"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, February 10, 2011

Halaqah Riyadhus solihin 2(HARIS 2)

Tarikh:28 Jan. 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

Taubat

Kata ulama taubat itu wajib bagi setiap orang yang melakukan dosa. Sekiranya dosa dan maksiat itu di antara hamba dan Allah SWT, tidak ada hubungkait dengan manusia maka ada tiga syarat taubat iaitu yang pertama berhenti daripada maksiat, kedua menyesal di atas perbuatan maksiat dan yang ketiga berazam tidak akan kembali melakukan maksiat.

Jika dosa dan maksiat itu bersangkutan dengan manusia lain maka perlu ditambah satu syarat selain daripada tiga syarat di atas iaiutu hendaklah si pelaku dosa meminta dihalalkan (minta maaf) kesalahan yang dia lakukan ke atas saudaranya itu.

قال الله تعالى " وتوبوا إلى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون " النور

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(an-nur:31)

قال تعالى " استغفروا ربكم ثم توبوا إليه " هود

mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, (Hud:52)

قال تعالى " يا أيها الذين آمنوا توبوا إلى الله توبة نصوحا " التحريم

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). (at-tahrim:8)

Taubat nasuha ialah taubat yang bersungguh-sungguh, bukan main-main seperti taubat daripada memakan sambal pedas. Seseorang apabila dihidangkan sambal kesukaannya dia akan makan. Apabila selesai makan dia berkata “Pedasnya sambal ini, taubat aku tak makan lagi selepas ini”. Namun apabila dihidangkan lagi dia pasti akan makan lagi. Ini taubat main-main.

Taubat yang sebenar dia pasti tak akan mengulangi lagi perbuatan itu. Saya pernah dengar bekas mufti negeri Kelantan buat analogi taubat nasuha ini seperti taubat seorang yang terjerlus kakinya ke dalam lubang tahi. Dulu tandas kampung terletak di belakang rumah berbentuk lubang yang diletak di atasnya dua kayu untuk berpijak.

Ada seorang hamba pada malam hari nak ke tandas. Dalam keadaan tergesa-gesa dia memijakkan kakinya di atas kayu pemijak untuk qadha hajat. Tiba-tiba praaap! Kayu pemijak tadi patah dan kakinya terus jerlus masuk dalam lubang tahi yang penuh dengan tahi. Dia pun berkata “Taubat aku tak pergi lagi ke tandas tadi”.

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة رواه البخاري

Dan daripada Abi Hurairah RA katanya “Aku dengar rasulallah SAW bersabda: Demi Allah! Sesungguhnya aku beristirgfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada tujuh puluh kali sehari”- Al-Bukhari.

Wednesday, February 9, 2011

Saat perpisahan terakhir

Setiap insan akan merasa saat perpisahan terakhir. Dunia yang fana ini akan ditinggalkan. Akhirat adalah tempat tuju dan tempat tinggal yang kekal selamanya. Tidaklah kesenangan dan kenikmatan hidup di dunia ini melainkan tipu daya semata.Hari ini seorang lagi sahabat saya dijemput oleh Allah untuk menghadap-Nya. Safran bin Baki, pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik, IPG Kampus Keningau telah menghembuskan nafasya yang terakhir pagi tadi. Ceritanya begini:

Lebih kurang jam Jam 9 10 pagi selepas menjawab soalan pelajar PISMP PSV berkenaan tasauf saya berborak dengan Ustaz Sobri di Jabatan. Tiba-tiba perut saya terasa sakit lantas saya turun ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Semasa menuju ke tandas, En. Naim dengan keadaan panik memanggil saya untuk ke Jabatan Sains dan Matematik kerana Cikgu Safran sakit. Sakit perut saya telah hilang kerana terkejut dengan perkhabaran.

Saya bergegas ke Jabatan Sains dan mendapati Cikgu Safran terkulai di atas kerusinya . Ketika itu Ketua Jabatan , Encik Slyvister sahaja yang ada. Saya terus mendapati Cikgu Safran dan mengajarnya mengucap. Saya dapati Encik Safran sudah tidak boleh bertindak balas dengan saya. Air mengalir di kelopak matanya.

Selepas itu Pengarah, Encik Mazlan dan beberapa lagi pensyarah tiba. Kami mengusungnya untuk dibawa ke hospital. Dalam keadaan kelam kabut itu Encik Sekar telah menawarkan keretanya. Pada mulanya saya mahu ikut bersama tetapi terlebih dahulu Encik Ronald yang menaiki kereta bersama Encik Sekar. Saya mengekori kenderaan mereka dengan menaiki kereta Tuan Haji Ibrahim. Bersama saya En Naim dan Cik Borhan. Dalam kereta saya berkata kepada rakan bahawa kedaan En Safran lain macam.

Setibanya di hospital saya dimaklumkan bahawa En. Safran dalam kedaan kritikal. Selang beberapa minit salah seorang doktor yang mengendalikan En Safran telah memberitahu bahawa mengikut ilmu kedoktorannya En. Safran telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum tiba di hospital. Waktu tepatnya tidak dapat ditentukan. Tapi mengikut Encik Ronald beliau masih dapat merasa denyut nadi al marhum ketika perjalanan ke hospital, tetapi amat lemah. Mungkin beliau tiada semasa di pejabat ataupun dalam perjalanan ke hospital.

Setelah berbincang dengan rakan dan mendapat persetujuan isteri al marhum maka kami bersepakat menguruskan jenazah di hospital dan dikebumikan di Kampung Bayangan. Keluarga al marhum yang berada di Perak juga bersetuju supaya urusan jenazah disegerakan. Tak perlu menungggu ketibaan mereka.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayangan kurang lebih jam 4.45 petang. Semoga Allah merahmati al marhum. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والتلج والبرد, ونقه من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس

إنا لله وإنا إليه راجعون

Tuesday, February 8, 2011

Pilihlah wanita kerana agamanya


عن أبي هريره رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:(تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك).

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya “Wanita dikahwini kerana empat perkara:kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu beruntung dan berbahagia.

وفي حديث عبد الله بن عمرو عند بن ماجة رفعه لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن أي يهلكهن ولا تزوجوهن لاموالهن فعسى اموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة سوداء ذات دين أفضل

Ibnu Hajar dalam kitabnya fathul bari menaqalkan hadis Abdullah bin Amru kata nabi SAW: “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka melampau batasan.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”.

Kepada yang bakal mendirikan rumahtangga dan akan mendirikan rumahtangga, renungilah hadis ini sebagai pedoman untuk masa depan yang gemilang. Sesungguhnya agama adalah yang terpenting . Justeru faktor agama perlu diletakkan sebagai elemen nombor wahid di dalam memilih bakal teman hidup.

Saturday, February 5, 2011

Halaqah Riyadhus solihin1(HARIS 1)

Tarikh:21 Jan. 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

Ikhlas niat dalam semua perbuatan dan perkataan samada dalam keadaan terang atau bersembunyi

قال الله تعالى " وما أمروا إلا ليعبدوا ا لله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة "

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian Itulah agama yang lurus.(al-bayyinah:5)

وعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدي بن كعب بن لؤي بن غالب القرشي العدوي رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه متفق على صحته

Daripada Amiril Mukminin Abi Hafsin 'Umar ibn al-Katthab RA. katanya: Aku mendengar rasulallah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu mengahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang dimaksudkannya itu.

Niat ialah suatu qasad yang terbit daripada hati sanubari untuk mengerjakan sesuatu perkara. Niat terhasil apabila sesuatu yang diqasadkan itu disertakan dengan amal. Niat adalah amalan hati, bukannya perkataan yang dilafaz oleh lidah.

Kita kena bezakan antara niat dengan lafaz niat. Disebut di dalam riwayat bahawa nabi SAW apabila keluar untuk solat maka baginda bertakbir. Lafaz takbir “Allahu akbar”. Tiada riwayat yang mengatakan bahwa nabi SAW melafazkan “usalli” ataupun “nawaitu” ketika memulakan solat.

Nilai amalan sesorang dikira berdasarkan niat. Seseorang yang bangun jam tiga pagi untuk solat tahajjud. Ketika di dalam tandas tiba-tiba maut mendahuluinya. Matinya mulia insya Allah kerana beliau bangun untuk menyusikan diri dan beribadah pada waktu dinihari.

Seseorang yang maling kemudian belusir kerana dibubut oleh polis lalu bertapuk di masjid. Tiba-tiba dia mati dalam masjid. Orang ini sebenarnya seorang pencuri yang menggunakan masjid sebagai tempat bersembunyi daripada ditangkap polis. Allah SWT maha mengetahui niat dan isi hati seseorang.

Wednesday, February 2, 2011

Soalan berkenaan tawassul

Saya ingin bertanya tentang tawassul. Saya tahu bahawa orang yang meminta tawassul (perantaraan) dari kuburan atau meminta kepada orang mati adalah doa kepada selain Allah, dan itu tidak benar. Akan tetapi ada orang bagitahu, tetapi apa salahnya saya meminta doa kepada orang solih yang masih hidup? Dengan begitu, apa salahnya pula meminta doa itu darinya sesudah dia meninggal dunia? Bagaimana saya menjawab sanggahan saudara saya itu? Tawassul bagaimana yang dibolehkan? Dan tawassul bagaimana yang tidak dibolehkan?


Al-Hamdulillah. Tawassul dari segi bahasa bererti mendekatkan diri.

Di antaranya firman Allah:

أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ

"…dan memohon wasilah untuk mendekatkan diri kepada Rabb mereka."


Tawassul terbahagi kepada dua: Tawassul yang disyariatkan, dan tawassul yang dilarang.

Tawassul yang disyariatkan yaitu:

Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang dicintai dan diredhai oleh Allah seperti melakukan ibadah-ibadah yang wajib dan sunnah, samada ucapan, perbuatan atau iktiqad.

Tawassul jenis ini ada berbagai jenis:

Pertama:Bertawassul kepada Allah dengan Asma’ dan Sifat-Nya.

Allah berfirman:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.(al-a’raf:180)

Caranya, seorang hamba ketika berdoa kepada Allah, terlebih dahulu menyebutkan nama-Nya yang sesuai dengan permintaannya; seperti menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih (Ar-Rahmaan), ketika ia meminta belas kasihan; atau menyebut nama Yang Maha Pengampun (Ghafuur), ketika memohon ampun, dan sebagainya.

Yang kedua: Bertawassul kepada Allah dengan iman dan tauhid.

Allah berfirman:

رَبَّنَا آَمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

"Ya Rabb kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah). " ( Ali Imraan : 53)


Yang ketiga: Bertawassul dengan amal soleh.

Iaitu dengan cara seorang hamba memohon kepada Rabb melalui amalan paling ikhlas yang pernah dia lakukan seperti solat, puasa atau membaca Al-Qur'an, atau maruahnya dalam menjaga diri dari maksiat dan lain-lain. Di antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits Al-Bukhari dan Muslim tentang kisah tiga orang yang masuk gua, tiba-tiba pintu gua tertutup oleh batu besar lalu mereka berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amalan-amalan mereka yang paling diharapkan pahalanya.

Termasuk di antaranya bila seorang hamba bertawassul kepada Allah dengan kefakirannya, sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Ayyub 'Alaihissalam:


أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

(Sesungguhnya aku telah mengalami kesengsaraan dan Engkau adalah Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih..)


Atau dengan pengakuan seorang hamba terhadap kezalimannya dan keperluan dirinya terhadap Allah sebagaimana diungkapkan oleh Nabi Yunus:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(Tidak ada yang berhak disembahi secara benar melainkan Engkau; Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim..)


Tawassul-tawassul yang disyariatkan ini berbeza hukumnya antara satu sama lain. Ada yang wajib, seperti tawassul dengan menyebutkan nama dan sifat Allah atau dengan tauhid. Ada juga yang disunnahkan, seperti tawassul dengan menyebutkan amal soleh.

Adapun tawassul yang dilarang dan bid'ah itu adalah:

Bertawassul kepada Allah dengan hal-hal yang tidak disukai dan tidak diredhainya, seperti ucapan, perbuatan dan iktiqad. Di antaranya tawassul dengan berdoa kepada orang-orang mati atau orang-orang yang tidak hadir, memohon keselamatan dengan perantaraan mereka dan sebagainya. Semua perbuatan itu adalah syirik yang bertentangan dengan Islam.

Berdoa kepada Allah, samada dalam bentuk doa permohonan seperti meminta sesuatu dan meminta diselamatkan daripada bahaya: atau doa ibadah seperti rasa tunduk dan pasrah di hadapan Allah, kesemuanya itu tidak boleh diminta kepada selain Allah. Memalingkannya dari Allah adalah syirik dalam berdoa. Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

"Dan Rabbmu berfirman:"Berdo'alah kepada-Ku,niscaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina…" ( Al-Mukmin : 60)

Allah menjelaskan dalam ayat di atas ganjaran bagi orang yang enggan berdoa kepada-Nya, tidak mahu berdoa kepada-Nya secara terus, kerana takabbur atau sikap ujub, tidak akan sampai berdoa kepada selain-Nya. Allah berfirman:

"Berdoalah kepada Allah dengan rasa tunduk dan suara perlahan.."

Dalam ayat ini Allah memerintahkan berdoa kepada-Nya, bukan kepada selain-Nya. Allah berfirman menceritakan ucapan Ahli neraka:

"Demi Allah, sungguh kami dahulu (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata; tatkala kami menyamakan kalian dengan Rabb sekalian makhluk."

Segala bentuk penyamaan Allah dengan selain-Nya dalam ibadah dan ketaatan, maka itu adalah perbuatan syirik terhadap-Nya. Allah berfirman:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَنْ لَا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ

"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (do'anya) sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) do'a mereka. "
(QS. Al-Ahqaaf : 5)


"Dan barangsiapa yang menyeru selain Allah, sesungguhnya perhitungannya di sisi Rabb-nya, sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang kafir."

Allah menganggap orang yang berdoa kepada selain-Nya, bererti dia telah mengambil sembahan selain-Nya pula. Allah berfirman:


وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِنْ قِطْمِيرٍ (13) إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ (14)

"Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu.Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui.(QS. Faatir : 13-14)


Allah menjelaskan dalam ayat ini, bahwa Dia-lah yang Maha Berkuasa dan Mampu mengurus segala sesuatu, bukan selain-Nya. Bahwasanya sembahan itu tidak dapat mendengar doa, apalagi untuk memperkenankan doa tersebut. Sekiranya mereka dapat mendengar, mereka tidak akan dapat memperkenankan doa tersebut kerana mereka tidak ada kuasa untuk memberi manfaat ataupun mudharat.

Sesungguhnya kaum musyrikin Arab tatkalaa Rasulullah SAW diutus, mereka menjadi orang-orang kafir kerana kemusyrikan mereka dalam berdoa. Mereka juga berdoa kepada Allah dengan tulus ketika mendapatkan kesulitan. Kemudian mereka menjadi kafir kepada Allah tatkala senang dan mendapatkan kenikmatan dengan cara berdoa kepada selain-Nya. Allah berfirman:

"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia. Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia adalah selalu tidak berterima kasih.
"

Allah juga berfirman:

حَتَّى إِذَا كُنْتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا بِهَا جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

"Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan keta'atannya".
(Yunus : 22)


Kemusyrikan sebahagian orang pada masa sekarang sudah melampaui kemusyrikan orang-orang terdahulu. Hal ini demikian kerana mereka memalingkan berbagai bentuk ibadah kepada selain Allah seperti doa, meminta keselamatan dan lain-lain sehingga pada saat kesempitan sekalipun. Kita memohon keselamatan dan keberuntungan kepada Allah.


Kesimpulan : untuk membantah yang dituturkan oleh teman anda itu bahawa meminta sesuatu kepada mayyit adalah syirik. Bahkan meminta kepada orang hidup dalam batas yang hanya mampu dilakukan olehnya-pun juga termasuk syirik. Wallahu A'lam.

Sumber:Laman web Islam Tanya & Jawab