Menikmati dinner di Laban rata
Sampai di Laban Rata kami terus ke kantin isi perut yang dah
keroncong. Malam ni ada perlawanan bola sepak akhir Piala Malaysia, Kelantan
lawan ATM. Tok Nebang berminat untuk mengikutinya namun apakan daya TV tak ada.
Jam 930 malam saya kesejukan. Jawabnya terus tidur dalam selimut
tebal. Sajuk bah. Tidur saya taklah jenak mana. Sekitar jam 10 malam saya
dengar perbualan Hadi. Hadi dapat maklumat daripada kampung di Kelantan bahawa
Kelantan mendahului ATM 2- 1. Gomo Kelate Gomo!
Talimat ringkas sebelum mendaki
Ahad, 21 Oktober 2012, jam 130am kami sudah bangun untuk meneruskan
pendakian. Seusai qiamullail dan mengambil sedikit makanan kami berkumpul untuk
taklimat perjalanan. Berbekalkan semangat yang tinggi menggunung, doa dan
tawakkal serta motivasi berita kemenangan Kelantan malam semalam, kami mulakan
pendakian jam 230am.
Kami akan menempuh 2 km untuk sampai ke puncak. Perjalanan biasa
mengambil masa 2 hingga 3 jam. Laluan kali ini agak mencabar dan memeritkan.
Dalam kumpulan kami tiada seorangpun bawa lampu. Makanya dalam penglihatan yang
kurang impas kami meraba-raba mengikuti trek. Hanya tumpang peserta lain yang
ada lampu. Memang gelap. Nasib baik kat dunia ni boleh tumpang cahaya daripada lampu orang. Kat akhirat tak boleh. Masing-masing
bawa diri.
Pada hari ketika orang-orang munafik
laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman:
"Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari
cahayamu." Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang
dan carilah sendiri cahaya (untukmu)." Lalu diadakan di antara mereka
dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah
luarnya dari situ ada siksa. Orang-orang munafik itu memanggil mereka
(orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama
dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan
dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu
oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah
ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.(al hadid:13-14)
Di pertengahan jalan
sudah ramai yang kecundang. Mereka patah balik ke belakang. Masalah altitude
sickness. Kebanyakannya pendaki dari Korea. Saya pun sudah mula terasa
kekurangan oksigen. Saya, Hadi dan Tok Nebang sudah kepenatan. Alif dan Ikram
dah jauh ke hadapan.
Tok Nebang bersama dua orang anaknya
Dalam susah payah
kami berjaya juga sampai di Sayat-sayat check point, tempat yang melayakkan
pendaki mendapat sijil penuh. Subuh sudah masuk. Kami solat di kawasan lapang
atas batu. Ikram dan Alif sudah sampai Low’s Peak, tempat paling kemuncak.
berehat selepas solat subuh
Kepenatan, kesejukan sambil merenung keindahan alam
630 am. Kami
berada di kawasan lapang Gunung tapi belum sampai ke puncak. Siang sudah muncul
manakala malam sudah pergi. Nampak indah alam ini. Alam ciptaan ilahi.
Subhanallah! Jika
sebelum ini saya hanya dengar pengalaman kawan, tapi hari ini saya sendiri
dapat rasakan. Penat mendaki disusuli dengan takbir membesarkan ilahi, memberi
pengajaran dan iktibar bagi mereka yang mengerti.
Maka apakah mereka tidak melihat akan
langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya
dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun ? Dan Kami hamparkan bumi
itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang utuh dan Kami tumbuhkan
padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran
dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah).(qaf:6-8)
Kelantan 2 ATM 1 Tahniah Kelantan!
Betullah.
Kejayaan tidak dapat dicapai dengan jalan senang. Puncak Gunung Kinabalu tidak
dihampar dengan permaidani merah. Begitu juga perjalanan hidup sebagai pembela
agama Allah. Untuk melihat Islam tertegak maka kita tidak boleh menyerah kalah.
Kita mesti berusaha dan terus berusaha sehingga ke gerbang jaya- Kemuncakya
ialah nikmat syurga.
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka
tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(al ankabut:2-3)
Low's Peak, kemuncak Gunung Kinabalu
Dengan tenaga yang masih berbaki kami terus mendaki untuk sampai
Low’s Peak. Jam 800am kami sampai akhirnya. Walaupun kumpulan kami uncit tapi
kami syukur sebab sampai. Tidak semua pendaki sampai kawasan ini. Oleh kerana
masa sudah lewat maka kami terus mulakan aktiviti turun.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Timpohon jam 5pm. Di kaki
gunung, isteri dan anak- anak sudah sedia menunggu. Kami buat sedikit majlis
penyerahan sijil sesama kami. Terima kasih kepada Abang guide yang amat
sabar ikut kami naik dan turun gunung.
Antara tempat curam dan bahaya, perlu guna tali
PALAPES KUSZA
Kumpulan terakhir meninggalkan Sayat-sayat Check Point
Majlis penyampaian sijil kepada peserta yang berjaya