Wednesday, July 29, 2009
Sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad
(dipetik daripada koleksi tarbiah Ustaz Yusof Embong)
Di tahun-tahun kebelakangan ini jihad fi sabilillah telah mula menjadi wajib di bumi-bumi Islam. Realitinya telah dapat dirasakan di sebahagian dunia Islam. Di sebahagian yang lain pula, semangat bersedia untuk berjihad dan kesedaran tentang kemestiannya telah mula meresap. Sesungguhnya jihad adalah satu-satunya jalan untuk membalas serangan musuh-musuh Allah dan membebaskan bumi Islam daripada serangan dan tipu muslihat mereka. Di sana telah timbul kesedaran bahawa cara berunding dan persetujuan damai dengan musuh Allah tanpa berjihad adalah merupakan penyerahan di bawah nama berdamai.
Berikutnya, di sana ada kewajipan yang difardukan pada setiap Muslim yang mana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa berjihad dan bersiap sedia untuknya. Bukankah kewajipan itu ialah menegakkan Daulah Islamiah, Khilafah Islamiah dan memberikan kekuasaan kepada agama ini?
"Supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah."
(Surah Al-Anfal: Ayat 39)
Kami telah pun menjelaskan mengenai tabiat agama Islam ini serta kedudukan jihad fi sabilillah dalam Islam. Di sini insyaAllah kami jelaskan pula mengenai sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad baik pada masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Semoga dengan itu kita akan dapat menghilangkan segala keraguan yang timbul berkaitan dengan tajuk ini, juga mengenai persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan, ataupun sebarang keraguan lain mengenainya. Juga diharapkan agar pemuda-pemuda kita yang menjadi mujahid dapat melihat jalan ini. Dengan itu mereka tidak akan meninggalkannya dan tidak terpengaruh dengan kata-kata yang ingin melemah dan menimbulkan keraguan.
CARA UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA SISTEM KHILAFAH AR-RASYIDIN IAITU DENGAN IMAN DAN AMAL MUHIBAH SERTA UKHUWAH.. DAN JUGA BERSEDIA DAN BERJIHAD.
Di saat-saat Jemaah Ikhwan al-Muslimin akan bangkit dan selepas kejatuhan terus khilafah Islamiah, Imam Hassan al-Banna telah pun memerhatikan keadaan sekitarnya. Semasa itu beliau masih lagi seorang penuntut di kuliah Darul Ulum. Beliau telah mengkaji keadaan dunia Islam dan perkara yang berkaitan dengan umat Islam dengan pengkajian yang mendalam dan teliti. Beliau tahu bahawa perkara yang menyebabkan musuh-musuh Allah dapat menguasai mereka, menjatuhkan mereka dari negara Islam, Khilafah Islamiah dan seterusnya menyerang umat Islam di sudut pemikiran, ekonomi dan politik ialah berpunca daripada jauhnya mereka daripada pati sebenar agama mereka dan juga kelemahan iman mereka. Dengan itu musuh-musuh Islam berharap dapat menghapuskan akidah yang ada dalam diri mereka sebagaimana mereka telah berjaya menghapuskan tabiat yang menggambarkan sistem Khilafah Islam.
Al-Banna dapat merasakan betapa besarnya bahaya yang dihadapi oleh kaum Muslimin dan betapa pentingnya menangkis bahaya itu. Bahkan adalah menjadi kewajipan yang difardukan Islam pada setiap Muslimin dan Muslimat untuk bekerja mengembalikan semula sistem Khilafah Islamiah dan menegakkan semula daulah Islamiah atas dasar yang kukuh dan kuat. Ini bertujuan untuk menjaga akidah mereka dan melaksanakan syariat Islam di kalangan umat Islam. Itulah dia cara untuk membebaskan umat Islam dan mengawal mereka daripada sebarang serangan musuh, serta membolehkan mereka mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia, dan seterusnya memberikan kekuasaan pada agama yang maha besar yang diredhai Allah pada hambanya.
Setelah memikirkan dengan mendalam dan memohon pertolongan Allah, maka Imam Hassan al-Banna pun diberikan taufik oleh Allah. Beliau dapati satu-satunya jalan untuk elaksanakan kewajipan besar ini ialah dengan mengikuti jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya dahulu, iaitu semasa mereka menegakkan Negara Islam yang pertama. Dengan ringkasnya bolehlah disimpulkan sebagai keimanan, amal, muhibah, ukhuwah, persiapan dan jihad. Begitulah, Rasulullah Sallallahu-alaihi wasallam mentarbiyahkan kaum Muslimin dengan santapan Al-Qur'an dan di madrasah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Baginda telahmempersaudarakan sesama mereka, menyusun dan menggesa mereka supaya berjihad dan berkorban. Mereka layak mendapat pertolongan dan sokongan dari Allah. Dengan mereka, Semenanjung Tanah Arab dibersihkan daripada syirik dan berhala. Dengan mereka juga negara Parsi dapat dibuka, negara Rom dikalahkan, orang-orang Yahudi diusir, kegelapan (kesesatan) dihapuskan dan cahaya menerangi seluruhnya.
Imam al-Banna mengetahui semua itu, beliau lalu menubuhkan jamaah Ikhwanul Muslimin dan menggerakkannya menurut jalan yang sama seperti Rasulullah. Beliau berpendapat, untuk membentuk tarbiyah atas asas yang kukuh dan menegakkan daulah Islamiah atas dasar yang selamat mestilah mengembalikan umat Islam kepada Islam yang sebenar, syumul dan bersih sebagaimana yang telah dibawa oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Islam tersebut adalah jauh daripada penyelewengan, kesalahan, serpihan-serpihan, kekaburan, bid'ah, khurafat dan punca perselisihan.
Al-Banna meletakkan usul dua puluh yang ada dalam Risalah Taklim di bawah rukun faham yang menjadi salah satu dari rukun bai'ah yang sepuluh itu sebagai satu lingkungan yang menjaga kefahaman Islam yang sebenar. Begitu juga, beliau sedar mengenai peranan jihad dalam perjalanan dakwah dan pentingnya bersiap sedia untuk berjihad. Sebabnya mestilah ada satu kekuatan yang memelihara kebenaran daripada dicerobohi.
Beliau dapat merasakan bahawa pada masa itu, roh jihad yang ada pada kalangan umat Islam hampir-hampir padam. Sebaliknya pula semangat untuk tunduk dan menyerah telah menguasai perasaan mereka.
JIHAD DALAM KAMI.. IALAH SYIAR DAKWAH.
Dalam dakwah Ikhwan, bidang jihad diberikan perhatian yang secukupnya oleh al-Banna. Kita dapat merasakan perhatian serius yang diberikannya itu dalam berbagai bentuk. Bukti yang menguatkan bahawa jihad adalah satu-satunya jalan ialah seruan yang dilaungkan oleh Ikhwan, iaitu:
'Allah matlamat kami,
Rasul pemimpin kami,
Al-Qur'an perlembagaan kami,
Jihad jalan kami,
dan mati di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi.'
Kemudian kita dapati, lambang Ikhwan ialah dua bilah pedang di samping Al-Qur'an. Kedua-dua bilah pedang itu menandakan jihad dan kekuatan yang menjaga kebenaran yang terbentuk dalam Al-Qur'an.
Setelah itu kita dapati al-Banna menyebut dakwah Ikhwan sebagai "Seruan kebenaran, kekuatan dan kebebasan." Ini menguatkan lagi betapa pentingnya kekuatan di samping kebenaran. Selanjutnya, kita dapati beliau menjadikan jihad sebagai salah satu dari rakun bai'ah yang sepuluh. Manakala "berkorban" pula mehjadi satu rukun yang lain. Seterusnya, kita dapati beliau telah mengkhususkan jihad dalam salah satu dari risalah yang ditulisnya. Dalam ucapan-ucapannya beliau sentiasa menggesa supaya berjihad. Beliau sentiasa menarik perhatian orang ramai supaya mencintai syahid. Selanjutnya pula beliau menjalin ikatan antara Ikhwan dengan Jemaah pertama yang bersama dengan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, dan juga dengan contoh terbaik yang mereka tunjukkan dalam bidang berjihad dengan nyawa dan harta.
KENYATAAN MEMBUKTIKAN PENGALAMAN.. DAN JIHAD YANG BERTERUSAN.
Imam al-Banna bukannya setakat menyuruh berjihad dengan kata-kata dan penulisan sahaja. Sebaliknya bila tiba sahaja peluang untuk berjihad di Palestin, beliau pun segera merebut peluang tersebut. Ikhwanul Muslimin telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam jihad tersebut. Kalaulah tidak ada tipu muslihat, pakatan jahat dan masalah pengkhianatan daripada pemerintah-pemerintah negara Islam masa itu sudah tentulah keadaan berubah.
Selain daripada riadah tubah badan, antara kegiatan Ikhwan ialah membuat ekspedisi dan latihan-latihan pengakap. Semasa Imam al-Banna bersama kami dahulu, kami sering melihatnya memakai pakaian track suit ekspedisi. Beliau telah menyertai kami dalam latihan-latihan tersebut.
Pembunuhan al-Banna adalah merupakan sebahagian daripada rancangan jahat. Ikhwanul Muslimin telah menyambung lagi perjalanan mereka di jalan jihad di kawasan tebing terusan Suez bagi menentang Inggeris pada awal-awal tahun lima puluhan dahulu. Begitu juga Ikhwan telah meneruskan jihad mereka menentang Yahudi di daerah-daerah Islam yang lain selain dari Mesir, iaitu setelah dakwah dikurung dalam penjara semasa zaman Jamal Abdul Nasir. Kita lihat Ikhwan bergabung dengan rakan-rakan mereka yang berjihad di Afghanistan, sama seperti mereka berjihad di Syria bagi menentang peraturan kafir yang zalim.
ADAKAH IKHWAN SUDAH SERIK MENGHADAPI MEHNAH? LALU MEREKA MELETAK SENJATA DAN MENINGGALKAN JIHAD!
Begitulah, kita lihat Ikhwan tidak pernah mengubah, menukar dan memutuskan perkara yang mereka lakukan di masa kini atau di masa lalu. Mereka juga tidak akan memutuskan hubungan dasar masa akan datang dengan masa kini, dan masa yang lalu. Mereka tetap mewariskan dakwah yang syumul dan bersih kepada generasi-generasi akan datang. Mereka mewariskan kepada generasi tersebut roh jihad dan cintakan syahid serta berkorban agar tercapai pertolongan Allah, dan kalimah Allah yang menjadi paling tinggi sekali.
TIDAK.. BAGI MEREKA, MEHNAH MENGGILAPKAN LAGI PENGALAMAN. IA MENAMBAHKAN KEIMANAN DAN MENGUATKAN KEAZAMAN UNTUK TERUS MARA.
Ikhwan tidak pernah serik dengan mehnah. Mereka tidak akan meletakkan senjata ataupun meninggalkan jihad. Sebaliknya bagi mereka mehnah itu akan menggilapkan dan menambahkan keimanan mereka. Mereka akan terus bekerja untuk memenangkan agama mereka tanpa mengenal letih, lemah atau rendah diri kerana ditimpa mehnah semasa berada di jalan Allah.
JIHAD ITULAH JALAN... oleh Ustaz Mustafa Masyhur.
Uye180101
Jihad itulah jalan yang sebenar
(dipetik daripada koleksi tarbiah Ustaz Yusof Embong)
PENDAHULUAN
Sesungguhnya jihad adalah jalan yang sebenar. Inilah dia perkara yang mesti kita berikan perhatian yang secukupnya. Kita mesti berjalan dan bekerja atas dasar jihad. Kelemahan iman telahpun meletakkan umat Islam sekarang ke lembah kehinaan, perpecahan dan penguasaan musuh Allah, bahkan setengah dari mereka pula telah ditimpa fitnah agama. Kesedaran semula iman dalam hati adalah merupakan titik tolak asas kepada kebangkitan. Ia juga menjadi titik tolak asas kepada kebangkitan hidup umat Islam.
Dengan itu dapatlah umat Islam menyiapkan kekuatan, membebaskan diri dan seterusnya meletakkan diri mereka ke -tempat yang telahpun dipilih oleh Allah, iaitu sebagai umat terbaik yang diutus di kalangan manusia, juga sebagai ustaz kepada seluruh manusia bagi menerangkan agama yang benar ini. Semoga dengan itu dapatlah mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.
Di samping kekuatan iman dan akidah, mestilah juga ada kekuatan kesatuan dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam bagi menggembeling tenaga. Setelah itu barulah pula kekuatan tenaga dan senjata digunakan bila tidak ada jalan lain lagi. Inilah dia peranan jihad. Sebenarnya Imam Hassan al-Banna telah pun melihat kepentingan tiga jenis kekuatan
Banyak persoalan telah pun dibangkitkan di sana sini berhubung dengan sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad, baik dari kalangan umum mahupun individu tertentu:
Persoalan telahpun ditimbulkan oleh orang-orang yang benar-benar jahil mengenai Islam, begitu juga oleh orang-orang yang menjual diri dan harta mereka kerana Allah, orang-orang yang jiwanya dibunuh oleh perasaan rendah diri dan kecewa, juga dari orang-orang yang jiwanya benar-benar merindui syahid fi sabilillah.
Kita mendengar orang mengatakan:
"Adakah kamu mahu berjihad untuk memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam dengan menggunakan kekuatan senjata?"
Ada orang yang mengatakan:
"Adakah kamu mahu berjihad menentang musuh-musuh Allah di Timur dan Barat yang mempunyai kekuatan besar, sedangkan kamu adalah lemah, tidak memiliki apa-apa pun?"
Ada juga orang yang mengatakan:
"Adakah kamu mahu berjihad dengan mencampakkan pemuda-pemuda Islam ke kancah kebinasaan serta menyerahkan mereka untuk dimakan puas oleh musuh-musuh Allah?"
Sebaliknya pula kita mendengar setengah-setengah pemuda yang bersemangat mengatakan:
"Adakah Ikhwanul Muslimun sudah serik menghadapi mehnah, lalu mereka meletakkan senjata dan meninggalkan jihad?"
Ada yang mengatakan:
"Sikap negatif kamu ini akan melemahkan semangat pemuda-pemuda dan mematikan roh jihad mereka. Adakah kamu mahu begitu?"
Ada juga yang tertanya-tanya:
"Sampai bilakah kamu rasa cukup dengan berdakwah dan tarbiyah sahaja tanpa berjihad, sedangkan musuh-musuh Allah sentiasa mengawasi kamu. Mereka sentiasa menyerang kamu. Sebaliknya pula kamu menghadapi serangan mereka dengan menyerah sahaja tanpa sebarang penentangan?"
Semua persoalan ini dibangkitkan di sekitar Ikhwanul Muslimin serta sikap mereka terhadap jihad. Kadang-kadang kami tidak memberikan apa-apa jawapan pada setengah orang yang mengemukakan persoalan itu. Kami berdiam sahaja dengan persoalan yang ditimbulkan oleh orang-orang yang jahil dan bersemangat. Namun begitu kami merasakan perlu untuk
memberikan penjelasan kepada mereka mengenai beberapa perkara, agar kita semua jelas. Semoga dengan itu kesatuan faham dan kesungguhan dapat terbentuk dengan izin Allah.
TABIAT AGAMA ISLAM INI. DAKWAH.. DAN HARAKAH.. JIHAD MENJADI KEMUNCAKNYA.
Sebelum membentang dan menjawab persoalan ini perlulah diingatkan mengenai beberapa petunjuk dasar serta permasalahan yang penting. Semoga dengan itu kita dapat melihatnya dengan betul serta tidak lari dari garisan sempadannya.
Sesungguhnya Islam bukannya seperti agama gereja dan paderi, di mana seseorang itu mengabdikan diri kepada tuhannya dengan cara perhubungan antara dia dengan tuhan sahaja, ia tidak ada kena mengena dengan orang lain, dan orang lain tidak ada kena mengena dengannya. Tetapi sebaliknya Islam adalah merupakan agama yang sempurna, yang mengatur hal ehwal kehidupan manusia, sama seperti ia menjaga hal ehwal akhirat. Iamengatur hal ehwal umat Islam, baik dari segi perekonomian, kemasyarakatan, politik, perundangan dan lain-lain lagi. Ia adalah merupakan agama akidah, syariat dan ibadah yang mencakupi setiap perkara baik yang kecil ataupun besar, yang berkaitan dengan manusia.
Ia
Begitu juga, ia adalah merupakan agama umat yang satu, jemaah yang satu, kiblat yang satu, dan juga kitab yang satu. Ia menjadikan hubungan sesama umat Islam laksana satu jasad, bila satu bahagian tubuh sahaja yang merasa sakit maka seluruh badan akan sama-sama merasa derita dan terpaksa berjaga malam.
Rasulullah Sallallabu alaihi wasallam bersabda:
" Sesiapa yang tidak memperdulikan urusan kaum Muslimin maka ia bukan dari kalangan mereka."
Sesungguhnya Islam mewajibkan penganutnya melaksanakan syariatnya dan berhakimkan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Sallallabu alaihi wasallam dalam perkara-perkara yang berlaku sesama mereka. Ia mewajibkan pengikutnya menyampaikan seruan agama yang benar ini kepada seluruh manusia. Sesungguhnya Islam adalah merupakan agama yang melakukan revolusi terhadap jahiliah dan segala yang ada di dalamnya, iaitu ibadah
Bagi agama yang sebegini, tergambarkah kepada kita bahawa penganutnya dapat menegak dan melaksanakan tuntutannya tanpa mereka menghadapi serangan dan tentangan daripada orang yang mempunyai akidah yang ingin dirubah itu? Mereka tentunya akan cuba menghalang penganut Islam dari menegakkan Islam dan mengukuhkan kedudukannya di bumi ini. Adakah penganut Islam akan berhenti dari meneruskan kerja ini semata-mata
Di sini jihad menjadi keperluan yang mesti. Sebab itulah Islam menganggapnya sebagai perkara fardu yang tetap akan berterusan hingga ke hari kiamat. Islam juga menggalakkan serta menggesa pengikutnya supaya berjihad, dan ia menjadikan jihad sebagai kemuncak amal. Tanpa jihad Islam tidak akan dapat tegak dengan betul, ahli-ahli batil akan berkuasa, agama Allah tidak akan dapat berjalan, kehidupan akan rosak dan berjalan secara tidak dikehendaki oleh Allah. Patutkah ini berlaku pada hak Allah? Tentunya tidak.
Di sini kami akan menjelaskan sebahagian dari perkara-perkara yang berkaitan dengan jihad dalam Islam. Kemudian dengan izin Allah kami akan membentangkan penjelasan sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad dan persoalan-persoalan lalu yang dihadapinya.
Islam amat menitikberatkan masalah jihad, ketenteraan dan keberangkatan umat ke medan jihad. Ia mengumpulkan umat semuanya menjadi satu barisan (saf) bagi mempertahankan kebenaran dengan segala kekuatan yang ada. Ia menjadikan jihad sebagai perkara fardu yang dimestikan pada setiap Muslim. Tidak ada jalan untuk melepaskan diri dan lari daripada jihad. Islam benar-benar memberi perangsang ke arah jihad. Ia memberikan balasan pahala yang besar kepada para mujahidin dan syuhadak. Sebalikaya pula Islam mengancam mereka yang ketinggalan dan tidak mahu berjihad dengan siksaan-siksaan yang amat teruk. Seterusnya ia meletakkan mereka yang tidak berjihad dengan sifat-sifat yang amat keji. Islam menganggap tidak menyertai jihad dan lari dari medan perang itu sebagai melakukan salah satu dari dosa yang amat besar. Ia adalah salah satu dari tujuh perkara yang menjadi dosa besar dan membinasakan.
Mungkin ada baiknya kita merujuk pada Risalah Jihad yang ditulis oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau telahpun mengumpulkan dalam risalah tersebut ayat-ayat Al Qur'an yang berkaitan dengan jihad, perang dan syahid. Begitu juga dengan hadis-hadis Nabi mengenai jihad, yang mana kita rasakan ia menjadi bekalan yang cukup.
Berhubung dengan hukum berjihad dalam Islam, Imam Hassan al-Banna mengatakan dalam Risalah Jihadnya:
Ahli-ahli ilmuan yang terdiri dari mujtahidin, muqallidin, salaf dah khalaf telah sepakat (ijmak) mengatakan, bahawa jihad itu adalah fardu kifayah kepada umat Islam untuk engembangkan dakwah. Jihad adalah fardu ain untuk menangkis serangan orang-orang kafir terhadap umat Islam.
Seterusaya al-Imam mengatakan:
Seperti yang saudara maklum, umat Islam masa kini telah diperhinakan oleh orang lain. Mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir. Tanah air mereka telah ditakluki. Kehormatan-kehormatan mereka telah dicerobohi. Hal ehwal mereka telah dikuasai oleh musuh mereka. Syiar-syiar agama mereka yang ada di tanah air mereka sendiri telahpun rosak, ditambah
Dalam tajuk yang lain di Risalah Jihad, Imam Hassan menyebutkan mengenai satu athar yang diriwayatkan, iaitu:
"Kita telah kembali daripada jihad kecil bagi menuju ke jihad yang besar. Mereka mengatakan: Apakah dia jihad yang besar itu. Katanya: Jihad hati ataupun jihad nafsu."
Imam al-Banna mengatakan, atsar itu sebenarnya bukanlah hadis. Kata orang ia adalah kata-kata Ibrahim bin Abalah.
Di bawah tajuk "mengapa seorang Muslim itu berperang", yang disebut dalam risalah yang sama, Imam alBanna mengatakan: Allah memfardukan jihad pada kaum Muslimin bukannya sebagai alat untuk membangkitkan permusuhan. Ia juga bukanlah sebagai wasilah untuk memenuhi keinginan peribadi. Sebaliknya ia bertujuan untuk menjaga dakwah, menjamin
Firman Allah Taala yg bermaksud:
"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkal kepada Allah." (Surah Al-Anfal: Ayat 61)
Berhubung dengan belas kasihan dalam jihad Islami pula, Imam Hassan al-Banna mengatakan: Kerana matlamat jihad Islami adalah terlalu mulia maka begitu jugalah dengan wasilahnya. Wasilahnya adalah yang terbaik sekali. Allah telah mengharamkan permusuhan. Ia membimbing umat Islam ke arah nilai belas kasihan yang paling tinggi. Semasa berperang mereka tidak boleh melampaui batas, tidak boleh bersikap jahat, tidak boleh mencincang mayat, tidak boleh mencuri, tidak boleh merampas harta, tidak boleh mencabul kehormatan dan melakukan kekejaman. Semasa berperang mereka adalah ahli perang yang terbaik. Kesedaran mereka sama dengan waktu aman, di mana mereka adalah pendamai yang terbaik. Begitu juga ada hadis yang melarang daripada membunuh wanita, kanak-kanak,
Serangan mereka amatlah kejam dan zalim.
Selanjutnya Imam al-Banna berdoa dengan mengatakan:
"Ya Allah, fahamkanlah umat Islam tentang agama mereka dan selamatkanlah dunia daripada kegelapan ini dengan menyinarkan cahaya Islam."
Istimewanya seorang wanita
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakany 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasuh kami
ketika kami masih kecil lagi.
Uye160998
Tuesday, July 28, 2009
HARIS
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة
Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda. Banyak hadis lain yang menjelaskan tentang kelebihan solat berjemaah dan ruginya orang yang tidak menyertainya. Para ulama khilaf tentang hukum menyertai solat berjemaah. Ada pendapat mengatakan ianya sunat muakkadah, ada yang mengatakan wajib, fardhu ain ataupun fardhu kifayah.
Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentang kelebihan dan fadhilat yang akan diperoleh orang yang menyertai jemaah berbanding dengan orang yang tidak menyertainya. Ulama sepakat menyatakan bahawa tidak menyertai jamaah adalah satu kerugian yang besar. Bagi orang mukmin yang mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merebut peluang untuk tidak ketinggalan menyertai solat berjemaah.
Firman Allah dalam surah at-taubah:18 mafhumnya "Hanya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
Allah bagitahu hanya yang memakmurkan masjid-Nya yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah, bagaimana pula kalau tidak memakmurkannya? Fikir-fikirkanlah jawapannya.
Monday, July 27, 2009
Bahaya syirik dalam kehidupan
Asas persamaan Islam dan Kristian
“…marilah kepada kalimah yang bersamaan diantara kami dan kamu…” 3:64
“…yang paling hampir kepada kamu di dalam kepercayaan dan mawaddah adalah mereka yang mengatakan kami adalah nasara …” 5:82
Kesaan Tuhan
Katakanlah:” Dialah Allah, yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tiada seorangpun yang setara dengan-Nya
Suratul Ikhlas:1-4
Keesan Allah dalam Bible
Ulangan 6:4, Markus 12:29
Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.
Matius 19:16
Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: "Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?"
Matius 19:17
Jawab Yesus: "Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah."
“Segala sesuatu yang ada dilangit, dibawah bumi, air dibawah bumi, kamu tidak boleh kamu tunduk atau sembah sebab aku adalah Tuhan yang cemburu” Exo/Keluaran 20:3-5, Deu/Ulangan 5:7-9
Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh penganut Kritian ialah mengsyirikkan Allah. Firman Allah SWT:(al-maidah:72)
Pengertian syirik
Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti percaya sesuatu makhluk itu berkuasa memberi manfaat dan mudarat.Contoh: percaya kepada berhala, batu, dan tangkal.Syirik terbahagi kepada dua:syirik jali dan syirik khafi.
Syirik Jali
Syirik yang jelas pada perbuatan lahir sama ada perkataan atau perbuatan
Contoh :
1.Menyembah berhala
2.Memakai tangkal
3.Membuang ancak
Syirik Khafi
Syirik yang tersembunyi.
Contoh:
1.Riak dan takbur
2.Ujub, merasa megah dengan diri sendiri.
3.Sum’ah, mahu kelebihannya diketehui orang
Bahaya perbuatan syirik
1.Terbatal iman
2.Amalan-amalan ditolak dan tidak mendapat pahala
3.Kekal di dalam neraka semasa di akhirat nanti
4.Merendahkan martabat kemuliaan manusia
"Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." (Al-Hajj: 31)
"Dan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang. (Berhala-berhala) itu benda mati, tidak hidup, dan berhala-berhala itu tidak mengetahui, bilakah pe-nyembah-penyembahnya akan dibangkitkan." (An-Nahl: 20-21)
5.Sarang khurafat dan kebathilan
6.Kezaliman yang sangat besar
7.Sumber daripada segala ketakutan dan kecemasan
"Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah Neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zhalim." (Ali Imran: 151)
8.Menjadikan manusia malas melakukan pekerjaan bermanfaat
"Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfa'atan, dan mereka berkata, 'Mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah.'Katakanlah, 'Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahuiNya baik di langit dan tidak (pula) di bumi.' Mahasuci Allah dan Mahatinggi dari apa yang mereka persekutukan (itu)." (Yunus: 18)
9.Memecah-belah masyarakat
"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, yaitu orang-orang yang memecah belah agama me-reka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (Ar-Ruum: 31-32)
Kenapa kita wajib solat?(Bah.akhir)
27- penjaga dan penyelamat. Sabda Nabi SAW:
من صلى الصبح فهو في ذمة الله
Sesiapa yang bersolat subuh maka dia berada di bawah jagaan Allah
28- mendatangkan rezeki. Allah berfirman dalam surah Toha:132
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.
29- yang terawal dan terakhir dalam Islam. Solat adalah fardu pertama yang diwajibkan selepas syahadah dan yang terakhir akan di angkat daripada agama.
30- sebab kemenangan dan kejayaan.Firman Allah dalam surah al-maidah:12
وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا وَقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَاةَ وَآَتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآَمَنْتُمْ بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ فَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ
Dan Sesungguhnya Allah Telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan telah kami angkat diantara mereka 12 orang pemimpin dan Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku beserta kamu, jika kamu mendirikan solat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Sesungguhnya Aku akan menutupi dosa-dosamu. dan kamu akan Kumasukkan ke dalam surga yang mengalir air didalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, Sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus.
31- penyelamat daripada azab kubur. Di dalam kubur, solat akan menjadi penyelamat dan peguambela kepada orang yang menjaga dan memeliharanya semasa dia hidup di dunia.
32- cita-cita orang yang telah mati dan yang mendapat azab. Banyak ayat di dalam Al-Quran menerangkan bahawa orang mati yang mendapat azab bercita-cita dan merayu kepada Allah untuk kembali semula ke muka bumi untuk melakukan amal soleh.
33- penyelamat daripada azab Allah. Sabda Nabi SAW:
"Sesiapa yang solat empat rakaat sebelum dan selepasa solat zohor maka diharam baginya neraka".
34- menaikkan derjat. Firman Allah dalam surah al-isra’:79
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji.
35- dapat melihat Allah di dalam syurga. Anugerah terbesar kepada ahli syurga ialah dapat melihat wajah Allah SWT.
36- kunci hidayah. Solat adalah kunci untuk membuka hidayat kepada orang-orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Banyak sejarah samada dulu mahupun sekarang melakarkan bahawa ramai orang bukan Islam tertarik dengan Islam selepas memerhatikan kehebatan ibadat solat.
Dewasa ini kita dapati umat Islam telah mengsia-siakan ibadat solat. Mereka lebih mementingkan soal duniawi dan melupakan masalah ukhrawi. Firman Allah dalam surah Maryam:59
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan,
Sebelum kita dijemput oleh Izrail ke negeri Akhirat, selagi hayat dikandung badan, selagi kita bernafas di bumi Allah ini maka marilah sama-sama kita tegakkan amalan solat ini dengan sempurnanya.
Saturday, July 25, 2009
Kenapa kita wajib solat?(Bah.2)
14- sebaik-baik suruhan Allah. Sabda Nabi SAW:
15- mendekatkan diri kepada Allah.Firman Allah SWT dalam surah al-alaq:19
16- sekolah membaiki akhlak. Firman Allah dalam surah al-maarij:19 -23
17- kerehatan, kebahagiaan dan penyejuk mata.Sabda Nabi SAW:
18- cahaya dan pembela. Abu Darda’ pernah memberitahu:
19- jalan-jalan petunjuk. Di dalam sahih muslim ada satu bab menyatakan bahawa solat berjamaah adalah daripada jalan-jalan petunjuk.
20- anugerah ilahi. Solat adalah sebesar-besar anugerah Allah kepada para hamba-Nya. Nabi SAW menerima perintah Allah ini secara terus daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha, tidak seperti perintah-perintah lain yang diterima melalui perantaraan Malaikat Jibril
21- mengsyukuri nikmat Allah.Firman Allah dalam surah al-ankabut:17
22- menyakitkan hati orang-orang kafir. Firman Allah dalam surah at-taubah:120
23- membebaskan diri daripada penghambaan kepada manusia. Hanya orang yang menghambakan diri kepada Allah sahaja yang akan masuk syurga.
24- pencegah daripada kemungkaran. Allah berfirman dalam surah al-ankabut:45
25- penebus bagi kesalahan. Solat akan menjadi pembela kepada orang yang melakukannya dengan sempurna.
26- tempat berlindung orang mukmin. Sifat orang mukmin diantaranya ialah apabila ditimpa musibah maka dia terus melakukan solat
Monday, July 20, 2009
Maha Suci Allah!
Peristiwa Isra’ Berdasarkan Hadith Nabi saw.
Terdapat banyak hadis tentang peristiwa agung yang terjadi ke atas baginda Nabi SAW. Di dalam tafsir Ibnu Kathir diceritakan beberapa riwayat tentang peristiwa tersebut. Di antaranya ialah hadis riwayat Anas bin Malik di bawah:
قال: ثم عرج بي إلى السماء الدنيا فاستفتح جبريل فقيل له من أنت ؟ قال: جبريل. قيل: ومن معك ؟ قال: محمد. قيل: وقد أرسل إليه ؟ قال: قد أرسل إليه. ففتح لنا فإذا أنا بآدم فرحب بي ودعا لي بخير, ثم عرح بنا إلى السماء الثانية فاستفتح جبريل فقيل له: من أنت. قال: جبريل. قيل: ومن معك ؟ قال: محمد. قيل: وقد أرسل إليه ؟ قال: قد أرسل إليه, ففتح لنا فإذا أنا بابني الخالة يحيى وعيسى فرحبا بي ودعوا لي بخير ثم عرج بي إلى السماء الثالثة فاستفتح جبريل فقيل: من أنت قال: جبريل فقيل ومن معك فقال محمد فقيل وقد أرسل له قال قد أرسل له ففتح لنا فإذا أنا بيوسف عليه السلام, وإذا هو قد أعطي شطر الحسن فرحب بي ودعا لي بخير.
ثم عرج بنا إلى السماء الرابعة فاستفتح جبريل, فقيل: من أنت ؟ قال: جبريل. فقيل: ومن معك ؟ قال: محمد, فقيل: وقد أرسل إليه ؟ قال: قد بعث إليه ففتح لنا فإذا أنا بإدريس فرحب بي ودعا لي بخير ثم يقول الله تعالى: {ورفعناه مكاناً عليا} ثم عرج بنا إلى السماء الخامسة فاستفتح جبريل فقيل من أنت ؟ قال جبريل, فقيل: ومن معك ؟ قال: محمد. فقيل: قد أرسل إليه ؟ قال: قد بعث إليه ففتح لنا فإذا أنا بهارون, فرحب بي ودعا لي بخير ثم عرج بنا إلى السماء السادسة فاستفتح جبريل فقيل من أنت ؟ قال جبريل قيل ومن معك ؟
قال: محمد. فقيل: وقد بعث إليه ؟ قال قد بعث إليه ففتح لنا فإذا أنا بموسى عليه السلام, فرحب بي ودعا لي بخير
ثم عرج بنا إلى السماء السابعة فاستفتح جبريل فقيل من أنت ؟ قال: جبريل. قيل ومن معك ؟ قال: محمد. فقيل وقد بعث إليه ؟ قال قد بعث إليه, ففتح لنا فإذا أنا بإبراهيم عليه السلام, وإذا هو مستند إلى البيت المعمور, وإذا هو يدخله كل يوم سبعون ألف ملك ثم لا يعودون إليه, ثم ذهب بي إلى سدرة المنتهى فإذا ورقها كآذان الفيلة, وإذا ثمرها كالقلال, فلما غشيها من أمر الله ما غشيها تغيرت فما أحد من خلق الله تعالى يستطيع أن يصفها من حسنها.
قال: فأوحى الله إليّ ما أوحى, وقد فرض علي في كل يوم وليلة خمسين صلاة فنزلت حتى انتهيت إلى موسى, قال ما فرض ربك على أمتك ؟ قلت خمسين صلاة في كل يوم وليلة, قال ارجع إلى ربك فاسأله التخفيف لأمتك, فإن أمتك لا تطيق ذلك وإني قد بلوت بني إسرائيل وخبرتهم, قال فرجعت إلى ربي فقلت أي رب خفف عن أمتي فحط عني خمساً, فنزلت حتى انتهيت إلى موسى فقال ما فعلت ؟ فقلت قد حط عني خمساً فقال إن أمتك لا تطيق ذلك فارجع إلى ربك فاسأله التخفيف لأمتك,
قال فلم أزل أرجع بين ربي وبين موسى ويحطّ عني خمساً خمساً حتى قال: يا محمد هن خمس صلوات في كل يوم وليلة بكل صلاة عشر, فتلك خمسون صلاة ومن همّ بحسنة فلم يعملها كتبت له حسنة, فإن علمها كتبت عشراً, ومن هم بسيئة فلم يعلمها لم تكتب, فإن عملها كتبت سيئة واحدة, فنزلت حتى انتهيت إلى موسى فأخبرته, فقال ارجع إلى ربك فاسأله التخفيف لأمتك فإن أمتك لا تطيق ذلك, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لقد رجعت إلى ربي حتى استحييت»
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau؟ Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu؟ Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan؟ Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.
Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau؟ Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu؟ Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan؟ Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau؟ Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu؟ Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan؟ Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan dengan kedudukan yang sangat tinggi. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau؟ Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu؟ Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan؟ Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t ( وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا ) Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.
Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau؟ Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu؟ Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan؟ Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau؟ Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu؟ Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan؟ Jibril a.s
menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau؟ Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu؟ Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan؟ Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.
Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu؟ Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu.
Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.
Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.
Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepadaNya.
Sunday, July 19, 2009
Kanapa kita wajib solat? (Bah. 1)
“Why we should performing solat?” adalah tajuk ceramah yang saya berikan kepada para peserta Bengkel pemantapan Solat, bertempat di Dewan Utama SMK Kundasang pada 04.07.09 yang lepas. Pada mulanya tajuk ini diberikan kepada Ust. Assc. Prof. Dr. Habeeb Rahman tetapi memandangkan beliau tidak dapat hadir maka saya diminta untuk menggantikan beliau. Saya memetik hasil tulisan Mohd Ahmad bin Ismail dalam menyampaikan tajuk tersebut. Tajuk asal ialah لماذا نصلي؟ . Berikut ialah terjemahan buku tersebut dengan sedikit suntingan.
Kenapa kita bersolat?
Oleh: Mohd bin Ahmad bin Ismail
1- sebesar-besar rukun Islam selepas mengucap dua kalimat syahadah. Sabda Nabi SAW:
2- perkara terpenting dalam agama. Umar al-Khattab pernah berkata:لا حظ في الإسلام لمن ترك الصلاة – tidak ada bahagian dalam Islam bagi sesiapa yang meninggalkan solat.
3- seiring dengan fardhu-fardhu lain. Di dalam banyak-banyak suruhan Allah SWT di dalam al-quran, solatlah yang didahulukan.
4- ibu bagi segala ibadat.
5- perintah Allah. Firman Allah: (al-bayyinah:5)
6- wasiat terakhir Rasulullah.
7- cermin amalan mukmin. Sabda Nabi SAW:
8- tiang bagi semua syariat samawi. Perintah mengerjakan solat bukan sahaja disyriatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW bahkan juga kepda nabi-nabi lain.
9- syiar negara Islam. Jika sesebuah negara itu umatnya sentiasa mendirikan solat maka tidak syak lagi bahawa negara itu mengamalkan ajaran Islam. Firman Alah SWT: (al-haj:41)
10- Iman. Solat ialah gambaran beriman atau tidak seseorang muslim. Hanya orang beriman sahaja akan menegakkan solat.
11- kelepasan daripada sifat munafik. Munafik ialah seseorang yang berpura-pura beriman sedangkan hakikatnya ia kufur.
12- jalan orang mukmin.
Tuesday, July 7, 2009
Bengkel pemantapan solat di SMK Kundasang
Pada 3 hingga 5 Julai 2009, bertempat di SMK Kundasang, Ranau, Sabah telah diadakan program bengkel pemantapan solat. Program yang dianjurkan oleh MRC Mahallah Bilal, UIAM dengan kerjasama World Assembly of Muslim Youth(WAMY) bertemakan “Jatidiri cemerlang, peribadi gemilang” disertai oleh 96 pelajar SMK Kundasang, terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima. Seramai 22 orang fasilitator terlibat dalam program ini. Menurut pengarah program, Saudara Yusof bin Yahaya, antara objektif program ini ialah untuk memupuk semangat dakwah di kalangan pelajar universiti di samping mempraktik teori dakwah yang dipelajari di dalam dewan kuliah.
Dalam program tersebut saya telah dijemput untuk menyampaikan dua slot ceramah bertajuk "kenapa kita mesti solat" dan "bahaya syirik dalam kehidupan". Alhamdulillah saya juga berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semua peserta samada pelajar SMK mahupun para fasilitator. Mudah-mudahan semua yang terlibat di dalam program ini mendapat manfaat semaksima yang mungkin.
Friday, July 3, 2009
Selamat datang ke Negeri Sabah
Al-ghasyiah:17 - 20. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?
Ar-rum:42. Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)."
al-an'am:99 Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Taman Pertanian Sabah,Lagud Seberang
Faathir:28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
ziarah Ustazah Fatin, senior UIA yang kini mengajar di SMK Tenom,Keningau
sedang menunggang raksasa
Az-zukhruf:12 - 13 Dan yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi. Supaya kamu duduk di atas punggungnya Kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu Telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan: "Maha Suci Tuhan yang Telah menundukkan semua Ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,