Dan bacakanlah apa yang
diwahyukan kepadamu, iaitu Kitab Tuhanmu (Al Quran). tidak ada (seorangpun)
yang dapat merubah kalimat-kalimat-Nya. dan kamu tidak akan dapat menemukan
tempat berlindung selain daripadanya. Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan
orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari dengan mengharap
keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana)
mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang
hatinya Telah kami lalaikan daripada mengingati kami, serta menuruti hawa
nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. Dan Katakanlah:
"Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka barangsiapa yang ingin (beriman)
hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia
kafir". Sesungguhnya kami Telah sediakan bagi orang orang zalim itu
neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. dan jika mereka meminta minum,
nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang
menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang
paling jelek (al-Kahfi:27 – 29)
“Ustaz nak ceramah boleh
tapi jangan sebut pasal itu pasal ini”. Pesan pengerusi masjid Kampung Selobi
kepada seorang ustaz sebelum memulakan ceramah. Ustaz tadi senyap tak kata apa.
Angguk pun tidak geleng pun tidak.
Kerja menyampaikan ajaran
Allah adalah kerja mulia. Nabi suruh menyampaikan daripadanya walaupun satu
ayat cuma. Orang yang banyak ilmunya maka banyaklah juga tanggungjawab untuk
menyampaikan.
Dalam menyampaikan Islam
tidak boleh ikut nafsu pendengar, juga tidak boleh bermuka-muka dengan pembesar
negara ataupun orang berharta. Semua kalam tuhan perlu disampaikan. Jangan ikut
kehendak orang yang ikut hawa nafsu.
Jangan layan sebilangan
kecil orang yang tidak ikhlas mencarai ilmu. Fitnah akhir zaman sekarang ini
para agamawan dijadikan macam selebriti. Mereka diundang untuk ceramah tapi
bersyarat. Kena ikut kepala otak penganjur. Intihanya hanya untuk berhibur.
Wahai para ustaz dan
ustazah! Kalian belajar tinggi-tinggi tapi kena ikut syarat orang tak mengaji.
Jika ilmu yang dipelajari tak boleh dikongsi kerana syarat yang diberi maka
baik tak payah hadiri majlis seperti ini.
Banyak lagi di sana orang
yang mahu mengaji walaupun tempatnya pondok yang kurang serba serbi tapi niat
mereka ikhlas mengaji kerana Ilahi. Jangan palingkan muka kalian daripada
orang-orang seperti ini.
Dan janganlah
kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari, sedang
mereka menghendaki keridhaanNya. kamu tidak memikul tanggung jawab sedikitpun
terhadap perbuatan mereka dan merekapun tidak memikul tanggung jawab sedikitpun
terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga
kamu termasuk orang-orang yang zalim)[al-an’am:52].
0 comments:
Post a Comment