"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, July 20, 2011

Zalim

Jenis-jenis zalim

1.Zalim manusia kepada tuhannya

Zalim ini tidak boleh diampun Allah, iaitu syrik dan kufur kepada Allah.:

﴿ وَالْكَافِرُونَ هُمْ الظَّالِمُونَ ﴾

“Dan orang-orang kufur itu adalah mereka yang zalim”

﴿ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ﴾

“Sesungguhnya syrik itu adalah kezaliman yang besar”.

2.Zalim manusia kepada diri sendiri

Contohnya ialah seseorang itu mengikut hawa nafsunya, meninggalkan kewajipan, membuat dosa dan lain-lain.

﴿ وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴾

3.Zalim manusia kepada orang lain

Zalim ini tidak akan dibiarkan Allah. Allah SWT tidak pernah buat zalim kepada hambanya maka adalah terlalu melampau dan tak masuk akal jika ada seorang hamba sanggup berlaku zalim terhadap orang lain.

Contoh kezaliman yang dilakukan manusia kepada orang lain ialah makan harta anak yatim, suka membuli, memukul orang, memporak perandakan perhimpunan aman, memijak kepala orang, langgar motor dengan sengaja, merompak dan lain-lain lagi bentuk kezaliman.

Kepada orang yang suka buat zalim, ingatlah bahawa anda adalah manusia seperti orang lain juga. Hidup anda akan berakhir dengan kematian.

Berkata ulama “Tidaklah tumpah darah sesaorang hamba di atas muka bumi kecuali sipenumpah darah itu dipertanggungjawab pada hari qiamat kecuali darah yang dibunuh kerana Allah.”

Wahai mereka yang suka buat zalim kat orang!

Renungilah sejarah silam yang dirakam quran. Firaun yang zalim akhirnya mati dalam lautan. Kaum Thamud yang angkuh akhirnya binasa dengan penuh kehinaan.

Wahai mereka yang suka buat zalim kat orang!

Ingatlah bahawa doa orang dizalimi tidak ada hijab antaranya dengan tuhan. Ketahuilah bahawa doa magsa terakhir di tangan Yusuf al Hajjaj Assaqafi dimakbul tuhan. Al Hajjaj mati kerana penyakit misteri.

Wahai mereka yang suka buat zalim kat orang.

Berhentilah kamu daripada buat zalim. Allah maha ghafur lagi rahim.

إِلَّا مَنْ ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْنًا بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Tetapi orang yang berlaku zalim, kemudian ditukarnya kezalimannya dengan kebaikan (Allah akan mengampuninya); Maka sesungguhnya Aku Maha Pangampun lagi Maha Penyayang.

0 comments:

Post a Comment