"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, August 14, 2011

Terlebih Lapan Minit

Aku sahul sampai 48 minit. terlebih 8 minit. macamana puasa aku? bolehka aku buka puasa atau puasa saja ustad?
(+60178141***)

Mesej ini saya terima pada pagi 3 Ramadhan yang lalu. Sekali baca saya tak faham soalan ini. Dua kali baca maka saya buat kesimpulan bahawa penanya telah makan sahur melewati waktu imsak di dalam takwim selama 8 minit.

Imsak pada hari itu ialah jam 4.40 minit. Dia makan sehingga 4.48 minit. Masuk waktu Subuh ialah 4.50 minit. Sebagaimana saya terangkan sebelum ini bahawa bahawa waktu mula puasa ialah waktu subuh. Jadinya waktu mula imsak ialah 4.50. Tiada petunjuk daripada nabi SAW bahawa imsak itu sepuluh minit sebelum Subuh.

Maksud saum (puasa) itu sendiri dari segi bahasa ialah imsak. Imsak ialah menahan. Menahan diri daripada semua perkara yang membatalkan puasa daripada terbit  matahari (subuh) sehingga terbenam matahari(maghrib).

Maksud firman Allah dalam surah al-baqarah:187

dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam,
والله أعلم

4 comments:

Anonymous said...[Balas]

Ringkas dan padat.

ManaratulHuda said...[Balas]

1) waktu imsak memang xde dalam syara' dan sunnah.cuma taqwim solat waktu subuh tu telah dianjak sedikit ambil "basi" oleh ahli falak. sebab tu ada waktu imsak. Cuma zhan waktu subuh belum masuk cukup untuk membolehkan bersahur.
2) amalam orang ramai di masjid haram dan nabawi paling tak boleh rujukan sebab ramai sangat orang jahil. Cuma biasanya ulama' akan tegur jika perkara ini dibangkitkan dalam kelas pengajian.

terima kasih atas perkongsian ustaz li ..

mohdrusli said...[Balas]

Terima kasih Ustaz Fauzi atas respon yang diberi

kapten said...[Balas]

Terima kasih ustaz...

Post a Comment