunca daripada iman di dada.Masalah sosial yang amat parah.Remaja lari dari rumah.Bayi dibuang hasil daripada persetubuhan luar nikah.Rompak samun sana sini.Sebut apa saja masalah masalah yang bertali arus justeru semuanya berpunca daripada kelemahan iman.
Iman ialah percaya.Secara istilahnya ia merupakan satu iqrar yang dilafaz dengan lidah,percaya dalam hati dan diterjemahkan kepercayaan itu dengan amalan zahir.
Seseorang yang beriman tidak akan berzina ketika dia berzina dalam dirinya ada iman.Begitu juga tidak akan mencuri ketika ia mencuri ada iman dalam dirinya.Dalam Sahih Ibn Hibban ada satu hadis:
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ولا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن والتوبة معروضة بعد.
Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawaiman sipencuri, penzina dan peminum arak tercabut ketika mereka mencuri, berzina dan minum arak. Mereka mesti kembali kepada iman dan bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.Pendek kata orang beriman tidak akan melakukan sesuatu yang bisa mendatangkan kemurkaandaripada Allah Azzawajall.Oleh itu amat penting bagi kita dalam mengendalikan masalah yang timbul dengan kita berusaha ke atas iman.
Usaha membaiki iman amat perlu dilaksanakan dengan kadar maksimun.Sudah banyak kaedah dan cara yang diambil untuk menangani masalah sosial negara kita namun ianya menemui jalan buntu.Gagal.Malah penyakit masyarakat semakin bertambah tidak berkurang.Berkata Imam Malik"Sesungguhnya tidak akan baik umat ini kecuali kita ikut umat terdahulu". Umat yang sudah diiktiraf oleh Alah dan diredai olh-Nya. Firman Allah SWT dalam surah At-taubah ayat 100:
100.Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
Sejak kebelakangan negara kita ditimpa pelbagai kekalutan dan kepincangan sana-sini. Masyarakat bergaduh sesama sendiri, pemimpin rasuah, rompak samun, pecah rumah, remaja lari dari rumah, pembuangan bayi, khalwat, masalah dadah dan sebagainya. Kita amat memerlukan penawar mujarab bagi mengatasi kemelut tersebut. Penawarnya memang ada. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 96:
96.Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Inilah janji Allah,Tuhan pencipta seisi alam.Lalu bagaimana dengan pola fikir kita?Adakah kita mahu mengikuti seruan Ilahi ataupun ajakan dan tuntunan syaitan menjadi pilihan di hati?Tepuk dada tanyalah iman.Insya Allah kita akan aman. Jangan tanya kata hati yang berterasakan hawa nafsu, kelak kita akan mati lesu. Jom usaha atas iman!
أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال: (كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل). وكان ابن عمر يقول: إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك. البخاري
Daripada Abdillah ibn Umar(RA) katanya: Rasulullah (SAW) memegang bahuku seraya bersabda: Jadikan dunia kamu seperti kamu seorang dagang atau musafir. Abdullah bin Umar ada berkata: Apabila kamu berada pada petang hari, maka jangan kamu menuggu waktu pagi, apabila kamu berada pada waktu petang maka jangan kamu menunggu waktu pagi, dan ambillah peluang kesihatan kamu sebelum sakit dan waktu hidup kamu sebelum mati.(Bukhari)
عن بن عباس رضى الله تعالى عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك . الحاكم
Daripada Ibn Abbas (RA) katannya sabda Nabi (SAW) ketika menasihati seorang lelaki "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: waktu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum mati."(Al-Hakim)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس: الصحة والفراغ). البخاري
Daripada Ibn Abbas(RA) katanya: Sabda Nabi(SAW): Dua nikmat yang mana banyak manusia rugi(kerana tidak mengambil peluang manfaat daripada keduanya) iaitu sihat dan waktu lapang(Al-Bukhari)
Secara rasminya para pelajar yang belajar di UIAM bagi semester 2 08/09 akan menduduki final exam pada 3 Apriم hingga 18 April 09. Kalau decentralized lagi awal. Pada waktu ini para pelajar sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan untuk dihantar sebelum atau pada hari peperiksaan mengikut ketetapan pensyarah masing-masing. Nampaknya semua sudah nampak kalut. Yang itu tak siap yang ini tak mula. Ada yang baru nak mula, ada yang sedang membuat kerja-kerja akhir dan ada yang sudah submit. Ramai yang gelabah dan tension.
Hadis-hadis di atas memberi peringatan dan pengajaran kepada kita agar tidak menagguh kerja dan buat pada minit-minit terakhir. Kepada rakan-rakan samada PG atau UG, masih ada masa lagi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat menduduki peperiksaan! All the best.
2432 - حدثنا أبو حفص عمرو بن علي أخبرنا خالد بن الحارث أخبرنا شعبة عن علي بن زيد عن عبد الرحمن بن أبي بكرة عن أبيه:
- (أن رجلا قال يا رسول الله أي الناس خيرٌ؟ قال من طال عمره وحسن عمله قال فأي الناس شر؟ قال من طال عمره وساء عمله) .
14-Bab panjang umur bagi orang mukmin.
2432-Seorang lelaki bertanya kepada Rasulillah siapakah sebaik-baik manusia? Jawab Baginda ORANG YANG PANJANG UMURNYA DAN BAIK AMALANNYA. Lelaki tadi bertanya siapakah sejahat-jahat manusia? Jawab Baginda ORANG YANG PANJANG UMURNYA DAN BURUK AMALANNYA.
(Hadis ini terdapat dalam jami’ tirmizi)
Anak saya yang kedua lahir pada 20 Mac 2002 di Hospital Beufort, Sabah. Hari ini ialah ulang tahun kelahirannya yang ke-7. Saya tak dapat bersamanya hari ini kerana masih di UIAM. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.
9. Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebihkuat dari mereka (sendiri) dan Telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang Telah mereka makmurkan. dan Telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.
44. Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.
21. Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, Maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah.
82. Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, Maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.
Sangkut lagi! Ayat-ayat di atas adalah di antara ayat yang selalu membuatkan para huffaz tersangkut ketika إعادة. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana untuk memantapkan hafazan ayat-ayat yang متقاربة seperti ayat-ayat di atas.
1) Fokus kepada ayat-ayat ini. 2) Ketika sampai kepada ayat-ayat yang ada persamaan terus link kepada kumpulannya. 3) Tarkiz di mana kedudukan ayat-ayat ini,(kanan,kiri,atas,tengah,bawah) dan hitung berapa kalimah dalam satu baris serta ingat berapa beza kalimah antara satu sama lain. 4) Kena tikrar dalam solat 5)Ketika jadi imam baca ayat-ayat ini. Kebanyakan imam huffaz menumpukan ayat-ayat dan surah tertentu ketika menjadi imam.
اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك, برحمتك يا أرحم الراحمين
Saya pulang ke Keningau sempena cuti maulidur rasul pada 5 hingga 10 Mac yang lepas. Kepulangan saya biasanya amat dialukan-alukan oleh jemaah masjid Pekan Keningau. Isteri dan anak-anak lebih-lebih lagilah. Alhamdulillah, sempat juga membuat pengisian ilmu kepada masyarakat setempat. Pada malam Isnin saya diminta menjadi pegerusi mengendalikan Forum Perdana Maulid Rasul, bertempat di Masjid Pekan Keningau. Pada malam Selasa pula saya berceramah di Masjid Tudan Baru. Pagi Selasa 10hb. saya turun ke Kota Kinabalu jam 4 pagi, terus terbang ke Kuala Lumpur. Berkenaan forum, ahli panelnya ialah Ustaz Kamal, Ustazah Noryazidah dan Ustaz Zul Fakr. Sambutan amat menggalakkan samada daripada kalangan muslimin mahupun muslimah.
Pada hari yang lain, seorang muslimah bertaraf ustazah telah meminta saya supaya menyatakan hukum berkaitan perempuan memasuki masjid. Saya tidak terus menjawabnya. Jika orang awam bertanya bolehkah perempuan haid masuk masjid saya akan jawab terus "tak boleh". Habis cerita. Memandangkan yang bertanya itu ustazah, saya merasakan jawapan perlu kepada huraian mendalam. Hukum perempuan haid memasuki masjid adalah KHILAF dalam kalangan para ulama. Berikut saya nukilkan pendapat ulama tentang permasalahan tersebut:
Jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa wanitahaid tidak boleh tidak boleh berdiam di dalam masjid. Namun Imam Dawud Az-Zahiri membolehkan wanita haid dan orang junub berdiam di masjid. Asal perbezaan pendapat itu karena para ulama berselisih pendapat tentang hadis Nabi saw. yang bemaksud, “Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang junub.” (HR Abu Daud). Jumhur ulama menganggap hadis ini sahih atau hasan, boleh diamalkan dan dijadikan hujjah. Namun ada ulama yangmenganggapnya sebagai hadis dhaif yang tidak layak dijadikan hujjah. Karenanya mereka tidak mengamalkannya.
Ini pula saya copy & paste daripada laman soal jawab Islam yang terkenal, iaitu Islam QA dan Islam-online
امرأة حائض تريد دخول المسجد لحضور مجلس علم أو حلقة لتحفيظ القرآن مع العلم بأنها مواظبة على ذلك بشكل أساسي ، وإن تغيبت للحيض سيفوتها مسائل سيتعذر عليها إدراكها فيما بعد ، فهل يجوز لها الحضور بشروط معينة استثناء وما هو رأى العلماء الراجح في المسألة ؟.
الحمد لله
أولا :
ذهب جمهور الفقهاء من أصحاب المذاهب الأربعة إلى أنه لا يجوز للحائض أن تمكث في المسجد ، واستدلوا على ذلك بما رواه البخاري (974) ومسلم (890) عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ : ( أَمَرَنَا تَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ ) .
فمنع النبي صلى الله عليه وسلم الحائض من مصلى العيد ، وأمرها باعتزاله ، لأن له حكم المسجد ، فدل على منعها من دخول المسجد .
واستدلوا بأحاديث أخرى ولكنها ضعيفة لا يصح الاحتجاج بها ، منها قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلا جُنُبٍ ) والحديث ضعفه الألباني في ضعيف أبي داود (232) .
وسئل علماء اللجنة الدائمة للإفتاء (6/272) :
ما حكم الشرع في حق المرأة التي تدخل المسجد وهي حائض للاستماع إلى الخطبة فقط ؟
فأجابوا : لا يحل للمرأة أن تدخل المسجد وهي حائض أو نفساء . . . أما المرور فلا بأس إذا دعت إليه الحاجة وأمن تنجيسها المسجد لقوله تعالى : ( وَلا جُنُباً إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا ) النساء/43 ، والحائض في معنى الجنب ؛ ولأنه أمر عائشة أن تناوله حاجة من المسجد وهي حائض " انتهى من "فتاوى اللجنة الدائمة" (6/272) .
وسئل الشيخ ابن عثيمين رحمه الله : هل يجوز للحائض حضور حلق الذكر في المساجد ؟
فأجاب : " المرأة الحائض لا يجوز لها أن تمكث في المسجد ، وأما مرورها بالمسجد فلا بأس به ، بشرط أن تأمن تلويث المسجد مما يخرج منها من الدم ، وإذا كان لا يجوز لها أن تبقى في المسجد ، فإنه لا يحل لها أن تذهب لتستمع إلى حلق الذكر وقراءة القرآن ، اللهم إلا أن يكون هناك موضع خارج المسجد يصل إليه الصوت بواسطة مكبر الصوت ، فلا بأس أن تجلس فيه لاستماع الذكر ، لأنه لا بأس أن تستمع المرأة إلى الذكر وقراءة القرآن كما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يتكئ في حجر عائشة ، فيقرأ القرآن وهي حائض ، وأما أن تذهب إلى المسجد لتمكث فيه لاستماع الذكر ، أو القراءة ، فإن ذلك لا يجوز ، ولهذا لما أُبلغ النبي عليه الصلاة والسلام في حجة الوداع ، أن صفية كانت حائضا قال : ( أحابستنا هي ؟ ) ظن صلى الله عليه وسلم ، أنها لم تطف طواف الإفاضة فقالوا إنها قد أفاضت ، وهذا يدل على أنه لا يجوز المكث في المسجد ولو للعبادة . وثبت عنه أنه أمر النساء أن يخرجن إلى مصلى العيد للصلاة والذكر ، وأمر الحيض أن يعتزلن المصلى " انتهى من "فتاوى الطهارة" (ص 273) .
للحائض أن تقرأ القرآن دون أن تمس المصحف ، على ما هو مبين في جواب السؤال (2564) .
ولها أن تقرأ من المصحف المطبوع مع التفسير ، قال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله : " وأما كتب التفسير فيجوز مسها ؛ لأنها تعتبر تفسيرا ، والآيات التي فيها أقل من التفسير الذي فيها .
ويستدل لهذا بكتابة النبي صلى الله عليه وسلم الكتب للكفار ، وفيها آيات من القرآن ، فدل هذا على أن الحكم للأغلب والأكثر .
أما إذا تساوى التفسير والقرآن ، فإنه إذا اجتمع مبيح وحاظر ولم يتميز أحدهما برجحان ، فإنه يغلب جانب الحظر فيعطى الحكم للقرآن .
وإن كان التفسير أكثر ولو بقليل أعطي حكم التفسير " انتهى من "الشرح الممتع" (1/267) .
ثالثا :
ما ورد في السؤال من خشية فوات بعض المسائل والدروس على الحائض إذا امتنعت من دخول المسجد ، يمكن تلافيه بتسجيل هذه الدروس ، أو الاستماع إليها من خارج المسجد ، إن أمكن ذلك ، وينبغي أن يلحق ببعض المساجد ملحقات خاصة لا تأخذ حكم المسجد ، تجعل كمكتبة أو دار للتحفيظ ، تتمكن صاحبات العذر من الجلوس فيها دون حرج .
والله أعلم .
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
فقد اختلف الفقهاء في دخول الحائض المسجد، ومكثها فيه، واستشهد من أجاز ذلك بضعف حديث منع الحائض من الجلوس في المسجد، وبأن المؤمن لا ينجس، وتيسيرا على الحائض وللضرورة يمكن الأخذ بمذهب الحنابلة بجواز الجلوس في المسجد للعلم.
يقول فضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي في كتابه فقه الطهارة:
اختلف الفقهاء كثيرا في لبث الجنب والحائض في المسجد، بلا وضوء، لقوله تعالى: (ولا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون، ولا جنبا إلا عابري سبيل حتى تغتسلوا) النساء:
ومعنى (عابري سبيل): أي مجتازي طريق.
وأجاز الحنابلة اللبث للجنب في المسجد إذا توضأ، لما روى سعيد بن منصور والأثرم عن عطاء بن يسار قال: رأيت رجالا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، يجلسون في المسجد، وهم مجْنبون، إذا توضأوا وضوء الصلاة.
ترجيح جواز اللبث في المسجد للجنب والحائض:
وهناك من الفقهاء من أجازوا للجنب ـ وكذلك للحائض والنفساء ـ اللبث في المسجد، بوضوء أو بغير وضوء، لأنه لم يثبت في ذلك حديث صحيح، وحديث "إني لا أحل المسجد لحائض ولا جنب" ضعفوه، ولا يوجد ما ينهض دليلا على التحريم، فيبقى الأمر على البراءة الأصلية.
وإلى هذا ذهب الإمام أحمد والمزني وأبو داود وابن المنذر وابن حزم، واستدلوا بحديث أبي هريرة في الصحيحين وغيرهما: "المسلم لا ينجس". وكذلك قياس الجنب على المشرك، فقد أجيز للمشرك وغير المسلم دخول المسجد،
فالمسلم الجنب أولى.
وأنا أميل إلى هذا اتباعا للأدلة، وجريا على منهجنا في التيسير والتخفيف، وخصوصا على الحائض، فإنها أولى بالتخفيف من الجنب، لأن الجنابة يجلبها الإنسان باختياره، ويمكنه وقفها باختياره، أي بالغسل، بخلاف الحيض، فقد كتبه الله على بنات آدم، فلا تملك المرأة أن تمنعه، ولا أن تدفعه قبل أوانه، فهي أولى بالعذر من الجنب. وبعض النساء يحتجن إلى المسجد لحضور درس أو محاضرة أو نحو ذلك، فلا تمنع منه.أ.هـ
والله أعلم
Komentar saya.
Beberapa pertimbangan lain perlu dibincangkan bersama dalam bab ini.
Pertimbangan pertama: Sayugia diingat bahawa taqwallah adalah kunci kemuliaan kita. Sifat taqwa mesti menjadi pakaian hidup kita walau di mana kita berada. Quran dan hadis rujukan kita. Dalam Quran Allah sebut:
Pertimbangan kedua: Biasanya kita ke masjid untuk beribadat, solat berjamaah,beriktikaf, berzikir dan sebagainya. Dalam bab solat berjamaah, Nabi tidak memberati para mulimah supaya berjamaah di masjid sebagaimana lelaki. Kehadiran muslimah untuk solat berjamaah di masjid ketika tidak uzur pun bersyarat bagaimana pula kalau uzur?. Dalam sunan Al-Baihaqi, kitab solat ada satu bab:
باب خير مساجد النساء قعر بيوتهن
[ 5142 ] أخبرنا أبو عبد الله الحافظ أنبأ أبو العباس محمد بن أحمد المحبوبي بمرو ثنا سعيد بن مسعود ثنا يزيد بن هارون ثنا العوام بن حوشب حدثني حبيب بن أبي ثابت عن بن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تمنعوا نساءكم المسجد وبيوتهن خير لهن
[ 5143 ] وأخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا محمد بن عبد الله بن عبد الحكم أنبأ بن وهب ثنا عمرو بن الحارث أن دراجا أبا السمح أخبره عن السائب مولى أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم قال خير مساجد النساء قعر بيوتهن
Juga dalam mustadrak Al-Hakim hadis nabi SAW:
[ 756 ] ما حدثناه أبو العباس محمد بن يعقوب أنبأ محمد بن عبد الله بن عبد الحكم أنبأ بن وهب أنبأ عمرو بن الحارث أن دراجا أبا السمح حدثه عن السائب مولى أم سلمة عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم خير مساجد النساء قعر بيوتهن.
Pertimbangan ketiga: Perempuan keluar dari rumah:
Dalam Sahih Ibn Hibban
[ 5598 ] أخبرنا عمر بن محمد الهمداني قال حدثنا أحمد بن المقدام العجلي حدثنا المعتمر بن سليمان قال سمعت أبى يحدث عن قتادة عن أبى الأحوص عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم قال المرأة عورة وانها إذا خرجت استشرفها الشيطان وانها لا تكون الى وجه الله أقرب منها في قعر بيتها
Begitu juga dalam Sahih Ibnu Khuzaimah melaporkan perkara yang sama.
Pertimbangan keempat: Tidak dapat dipertikaikan bahawa masyarakat kita beramal dengan Mazhad Syafie yang berpendapat haram perempuan haid masuk dan berdiam dalam masjid. Ya betul, mazhab dan pandangan lain boleh diamalkan tapi sayugia difaham bahawa di sana ada adat muhkamah, uruf, fiqh dakwah dan lain-lain yang perlu diraikan. Elakkan fitnah orang awam. Lagipun di sana ada qaedah:
الخروج عن الخلاف مستحب
والله تعالى أعلم بالصواب.
Untuk lebih lanjut rujuklah kitab-kitab feqah berkenaan dengan bab ini atau klik link di bawah:
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ (23) 23. Allah Telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang , gemetar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, Kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.
Al-Quran ya ummatal Quran!
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (2) 2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Al-Quran ya ummatal Quran!
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا (82) 82. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya.
Al-Quran ya ummatal Quran!
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآَنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (204) 204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.
Al-Quran ya ummatal Quran! وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآَنَ مَهْجُورًا (30) 30. Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan".
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) 29. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,
Al-Quran ya ummatal Quran! أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (24) 24. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran,bahkan hati mereka terkunci?
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) 21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Al-Quran ya ummatal Quran!
وَلَوْ أَنَّ قُرْآَنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَلْ لِلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعًا أَفَلَمْ يَيْئَسِ الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا وَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا تُصِيبُهُمْ بِمَا صَنَعُوا قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِنْ دَارِهِمْ حَتَّى يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ (31) 31. Dan sekiranya ada suatu bacaan (Kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quran Itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka Tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
74. Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, Karena takut kepada Allah. dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.
Ya, hati kita keras seperti batu. Batupun walaupun keras bisa dileburkan dengan titisan air yang jatuh ke atasnya tapi bagaimana dengan hati kita? Apa perasaan kita terhadap Al-Quran? Hari ini sudahkah kita membaca Al-Quran? Berapa kali dalam setahun kita khatam Al-Quran? Satu kali? Dua Kali? Tidak sekali-kali? Ya Allah! Lemahnya iman ini. Berapa ramai yang gelisah kalau tak dapat baca Al-Quran dalam satu hari? Kebanyakan manusia kalau tak baca surat khabar tak boleh duduk diam tapi Al-Quran tak disentuh semenjak sebulan tak peduli langsung. Itu baru tahap membaca belum lagi menghayati dan amali.
Kita akan mengeluh panjang jika imam baca ayat panjang dalam sembahyang. Tak larat berdiri lama-lama tapi sanggup berdiri beratur panjang berjam-jam untuk ambil duit daripada mesin ATM terutama pada setiap 25 haribulan atau pada penghujung setiap bulan. Bila kali terakhir kita baca Al-Quran tak termasuk semasa sembahyang?
Masyarakat kita biasanya baca quran pada waktu kematian. Mati seseorang maka Al-Quran kedengaran. Adakah Al-Quran untuk itu? Al-Quran untuk orang hidup. Dipelajari, dibaca, dihayati dan lain-lain hak dan kewajipan kita terhadap Al-Quran. Masa hidup inilah untuk kita membca Al-Quran.
Allah sebut dalam Al-Quran(An-najm 39)
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى (39) 39. Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya,
Berkata Al-Imam Hafiz Ibnu Katsir dalam tafsirnya yang terkenal dengan Tafsir Ibnu Katsir:
أي كما لا يحمل عليه وزر غيره, كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه, ومن هذه الاَية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله ومن اتبعه, أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى, لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء, ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة رضي الله عنهم, ولو كان خيراً لسبقونا إليه, Yaitu sebagaimana orang lain tidak boleh menanggung dosa orang lain, begitu jugalah orang lain tidak mendapat pahala kecuali yang diusahakan olehnya sendiri. Daripada ayat ini, Al-Imam as Syafie dan pengikutnya berpendapat bahawa tidak sampai hadiah pahala bacaan kepada simati, kerana bukan daripada amalan dan usaha mereka, kerana itu Nabi tidak menggesa umatya serta tidak menggalakkan dan tidak memberi petunjuk ke arah itu dengan nas atau isyarat, dan juga tidak dinukil daripada mana-mana sahabat tentang perbuatan tersebut. Sekiranya perkara itu baik nescaya mereka akan mendahului kita dalam melakukannya.
اللهم اجعل القرآن الكريم حجة لنا لا حجة علينا برحمتك يا أرحم الراحمين.
131.Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi, dan sungguh kami telah memerintahkan kepada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertaqwalah kepada Allah. tetapi jika kamu kafir maka (ketahuilah), Sesungguhnya apa yang di langit dan apa yang di bumi hanyalah kepunyaan Allah dan Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji.
Ada orang mengadu susah nak cari rezeki sekarang.Ekonomi meleset, harga barang melambung, harga tepung naik,bawang naik, susu naik, minyak naik, semua naik, Cuma hujan yang turun. Ubatnya taqwa. Dalam Al-Quran Allah sebut:(At-Tholaq 2-3)
barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
3.Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Suahlah nak survive dalam kehidupan ni. Cari kerja susah, nak kahwin susah, belajar susah, jadi pemimpin susah, kena pimpin pun susah. Semuanya susah. Insya Alah mudah dengan taqwa. Baca dan tadabbur ayat ini:(At-Tholaq 4)
dan barang -siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
Zaman sekarang ada banyak puak. Masing-masing mengatakan kebenaran berada dalam puak masing-masing. Setiap puak mendatangkan dalil menyokong hujah masing-masing.Mana satu yang betul untuk diikuti? Pening kepala. Taqwa ubatnya. Firman Allah SWT:( Al-anfal 29)
29.Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, kami akan memberikan kepadamu Furqaan. dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai kurnia yang besar. ”Furqaan” ialah petunjuk yang dapat membezakan antara yang haq dan yang batil,dapat juga diertikan disini sebagai pertolongan
Amalan tak diterima, doa tak dimakbulkan. Tiap-tiap hari berdoa dan solat hajat tapi masih tak nampak hasil. Kena muhasabah. Adakah taqwa dalam diri ini? Sebab Allah terangkan dalam Al-Quran syarat penerimaan amalan:(Al-maidah 27)
27.Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang Sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). ia Berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah Hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa".
Seorang pelajar tak faham-faham matapelajaran yang dipeajrinya. Tak dapat catch up. Cuba hafaz tak ingat,minta penerangan masih tak terang. Susahnya nak dapat ilmu pengetahuan. Bertaqwalah kepada Allah. Allah sebut dala Al-Quran:(Al-baqarah 282)
282. dan bertaqwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
Bawa bekal ke pejabat adalah langkah yang bijak. Tak payah beli di kantin. Jimat belanja, makanan terjamin halalan thoyyiban. Jangan lupa bekalan terbaik ialah taqwa. Di sebut dalam Al-Quran:(Al-baqarah 197)
Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa, dan bertaqwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.
Banyak fesyen pakain untuk diperagakan di badan. Mcam-macam jenama dan jenis pakaian ada. Nak pilih yang macamana? Yang murah ke yang mahal? Pilih yang import ke local? Pilihlah pakaian taqwa. Allah berfirman:(Al-a'raf 26)
26.Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan Pakaian taqwa itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Kadang-kadang diri terasa hina di mata orang. Tak tahu perkembangan sukan ditertawakan orang. Rasa terhina. Orang bercerita tentang artis dan hiburan, kita termangu tak tahu menahu. Hina rasanya. Bab teknolgi terkini denga dunia yang serba canggih. Kita masih lagi mandi di perigi. Hina rasanya. Kita sebenarnya mulia, tidak hina di sisi Allah kiranya kita hamba yang bertaqwa. Allah merakamkan kemuliaan ini dalam Al-Quran:(Al-hujurat 13)
13.Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
فاتقوا الله عباد الله في السر والعلن. والله ولي التوفيق.
Anak Tok Imam Kg. Padang Bongor.Ayahanda bernama Hj. Ismail bin Abdullah(1932-2000M), ibunda bernama Fatimah binti Yusoff.
Nama:Hj.Mohd Rusli bin Hj.Ismail,
Tarikh lahir:21.05.1395H
Pengalaman belajar:
SK Paya Bemban(1982-1987),
SMU Maahad Muhammadi L(1988-1992),
Maahad Tahfiz MAIK(Jan. 93-Jun93),
Pusat BA Nilam Puri(Jun 93-Ogos 93),
Yarmouk univ. Jordan(Sep. 93-Jun 97),
Maktab Perguruan Islam, Bangi(Jul. 98-Jun. 99)
Kursus Penyelidikan Pendidikan bagi pensyarah IPG di IPBAA(12 minggu),
Univ. Islam Antarabangsa Malaysia(2007-2009).
Pengalaman mengajar:
mengajar Quran di Teratak KISMA PB(1984-1992),
Maktab Pengajian Islam,
SMU Tarbiah Mardhiah,Panchor,
Institut Padang Merdeka,
SMU Sungai Merab,Bangi(praktikum),
SMK Kuala Penyu, Sabah(Jul. 1999- Feb. 2004),
Institut Perguruan Keningau,Sabah(Mac 2004 - Feb. 2015).
IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu (Mac 2015 - )
Perkahwinan:
Mendirikan rumahtangga dengan Hjh. Wan Norlaila binti Ab. Razak pada 24.11.1999 dan telah dikurniakan 3 orang puteri, Hafizah, Husna Solihah, Hamidah dan seorang putera, Muhammad.