1) Solat berjemaah di masjid.
Mafhum firman Allah: Dan perintahkanlah
keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun
bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah
yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi
orang yang bertakwa. (Taha: 132)
Ramai orang yang mengeluh mengapa hidupnya susah. Hutang keliling
pinggang, hidup payah, penyakit bertambah, ahli keluarga selalu berbalah, hati
selalu keluh kesah. Kita bertanya mengapa hidup sulit seperti ini, adakah jalan
keluar? Mengapa doa seakan tidak berjawab, mengapa Allah seolah tidak peduli?
Dalam surah Al Baqarah ayat 153 Allah mengingatkan supaya minta pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat. Jika
hidup selalu dirudung malang dan berbagai kesulitan, periksalah diri, mungkin kita
kurang mendekatkan diri kepada Ilahi. Mungkin kita enggan dan sombong untuk
berdoa pada-Nya. Ayuh kita dekatkan diri kita dengan rumah Allah. Solat sejara
berjemaah. Semoga rezeki kita bertambah.
2) Menghadiri Majlis Ilmu.
Banyak
kemuliaan yang Allah berikan kepada para pencari ilmu. Allah memuliakan hamba-Nya yang menyibukkan dirinya dalam ilmu, dengan ilmulah
seorang hamba mengenal Tuhannya. Bahkan Allah berjanji menjamin rezeki pencari
ilmu. Nabi Muhammad SAW. memberikan perkhabaran bahawa
Allah menjamin rezeki pencari ilmu, maka tidak sepatutnya bagi para
pencari ilmu khuatir tentang rezeki yang akan mereka dapatkan.
Jaminan Allah
Swt. yang diberikan kepada pencari ilmu adalah rezeki yang memiliki hubungan
dengan kebahagiaan, kemuliaan, dan keselamatan dari tabir Allah Swt. Para
pencari ilmu mendapatkan rezeki yang menyenangkan. Alhamdulillah, masjid di kampung kita dipenuhi
dengan majlis ilmu. Kuliah dan ceramah boleh dikatakan ada setiap hari.
Hadirlah majlis-majlis ini. Tak lama pun. Antara maghrib dengan Isya sahaja.
Banyak manfaat yang kita akan dapat.
Daripada Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan
memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di
dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an)
dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah
(ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta
Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [
Muslim ]
3) Mentadabbur Ayat Suci al-Quran
Cara mentadabbur ayat al-Quran ialah membaca,
memahami dan menghayati maknanya.
Semuanya itu bermula dengan belajar. Belajarlah al-Quran. Tiada istilah
terlewat dan lewat untuk memulai mempelajari al-Quran. Ruginya hidup jika tak
pandai baca quran. Al-Quran ini untuk dibaca, difahami, dihayati. Barulah hidup
kita diberkati dengan rezeki daripada Ilahi. Untuk pencari rezeki, Fahami dan
tadabburlah ayat 2 – 3 surah al-Tholaq.
Barangsiapa
bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar. Dan
memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal
kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana
urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap
sesuatu.
0 comments:
Post a Comment