"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, July 31, 2011

Bersama Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji (bah. akhir)

Sesi soal jawab

Soalan 1.Pertamanya terima kasih di atas perkongsian yang telah diberikan. Saya nak tanya, di pasaran kita dapati banyak buku yang membicarakan tentang perbandingan agama Islam dengan Kristian, bagaimana berdakwah kepada Kristian. Cumanya perbandingan Islam dengan hindu ataupun Budha amat kurang bahkan hampir tak ada.Soalan saya, adakah di sana buku-buku berkaitan cara berdakwah kepada hindu dan saudara sebagai bekas penganut hindu, adakah saudara mengeluarkan apa-apa bahan dakwah kepada hindu?

Jawapan:Memang betul di pasaran sudah ada banyak buku berkaitan kristian dan Islam. Buku cara berdakwah kepada hindu kurang, Agama Budha lagi kurang. Insya Allah saya akan usahakan satu buku berkenaan bagaimana nak berdakwah kepada Hindu. Cuma saya belum mula lagi dan insya Allah akan mula. Sama-sama kita doa.

Soalan 2.Dalam majlis dialog antara agama di UKM, Bro ada ditanya tentang kenapa bro masuk Islam sedangkan dalam hindu ada menyuruh mengesakan Allah. Kenapa tak tetap duduk dalam agama hindu?

Jawapan 2:Kalau tak silap saya dua tahun lepas saya dijemput menjadi panel dalam dialog perbandingan agama. Bersama saya ialah yang mewakili kristian, hindu dan kalau tak silap ada dari budha. Saya telah katakan bahawa ajaran hindu minta supaya mengesakan tuhan. Jadi untuk menjadi hindu yang lebih baik maka saya memeluk Islam. Jangan salah faham. Maksud saya ialah jika mahu menjadi penganut hindu yang lebih baik, maka Islamlah jawapannya bagi persepsi agama hindu. Jangan pula kita faham bahawa saya kata hindu itu Islam.

Soalan 3.Jika dalam kristian ada reformis yang keluar dan terbentuk beberapa cabang kristian sepeti protestan. Saya nak tanya dalam hindu adakah juga gerakan reform ini?

Jawapan 3:Ya, ada banyak di India. Cuma nama yang saudara sebut tadi saya tak pernah dengar.

Soalan 4.Saudara banyak bercerita tentang dakwah kepada bukan Islam. Saya nak tanya bagaimana pula dakwah kepada sesama Islam?

Jawapan4:Saya tak sebut berdakwah kepada sesama Islam kerana jika kita berdakwah kepada non muslim, maka semestinya terlebih dahulu kita sudah berdakwah kepada muslim. Untuk berdakwah kepada muslim, suka saya bawakan firman Allah SWT dalam surah an nahl, surah 16 ayat 125 yang bermaksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berdebatlah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Bersama Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji (bah. 4)


Tuan-tuan,

Kalau tuan-tuan nak dakwah orang hindu jangan guna bible. Dalam agama Hindu ada banyak kitab suci. Yang paling lama dan paling dikenali ialah kitab vedha. Sebenarnya dalam ajaran hindu pun suruh supaya mengesakan Allah. Ada satu mentera yang bagus iaitu;

“Jkend mhgukm jfut nfajfkjidk mdfipooa kakaehdhm nbfu uycdu”. Siapa boleh ulang balik yang saya baca tadi, sekali dengan tajwidnya? Kalimat ini membawa pengertian bahawa Allah maha esa. Orang hindu dilarang menyembah bahan yang diperbuat daripada tangan.

Nak dakwah orang yang tidak percaya tuhan ataupun atheis sebenarnya mudah saja. Mereka telah percaya bahawa tiada tuhan. Hari-hari mereka bawa pemikiran tiada tuhan, tiada tuhan, tiada tuhan. Kerja kita sudah selesai separuh. Cumanya kita kena tambah kat mereka, …melainkan Allah. Tiada tuhan melainkan Allah. Separuh kerja kita dakwah orang atheis dah selesai.

Orang yang tidak percaya tuhan ini menerima logik dan sains. Dalam quran sebenarnya banyak fakta sains yang telah dibuktikan kebenarannya. Bila quran diturunkan? Lebih 1400 tahun yang lalu. Zaman itu tak adapun benda-benda canggun. Tahu apa itu canggun? Canggih campur anggun! Kenapa saya guna perkataan canggun? Ini ceramah sayakan, jadi ikut suka sayalah.

Al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu telah dibuktikan kesahihannya. Al-Quran telah mendahului sains. Cerita fasal teori big bang quran sebut dalam surah al anbiya’, surat 21 ayat 30, matahari berpusing, surah yasin, surah 36 ayat 38, gunung berada di pasak, an naba’, surah 78 ayat 7, an naziat, surah 79 ayat 32, proses kejadian manusia surah al haj surah 22 ayat 5, kejadian cap ibu jari manusia, surah al qiyamah, surah 75 ayat 4. Satu, satu, satu ayat kita boleh kemukakan daripada al-quran.

Saturday, July 30, 2011

Bersama Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji (bah. 3)

Dalam kita berdakwah kita mesti terlebih dahulu mengkaji agama Islam. Kemudian kita masuk kepada perbandingan agama. Kenapa perbandingan agama? Dalam al-quran surah Ali Imran, surat 3 ayat 64 Allah berfirman yang bermaksud:

Katakanlah: "Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah". jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

Di dalam bible sendiri banyak menceritakan tentang keesaan Allah. Orang Kristian percaya bahawa tuhan itu tiga. Betul? Tidak. Sebenarnya mereka berkata bahawa tuhan itu satu. Tuhan bapa, tuhan mama, tuhan ruhul qudus. Satu campur satu campur satu, jawapannya satu. Boleh faham?

Saya sendiri sampai sekarang tidak faham. Saya tanya pader-paderi di gereja mereka pun tak faham. Mereka kata itu ialah misteri daripada Tuhan. Terima saja bulat-bulat. Adakah dalam bible satu ayat yang mengatakan bahawa Yesus itu tuhan. Adakah?

Orang kristain kata Yesus itu tuhan. Tapi dalam bible ada ayat:

Tuhan esa

Keluaran 20:2-5

"Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku,

Ulangan 6:4, Markus 12:29

Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

Semua nabi mengatakan Tuhan itu satu.

“Dengarlah hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa…” Markus 12:29, Ulangan 6:4

“…Tidak ada berhala di dunia dan tidak ada Allah lain dari pada Allah yang esa…” 1 Kor 8:4

“…Satu Allah dan bapa dari semua,…” Efesus 4:6

“…Kerana Allah itu esa…” 1 Tim 2:5

Adakah yesus tuhan?

Yohannes 14:24

Barangsiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak menuruti firman-Ku; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku.

Yohannes 14:28

Kamu telah mendengar, bahwa Aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku. The father is greather than I!

Markus 13:32

Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di syurga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja."

Dalam Islam tidak dibenarkan makan kerbau pendek. Tahu kerbau pendek? Khinzir. Ada kawan saya orang Melayu kalau nak sebut benda ini dia eja. Ba alif ba ya. Ini huruf jawi pertama saya belajar. Tak boleh sebut BABI… Opsss. Kalau sebut rasa geli gelemang.

Sebenarnya dalam bible pnu babi haram dimakan. Dalam Imamat:11:7

Demikian juga babi hutan, kerana memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu.

Siapa yang tak makan babi? Orang Islam.

Yesus sunat Lukas 2:21. Dan ketika genap lapan hari dan Ia harus disunatkan, Ia diberi nama Yesus, yaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum Ia dikandung ibu-Nya.

Siapa yang bersunat? Orang Islam. Kenapa kristian tak sunat walaupun Yesus bersunat?

Tudung. Dalam korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.

Kenapa orang Kristian tak pakai tudung?

Dalam bible disebut bahawa Yesus sujud kepada tuhan. Saya pergi ke gereja. Tak pernah saya lihat orang Kristian sujud. Yang sujud ialah orang Islam.

bersambung..

Bersama Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji (bah. 2)


Saya dapati ayat di dalam surah al-ikhlas ini lojik. Mudah difahami.

1.Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa.

2.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

3.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

4.Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Al-Quran ini diturunkan untuk siapa? Untuk orang Islam sajakah? TIDAK! Al-quran untuk semua manusia. Dalam surah al-baqarah, surah 2 ayat 185 Allah SWT berfirman yang bermaksud “Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).”

Sesungguhnya kita berkewajipan untuk menyampaikan risalah Islam ini kepada semua orang. Dakwah mesti berjalan serentak. Kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam. Minta maaf saya sebut. Kebanyakan ustaz dan pendakwah Islam tinggal di mana? Di tempat majoriti Islam ke minoriti? Ya! Di tempat majoriti. Sepatutnya kena bercampur dengan non muslim dan berdakwah kepada mereka.

Allah SWT sebut dalam surah Ali Imran, surat 3 ayat 110:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Adakah kita buat kerja ini? Sekarang kita lihat orang buat amar munkar nahi ma’ruf. Dan ini amat bahaya kepada anak-anak dan generasi kita. Mereka akan hidup tanpa mengamalkan ajaran Islam. Allah SWT telah mengutus para rasul untuk mengajak manusia menyembah Allah. Matinya seorang rasul maka akan diganti dengan yang lain.

Nabi Muhammad SAW adalah rasul terakhir. Dalam quran surah al-ahzab, surah 33 ayat 40 menceritakan akan hal ini. Jadi untuk menjadi umat terbaik maka menjadi tugas kitalah untuk meneruskan kerja menyebarkan Islam.

Dakwah berlaku dengan banyak cara. Antaranya dakwah bil hal, bukan dakwah buat hal. Kita tunjukkan akhlak yang baik kepsada mereka. Jangan memaki hamun mereka. Dekati mereka dengan penuh hikmah.

Ini orang-orang muda ni. Gunakan ruang dakwah melalui FB. Tahu apa iti FB? Facebook. Berdakwah dalm facebook, twitter, blog dan lain-lain. Berdakwah dengan harta dan tenaga.

Bersambung..


Friday, July 29, 2011

Bersama Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji

Tempat: Masjid Taqwa, Keningau

Tarikh: 29 Julai 2011

Saya mula masuk Islam 15 tahun yang lalu. Ada orang tanya saya bagaimana kamu masuk Islam? Saya jawab dengan mengucap dua kalimah syahadat. Kenapa? Salah ke jawapan saya? Nak tahu cerita saya masuk Islam?

Baiklah saya cerita kisah saya masuk Islam. Saya masuk Islam sebab nak kahwin. Saya telah jatuh cinta dengan seorang wanita Melayu. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? Saya telah terpikat dengan seorang staf yang bekerja dengan saya.

Pada mulanya kami hanya kawan biasa tapi lama kelamaan jatuh cinta. Perasaan cinta itu ada tandanya. Tandanya ialah apabila saya lama tak berhubung dengannya saya rasa rindu. Kata orang cinta itu buta. Orang bercinta sanggup mengharungi walaupun lautan api. Sampai seberang dah jadi arang. Ada satu pantun dua kerat berkenaan cinta. Ianya berbunyi “Jika cinta sudah terpahat, tahi kucing disangka coklat.

Untuk berkahwin dengan gadis Melayu itu saya kena masuk Islam. Saya telah bertemu dengan ramai ustaz dan para agamawan untuk mendapatkan maklumat tentang Islam. Kebanyakan ustaz yang saya jumpa telah memberikan jawapan yang bukan menyebabkan saya tertarik nak masuk Islam.

Ada seorang ustaz cerita kalau nak masuk Islam kena solat lima kali sehari. Saya kata susahnya Islam . Saya dalam agama hindu nak pergi kuil setahun sekali pun susah. Ini nak solat lima kali! Nak bangun subuh pagi hari punyalah susah.

Seorang ustaz lain pula kata kalau masuk Islam kena potong. Tahu potong? Bukan potong yang dalam iklan itu. Potong khatan atau bersunat. Dahlah tunjuk potong habis(menggunakan isyarat potong jari dari pangkal) Jadi siapa yang berani masuk Islam kalau begitu?

Sehinggalah saya berjumpa dengan Ustaz Ali Chin yang telah membuka jalan kepada saya untuk memeluk Islam. Beliau tinggal di Ipoh, di sebuah rumah 19 tingkat. Bilik rumahnya cukup sempit. Beliau telah memperkenalkan Islam kepada saya dengan memperkenalkan siapa itu Allah?

Boleh saya baca satu surah? Bukan surah al-baqarah. Surah al-baqarah adalah surat yang terpanjang. kalau mahu baca habis makan masa tiga empat jam. Saya nak baca surah al-ikhlas. Surah 112 ayat 1 hingga 4.

Bersambung..

Thursday, July 28, 2011

Kalau guru..

Kalau guru mengajar sambil duduk,

Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau guru mengajar sambil berlakon,

Murid belajar dengan tekun.

Kalau guru mengajar banyak bercakap,

Ada murid bertambah gagap

Kalau guru menjadi pemudah cara,

Ramai murid pandai berbicara.

Kalau guru mengajar tanpa menilai,

Tak akan tahu murid bodoh dan pandai.

Kalau guru berbudi bahasa,

Dikenang murid sepanjang masa.

Kalau guru tidak merancang,

Dalam kelas dia temberang.

Kalau guru kencing berdiri,

Murid akan kencing berlari.

Kalau guru masuk lambat,

Alamat gaji tidak berkat.

Kalau guru tidak ceria,

Dalam kelas macam neraka.

Kalau guru guna kaedah sumbang saran,

Jangan jadi sembang sakan.

Kalau guru tak buat RPH,

Saya nak selia pun leceh!