"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, July 29, 2009

Jihad itulah jalan yang sebenar

Oleh: Ustaz Mustafa Masyhur
(dipetik daripada koleksi tarbiah Ustaz Yusof Embong)

PENDAHULUAN


Sesungguhnya jihad adalah jalan yang sebenar. Inilah dia perkara yang mesti kita berikan perhatian yang secukupnya. Kita mesti berjalan dan bekerja atas dasar jihad. Kelemahan iman telahpun meletakkan umat Islam sekarang ke lembah kehinaan, perpecahan dan penguasaan musuh Allah, bahkan setengah dari mereka pula telah ditimpa fitnah agama. Kesedaran semula iman dalam hati adalah merupakan titik tolak asas kepada kebangkitan. Ia juga menjadi titik tolak asas kepada kebangkitan hidup umat Islam.


Dengan itu dapatlah umat Islam menyiapkan kekuatan, membebaskan diri dan seterusnya meletakkan diri mereka ke -tempat yang telahpun dipilih oleh Allah, iaitu sebagai umat terbaik yang diutus di kalangan manusia, juga sebagai ustaz kepada seluruh manusia bagi menerangkan agama yang benar ini. Semoga dengan itu dapatlah mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.


Di samping kekuatan iman dan akidah, mestilah juga ada kekuatan kesatuan dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam bagi menggembeling tenaga. Setelah itu barulah pula kekuatan tenaga dan senjata digunakan bila tidak ada jalan lain lagi. Inilah dia peranan jihad. Sebenarnya Imam Hassan al-Banna telah pun melihat kepentingan tiga jenis kekuatan tersebut serta tertib susunannya daripada Sirah Rasulullah Sallalahu alaihi wasallam, dan harakah dakwah baginda semasa menegakkan daulah Islamiah yang pertama.


Banyak persoalan telah pun dibangkitkan di sana sini berhubung dengan sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad, baik dari kalangan umum mahupun individu tertentu:

Persoalan telahpun ditimbulkan oleh orang-orang yang benar-benar jahil mengenai Islam, begitu juga oleh orang-orang yang menjual diri dan harta mereka kerana Allah, orang-orang yang jiwanya dibunuh oleh perasaan rendah diri dan kecewa, juga dari orang-orang yang jiwanya benar-benar merindui syahid fi sabilillah.


Kita mendengar orang mengatakan:

"Adakah kamu mahu berjihad untuk memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam dengan menggunakan kekuatan senjata?"

Ada orang yang mengatakan:

"Adakah kamu mahu berjihad menentang musuh-musuh Allah di Timur dan Barat yang mempunyai kekuatan besar, sedangkan kamu adalah lemah, tidak memiliki apa-apa pun?"

Ada juga orang yang mengatakan:

"Adakah kamu mahu berjihad dengan mencampakkan pemuda-pemuda Islam ke kancah kebinasaan serta menyerahkan mereka untuk dimakan puas oleh musuh-musuh Allah?"

Sebaliknya pula kita mendengar setengah-setengah pemuda yang bersemangat mengatakan:

"Adakah Ikhwanul Muslimun sudah serik menghadapi mehnah, lalu mereka meletakkan senjata dan meninggalkan jihad?"

Ada yang mengatakan:

"Sikap negatif kamu ini akan melemahkan semangat pemuda-pemuda dan mematikan roh jihad mereka. Adakah kamu mahu begitu?"

Ada juga yang tertanya-tanya:

"Sampai bilakah kamu rasa cukup dengan berdakwah dan tarbiyah sahaja tanpa berjihad, sedangkan musuh-musuh Allah sentiasa mengawasi kamu. Mereka sentiasa menyerang kamu. Sebaliknya pula kamu menghadapi serangan mereka dengan menyerah sahaja tanpa sebarang penentangan?"


Semua persoalan ini dibangkitkan di sekitar Ikhwanul Muslimin serta sikap mereka terhadap jihad. Kadang-kadang kami tidak memberikan apa-apa jawapan pada setengah orang yang mengemukakan persoalan itu. Kami berdiam sahaja dengan persoalan yang ditimbulkan oleh orang-orang yang jahil dan bersemangat. Namun begitu kami merasakan perlu untuk

memberikan penjelasan kepada mereka mengenai beberapa perkara, agar kita semua jelas. Semoga dengan itu kesatuan faham dan kesungguhan dapat terbentuk dengan izin Allah.


TABIAT AGAMA ISLAM INI. DAKWAH.. DAN HARAKAH.. JIHAD MENJADI KEMUNCAKNYA.


Sebelum membentang dan menjawab persoalan ini perlulah diingatkan mengenai beberapa petunjuk dasar serta permasalahan yang penting. Semoga dengan itu kita dapat melihatnya dengan betul serta tidak lari dari garisan sempadannya.Tabiat agama ini, tuntutannya terhadap kaum Muslimin, peranan jihad dan kedudukannya dalam Islam, semuanya adalah merupakan perkara yang mesti jelas dan tidak ada sebarang kekaburan.


Sesungguhnya Islam bukannya seperti agama gereja dan paderi, di mana seseorang itu mengabdikan diri kepada tuhannya dengan cara perhubungan antara dia dengan tuhan sahaja, ia tidak ada kena mengena dengan orang lain, dan orang lain tidak ada kena mengena dengannya. Tetapi sebaliknya Islam adalah merupakan agama yang sempurna, yang mengatur hal ehwal kehidupan manusia, sama seperti ia menjaga hal ehwal akhirat. Iamengatur hal ehwal umat Islam, baik dari segi perekonomian, kemasyarakatan, politik, perundangan dan lain-lain lagi. Ia adalah merupakan agama akidah, syariat dan ibadah yang mencakupi setiap perkara baik yang kecil ataupun besar, yang berkaitan dengan manusia.


Ia mencakupi perkara yang bersangkut dengan peribadi, kehidupan dunia, dengan Muslim lain dan bukan muslim. Bahkan juga yang berkaitan dengan masa depannya yang terakhir di akhirat kelak.

Begitu juga, ia adalah merupakan agama umat yang satu, jemaah yang satu, kiblat yang satu, dan juga kitab yang satu. Ia menjadikan hubungan sesama umat Islam laksana satu jasad, bila satu bahagian tubuh sahaja yang merasa sakit maka seluruh badan akan sama-sama merasa derita dan terpaksa berjaga malam.


Rasulullah Sallallabu alaihi wasallam bersabda:

" Sesiapa yang tidak memperdulikan urusan kaum Muslimin maka ia bukan dari kalangan mereka."


Sesungguhnya Islam mewajibkan penganutnya melaksanakan syariatnya dan berhakimkan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Sallallabu alaihi wasallam dalam perkara-perkara yang berlaku sesama mereka. Ia mewajibkan pengikutnya menyampaikan seruan agama yang benar ini kepada seluruh manusia. Sesungguhnya Islam adalah merupakan agama yang melakukan revolusi terhadap jahiliah dan segala yang ada di dalamnya, iaitu ibadah kepada yang lain dari Allah, ataupun adat serta kepercayaan karut yang tidak diredhai oleh Allah.


Bagi agama yang sebegini, tergambarkah kepada kita bahawa penganutnya dapat menegak dan melaksanakan tuntutannya tanpa mereka menghadapi serangan dan tentangan daripada orang yang mempunyai akidah yang ingin dirubah itu? Mereka tentunya akan cuba menghalang penganut Islam dari menegakkan Islam dan mengukuhkan kedudukannya di bumi ini. Adakah penganut Islam akan berhenti dari meneruskan kerja ini semata-mata kerana menghadapi serangan musuh-musuh Allah? Bila mereka bersabar menghadapi dan terus berada di jalan mereka, maka bukankah kesabaran dan kesanggupan menanggungnya itu ada batasnya? Bukankah mereka berhak membalas serangan tersebut dan membuang semua rintangan yang ada di jalan mereka?


Di sini jihad menjadi keperluan yang mesti. Sebab itulah Islam menganggapnya sebagai perkara fardu yang tetap akan berterusan hingga ke hari kiamat. Islam juga menggalakkan serta menggesa pengikutnya supaya berjihad, dan ia menjadikan jihad sebagai kemuncak amal. Tanpa jihad Islam tidak akan dapat tegak dengan betul, ahli-ahli batil akan berkuasa, agama Allah tidak akan dapat berjalan, kehidupan akan rosak dan berjalan secara tidak dikehendaki oleh Allah. Patutkah ini berlaku pada hak Allah? Tentunya tidak.


Di sini kami akan menjelaskan sebahagian dari perkara-perkara yang berkaitan dengan jihad dalam Islam. Kemudian dengan izin Allah kami akan membentangkan penjelasan sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad dan persoalan-persoalan lalu yang dihadapinya.


Islam amat menitikberatkan masalah jihad, ketenteraan dan keberangkatan umat ke medan jihad. Ia mengumpulkan umat semuanya menjadi satu barisan (saf) bagi mempertahankan kebenaran dengan segala kekuatan yang ada. Ia menjadikan jihad sebagai perkara fardu yang dimestikan pada setiap Muslim. Tidak ada jalan untuk melepaskan diri dan lari daripada jihad. Islam benar-benar memberi perangsang ke arah jihad. Ia memberikan balasan pahala yang besar kepada para mujahidin dan syuhadak. Sebalikaya pula Islam mengancam mereka yang ketinggalan dan tidak mahu berjihad dengan siksaan-siksaan yang amat teruk. Seterusnya ia meletakkan mereka yang tidak berjihad dengan sifat-sifat yang amat keji. Islam menganggap tidak menyertai jihad dan lari dari medan perang itu sebagai melakukan salah satu dari dosa yang amat besar. Ia adalah salah satu dari tujuh perkara yang menjadi dosa besar dan membinasakan.


Mungkin ada baiknya kita merujuk pada Risalah Jihad yang ditulis oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau telahpun mengumpulkan dalam risalah tersebut ayat-ayat Al Qur'an yang berkaitan dengan jihad, perang dan syahid. Begitu juga dengan hadis-hadis Nabi mengenai jihad, yang mana kita rasakan ia menjadi bekalan yang cukup.


Berhubung dengan hukum berjihad dalam Islam, Imam Hassan al-Banna mengatakan dalam Risalah Jihadnya:


Ahli-ahli ilmuan yang terdiri dari mujtahidin, muqallidin, salaf dah khalaf telah sepakat (ijmak) mengatakan, bahawa jihad itu adalah fardu kifayah kepada umat Islam untuk engembangkan dakwah. Jihad adalah fardu ain untuk menangkis serangan orang-orang kafir terhadap umat Islam.


Seterusaya al-Imam mengatakan:


Seperti yang saudara maklum, umat Islam masa kini telah diperhinakan oleh orang lain. Mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir. Tanah air mereka telah ditakluki. Kehormatan-kehormatan mereka telah dicerobohi. Hal ehwal mereka telah dikuasai oleh musuh mereka. Syiar-syiar agama mereka yang ada di tanah air mereka sendiri telahpun rosak, ditambah pula dengan kelemahan mereka menyebarkan dakwah. Jadi adalah fardu ain berjihad dan setiap Muslim tidak boleh melepaskan diri darinya. Ia mesti bersiap sedia dan berniat untuk berjihad. Ia juga mestilah menyediakan kelengkapan untuk berjihad dan menunggu hingga masanya tiba dan Allah melaksanakan perkara yang telah ditentukannya, iaitu kemenangan kaum Mukminin.


Dalam tajuk yang lain di Risalah Jihad, Imam Hassan menyebutkan mengenai satu athar yang diriwayatkan, iaitu:


"Kita telah kembali daripada jihad kecil bagi menuju ke jihad yang besar. Mereka mengatakan: Apakah dia jihad yang besar itu. Katanya: Jihad hati ataupun jihad nafsu."

Imam al-Banna mengatakan, atsar itu sebenarnya bukanlah hadis. Kata orang ia adalah kata-kata Ibrahim bin Abalah.


Di bawah tajuk "mengapa seorang Muslim itu berperang", yang disebut dalam risalah yang sama, Imam alBanna mengatakan: Allah memfardukan jihad pada kaum Muslimin bukannya sebagai alat untuk membangkitkan permusuhan. Ia juga bukanlah sebagai wasilah untuk memenuhi keinginan peribadi. Sebaliknya ia bertujuan untuk menjaga dakwah, menjamin kesejahteraan dan menunaikan risalah besar yang dipertanggungjawabkan kepada umat Islam, iaitu risalah membimbing manusia ke jalan kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya Islam sebagaimana ia memfardukan berperang, ia juga mengarah supaya berdamai.


Firman Allah Taala yg bermaksud:

"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkal kepada Allah." (Surah Al-Anfal: Ayat 61)


Berhubung dengan belas kasihan dalam jihad Islami pula, Imam Hassan al-Banna mengatakan: Kerana matlamat jihad Islami adalah terlalu mulia maka begitu jugalah dengan wasilahnya. Wasilahnya adalah yang terbaik sekali. Allah telah mengharamkan permusuhan. Ia membimbing umat Islam ke arah nilai belas kasihan yang paling tinggi. Semasa berperang mereka tidak boleh melampaui batas, tidak boleh bersikap jahat, tidak boleh mencincang mayat, tidak boleh mencuri, tidak boleh merampas harta, tidak boleh mencabul kehormatan dan melakukan kekejaman. Semasa berperang mereka adalah ahli perang yang terbaik. Kesedaran mereka sama dengan waktu aman, di mana mereka adalah pendamai yang terbaik. Begitu juga ada hadis yang melarang daripada membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua, membunuh yang luka, mengganggu rahib dan yang memencilkan diri. Sesiapa yang tidak memerangi tentera Islam adalah diberikan keamanan. Belas kasihan yang sebegini manalah ada pada serangan-serangan orang yang bertamadun kini.


Serangan mereka amatlah kejam dan zalim.Bandingkanlah kedudukan undang-undang antarabangsa mereka dengan keadilan rabbani yang syumul ini?


Selanjutnya Imam al-Banna berdoa dengan mengatakan:


"Ya Allah, fahamkanlah umat Islam tentang agama mereka dan selamatkanlah dunia daripada kegelapan ini dengan menyinarkan cahaya Islam."

0 comments:

Post a Comment