"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, September 12, 2013

Menawan Puncak Gunung Kinabalu



Kali pertama  tapak kaki saya pijak Bandaraya  Kota Kinabalu pada 1 Julai 1999. Saya ditempatkan mengajar di Sekolah Menengah kebangsaan Kuala Penyu, yang terletak dalam Bahagian Beufort. Masa itu saya bujang lagi. Belum kahwin.

 saya bersama Tok Nebang

Sepanjang berada di Sabah tak terasa pun nak panjat Gunung Kinabalu. Mungkin saya jenis orang yang tak suka aktiviti lasak dan mencabar. Saya panjat Gunung Kinabalu dan sampai ke puncak dengan jayanya pada 21 Oktober 2012.

 Ust Ab. Hadi

Ceritanya bermula dengan Tok Nebang kampung saya. Anak dia Ain ada konvokesyen di UMS. Jadinya dia bercadang nak panjat gunung Kinabalu. Ringkas cerita, untuk meraikan kehendak Tok Nebang maka saya bersetuju.

 pemandangan menarik di perjalanan

Urusan panjat gunung diurus oleh adik saya Ust Ab Hadi. Dia mengajar di SK Kaingaran dalam Daerah Ranau. Dah kahwin dengan orang Sabah, Azrinah yang juga merupakan pelajar saya, KPLi j-qaf ambilan 2007.



Panjat gunung ni memerlukan stamina yang kuat disamping keazaman yang jitu untuk sampai ke puncak sana. Tempat paling tinggi di bumi Malaysia bahkan Asia. Alhamdulillah. dengan izin Allah saya sampai juga puncak Gunung Kinabalu.



Saya, adik saya, Tok Nebang dan dua orang anaknya memulakan aktiviti panjat gunung pada hari Sabtu 20 Oktober 2012, jam 930 pagi. Kami di pandu oleh seorang pemandu terlatih. Laluan kami ikut Mesilou, laluan yang lebih jauh jaraknya berbanding laluan Timpohon.
Dalam keadaan hujan kami memanjat gunung. Sepanjag perjalanan kami dapat tengok keindahan alam ciptaan tuhan. Masya Allah Tabarakllah!  Bumi Allah cukup luas.



“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,(an nisa’:97)”





“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (al mulk:15)

Trek laluan taklah mencabar sangat. Hanya perlu sabar berjalan macam biasa sejauh 6 km untuk sampai ke Laban Rata. Kalau letih rehat sekejap. Banyak tempat rehat sepanjang perjalanan. Tandas pun ada. Makna katanya orang jenis cirit birit pun boleh panjat.

Mengikut nasihat pemandu kami, jangan paksa kalau tak larat. Berjalan ikut kudrat. Kalau boleh laju maka pergi saja. Insya Allah tak sesat. Kumpulan kami yang paling depan ialah Alif dan Ikram, anak tok nebang. Saya dengan tok nebang jalan bersama manakala Hadi tercorot di belakang. Tok Nebang ni walaupun umur sudah kepikunan tapi boleh tahan juga. Semangatnya membara mengalahkan jiwa muda.

Alif dan Ikram sampai Laban Rata jam 330pm. Saya dan Tok Nebang sampai jam 630pm manakala Hadi menyusul setengah jam kemudian. Alhamdulillah, selesai satu bab mendaki. Bab seterusnya sambung besok pagi. Rehat dulu di sini.


 Kantin di tempat persinggahan, Laban Rata

                                            Suasana di Laban Rata, menikmati makan malam






Monday, September 9, 2013

Travelog Umrah 2012: Mencari Reda Allah

King Ab Aziz Airport, Jedah


Syukur kepada Allah yang telah mengizinkan saya untuk menjadi tetamu di Tanah Haram Mekah setelah sekian lama tidak ke sana. Kali terakhir saya mengerjakan umrah pada 1997, lebih kurang 16 tahun yang lalu.

Pada 23 Mei 2012 saya telah mengikuti rombongan umrah bersama Az Ummarbaah.  Catatan ini dibuat semoga menjadi kenangan saya di sana disamping mengutip  iktibar, pengajaran dan ibrah untuk dikongsi bersama.

23. 05. 12

Memulakan Perjalanan Mencoret Pengalaman




 Lahore, Pakistan




 4 Jun 2012, waktu asar, hujan lebat membasahi ka'bah

 mengeteh di ladang kurma, Madinah

 Jabal Nur
                                                                              menyampaikan taklimat umrah


 Masjid Nabi, Madinah


Saya bersama dengan rombongan dari sabah seramai 9 orang telah bersiap sedia menunggu di aras 5 klia seawal pagi lagi kerana kami diminta berkumpul sekurang-kurangnya 4 jam sebelu berlepas. Jadual penerbagan kami pada jam 6 pm ditunda sehingga 12 tengah malam.

24.05.12

Mendarat di Lahore. Waktu solat subuh hampir  habis. Solat di aiport , 8 pagi keluar daripada aiport. Ramai peminta sedekah. Selepas zohor bersiar-siar sekitar Bandar Lahore. Hiruk pikuk degan buyi hon kenderaan. 10pm  bertolak ke Saudi mendarat jam 3am.



Menuju Madinah

Dari King Ab Aziz Airport, Jedah kami terus ke Kota Madinah. Di Madinah selama tiga hari. Antara tempat yang dilawati ialah Medan Uhud, Kebun tamar, Masjid Quba.


Masjid Quba’: Menjana Peribadi Taqwa Lagi Wara’

Masjid yang paling awal dibina oleh Nabi s.a.w. Tidak diketahui keluas sebenar masjid ini semasa awal mula pembinaanya. Terletak di sebelah selatan Madinah. Kelebihan solat di Masjid Quba’

قد وردت أحاديث عن النبي صلى الله عليه وسلم تبين فضل الصلاة في مسجد قباء :
روى البخاري (1193) ومسلم (1399) عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا .

Daripada Ibni Umar ra katanya: “Adalah Nabi saw mendatangi Masjid Quba pada setiap hari Sabtu dengan berjalan kaki atau berkenderaan”.
Dalam satu hadis riwayat Tirmizi menyatakan bahawa solat di Masjid Quba menyamai pahala umrah.

Medan Uhud: Syahidnya Mus’ab bin Umair, Sahabat Yang Zuhud

28 Mei hingga 5 Jun 2012, Kota Mekah

Alhamdulillah, dapat melaksanakan ibadat umrah dengan jayanya. Semoga umrah maqbulah wamabrurah di terima Allah. Selain ibadat umrah, para jemaah juga dibawa melawat manasik haji. Arafah, Muzdalifah , Mina. Sempat juga melawat ladang unta, Gua Hira', Jabal Nur.