Dalam ayat-ayat sebelum ini adalah berkenaan dengan
munakahat yang membincangkan hubungan sesama manusia. Ayat 238 pula menerangkan
tentang solat. Kalau kita perhati selepas ini akan datang lagi ayat berkenaan
hubungan sesama manusia, hal nikah kahwin. Seolah-olah memberi isyarat kepada
kita bahawa hubungan dengan manusia itu hanya boleh menjadi baik jikalau
kita menjaga hubungan dengan Allah Taala. Tidak mungkin hubungan
dengan manusia ini akan menjadi baik jikalau tidak dijaga hubungan dengan
Allah. Sebab itulah di antara ayat-ayat yang mengajar menjaga hubungan
dengan manusia itu, diselitkan dengan ayat-ayat tentang menjaga hubungan
dengan Allah.Solat itu sendiri maknanya hubungan. الصلاة
هي الصلة بين العبد وربه
Hal-hal perkahwinan dan perceraian boleh dijaga
oleh mereka yang menjaga sembahyang. Dewasa ini kita tengok ramai pakar
motivasi, pakar kauseling dalam bab kekeluargaan mereka menitikberatkan amalan
solat kepada orang yang ada masalah hubungan rumah tangga. Alhamdulillah. Ini
satu perkembangan yang sihat. Manusia sudah jumpa punca sebenar keruntuhan
rumah tangga. Sebabnya tak jaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta.
Memang suami rasa sedih apabila bercerai dengan
isteri. Hubungan yang terbina selama kening sudah putus. Tapi kena ingat bahawa
hubungan dengan Allah tak boleh putus. Semasa dalam solat itulah kita adukan
segala kesedihan kita kepada Allah. Kita minta petunjuk dari Allah bagaimana
cara menyelesaikan masalah yang kita hadapi dan beri kita kekuatan untuk
menghadapinya.
Jagalah
hubungan kita dengan Allah dan lebih-lebih lagi hendaklah kita menjaga
sembahyang Fardu. Solat lima waktu itu telah dipilih khas oleh Allah untuk
menjaga hubungan yang rapat dengan Allah Taala.
إن الصلاة كانت على المؤمنين كتابا
موقوتا
Kita ikut waktu solat yang telah ditetapkan. Tak
boleh nak memandai sendiri tentang waktu solat. Antara cara jaga waktu solat
ialah solat dilakukan secara berjamaah. Dalam satu hadis daripada Ibni Mas’ud.
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ
عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ ، فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ
لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى ، وَإِنَّهُنَّ
مِنْ سُنَنِ الْهُدَى ، وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا
يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ ،
وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ ، وَمَا مِنْ رَجُلٍ
يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ، ثُمَّ يَعْمِدُ إِلَى مَسْجِدٍ مِنْ هَذِهِ
الْمَسَاجِدِ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا حَسَنَةً ،
وَيَرْفَعُهُ بِهَا دَرَجَةً ، وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً ، وَلَقَدْ
رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ ،
وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى
يُقَامَ فِي الصَّفِّ
“Barangsiapa
ingin bertemu dengan Allah besok hari dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia
menjaga solat lima waktu di mana saja ada seruan azan. Sesungguhnya Allah
Ta’ala mensyari’atkan bagi Nabi kalian sunnah-sunnah petunjuk. Dan sesungguhnya
kesemuanya itu termasuk sunnah-sunnah petunjuk. Maka sekiranya kalian
mengerjakan solat lima waktu di rumah kalian sebagaimana solatnya orang yang meninggalkan
jamaah, maka sungguh kalian telah meninggalkan Sunnah Nabi kalian. Dan apabila
kalian meninggalkan Sunnah Nabi kalian, maka sungguh kalian akan sesat.
Tidaklah seorang laki-laki besuci(berwudhu’) dan membaguskan wudhu’nya,
kemudian ia berangkat ke masjid dari masjid-masjid yang ada ini, melainkan
Allah akan menuliskan (menetapkan) baginya satu kebaikan pada ayunan
langkahnya, dan mengangkat satu derajatnya, serta menghapuskan satu
kesalahan(dosa)nya. Sungguh kami telah melihat bahwa tiada seorang pun yang
meninggalkannya melainkan dia seorang munafiq yang telah jelas kemunafiqkannya.
Dan sungguh ada seseorang yang menunaikankannya dengan dipapah pada kedua
kakinya hingga ia berdiri dalam saf.”
Dalam solat Fardhu, solat yang paling utama
perlu dijaga adalah solat pertengahan, iaitu solat Asar. Solat lain kena jaga
juga tapi solat asar ini dititik beratkan sebab waktu ini waktu orang ramai
tengh lalai. Nak balik kerja, nak ambil anak sekolah, nak turun padang main
bola dan sebagainya. Dalam satu hadis nabi bagitahu bahawa sesiapa yang tak
solat Asar maka seolah-olah dia kehilangan seluruh ahli keluarganya dan hartanya.
Ada dua perkara yang Allah suruh kita buat, jaga
waktu solat dan jaga khusyuk dalam solat. Bukan itu sahaja, hendaklah kamu
berdiri solat semata-mata kerana Allah – ikhlas. Dan dalam solat itu, jaga
rukun, jaga syarat yang wajib, jaga adab dan jaga hati.
وقوموا لله قانتين
Berdirilah
mengadap Allah dalam keadaan khusuk, tunduk, patuh, taat. Perkataan قانتين juga
bermakna ساكتين - diam.
Suruhan menjaga solat ini bukan sahaja semasa
aman dan senang, tetapi masa lain pun kena jaga juga. Masa perang , masa sibuk,
masa takut, masa atas kenderaan. Pendek kata solat ini perlu dilakukan walau
apa jua situasi dan kondisi. Hanya orang gila sahaja tak wajib solat. Kalau kita
bimbang disebabkan sesuatu yang berlaku, maka ada keringanan yang diberikan
kepada manusia dalam mengerjakan solat. Solat masih tetap wajib dilakukan tetapi
diringankan iaitu boleh dilakukan semasa berjalan dan juga di atas kenderaan.
Dalam
surah an-Nisa’ ayat 102, insya Allah kita akan baca berkenaan solat ketika
perang. Masa perang pun Allah ajar kita solat berjamaah. Mudah-mudahan kita
akan sampai ayat itu. Tapi tak tahulah takut ambo mati. Kita baca sekarang baru
juzuk dua nak masuk tiga. Surah al-nisa’ di juzuk kelima. Setahun sejuzuk.
Semoga
Allah bagi taufiq hidayah kepada kita semua agar dapat membaca, memahami,
menghayati dan mengamalkan ajaran quran dalam hidup kita.
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا
محمد وعلى آله وصحبه، والسلام عليكم ورحمة الله