"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, July 23, 2021

ITTAQULLAH!

 

Begini..

1. Awal mula ibadat kita kena ada ikhlas. Ikhlas ini nombor wahid. Sebab itu kita tengok banyak kitab hadis memulakan kitab mereka dengan hadis niat daripada Umar bin al-Khattab. Niat ikhlas ini rahsia yang hanya Allah yang maha mengetahui. Yalah. Kita boleh tulis sebelum tanda tangan surat perkataaan “Yang Ikhlas”, kita boleh nyayi “..inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang..”. Lafaz niat ibadat kita pun lillahi taala belaka. Tapi mahiyyah dan kunhuha, hakikatnya hanya Allah yang maha tahu. Kita tak tahu.

2. Orang mukmin atas muka bumi ini sentiasa cari pahala untuk buat bekal di akhirat sana. Semoga dapat masuk syurga belaka. Ada orang cara kutip pahala dia dengan banyak sedekah, ada yang banyak solat malam, ada yang suka buat kebajikan tolong orang. Semuanya buat mengikut apa yang dimudahkah dan dilorongkan oleh Allah. Jalan kebaikan untuk buat pahala amat luas dan tak terbatas. Baca kitab “Riyadhus solihin Min Kalami Sayyidil Mursalin”. An-Nawawi bubuh satu tajuk berkenaan banyaknya jalan kebaikan.

3. Kita pakat sokong dan dokong orang nak buat pahala dan kebajikan ini. Taawun dalam kebaikan dan ketaqwaan. Dalam kita berebuat pahala ini ada Syaitan duduk goda kita supaya pahala beralih jadi dosa. Jadinya kena jaga jangan terpalit dengan tipu daya. Sukanya Syaitan dapat melaga-lagakan umat insan. Gembiranya Syaitan bila kebaikan sedekah disusuli dengan al-manni wal- aza, mengungkit dan menyakiti. Girang dan riang Syaitan bila mana sesama mukmin bertelagah dan bantah membantah, salah menyalah.

4. Kita tak maksum. Apabila tak maksum maka bertendensi untuk buat dosa dan noda. Allah maha rahmah maha sayang terhadap hamba-Nya yang buat salah. Dibukanya pintu namanya taubat. Di sana juga ada bab wasiat mewasiati dalam kebaikan. Yang salah ditegur, yang ditegur kena akur, jangan ego. Jangan taksub dan takjub dengan kehebatan diri sehingga melihat diri hebat tak boleh disekat.

5. Aib kita banyak. Kalaulah tidak kerana kasih sayang Allah yang tutup aib kita, nescaya manusia tak nak bergaul dengan kita. Allah tutup aib kita. Kita pun seboleh mungkin tutuplah aib saudara kita kecualilah untuk islah dan taslih. Siapa tutup aib saudaranya, Allah tutup aibnya. Siapa yang suka mengetuk akan diketuk. Kama tadiinu tudaan.

6. Intihanya, wahai semua tarmasuk saya! ITTAQULLAH! Bertaqwalah kepada Allah.

خَلِّ الذُنوبَ صَغيرَها  وَكَبيرَها فَهوَ التُقى

كُن فَوقَ ماشٍ فَوقَ أَر ضِ الشَوكِ يَحذُرُ ما يَرى

لا تَحقِرَنَّ صَغيرَةً إِنَّ الجِبالَ مِنَ الحَصى

 

1 comments:

Mofir said...[Balas]

Terima kasih ustaz atas ingatan ini.
بارك الله فيكم

Post a Comment