Ayat suruhan yang pertama dalam
mushaf Al-Quran ialah suruhan Allah SWT supaya beribadat kepadaNya. Ayat itu
ialah:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ
قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu
yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa
(al-baqarah:21)
Manakala ayat larangan yag
pertama ialah larangan Allah SWT supaya tidak menyekutukanNya dalam ibadat.
Firman Allah SWT:
الَّذِي
جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ
السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا
تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan bumi
ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai
bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari
langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang
sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)
(al-baqarah:22).
Ajaran Islam berbentuk samada
melakukan suruhan atawa meninggalkan larangan فعل
المأمور أو ترك المحذور. Allah SWT mencipta manusia supaya manusia
beribadat kepadaNya.
وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Ibadat yang menjadai tiang dalam Islam ialah solat. Dalam
solat kita baca surah al-fatihah yang mana dalam surah ini kita baca:
إِيَّاكَ
نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya kepada Kamu sahaja yang kami sembah dan
kepada kamu sahaja kami minta tolong.
Kepada Allahlah sahaja tempat
kita minta sembah. Intisari keseluruhan Quran ialah ibadat hanya kepada Allah
dan minta tolong hanya kepada Allah. Ibadat kepada selain daripada Allah dan
berdoa minta tolong selain daripadaNya adalah syirik. Orang yang mensyirikkan
Allah tak boleh masuk syurga. Dalam ayat akhir surah al-Kahfi:
فَمَنْ
كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ
بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Oleh itu, sesiapa yang percaya
dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang
soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada
Tuhannya.
3 comments:
Assalamualaikum ustaz. sya ada kemusyikilan. apa hukum suami isteri bergaduh, suami minta isteri utk tuntut fasakh kalau tidak berpuas hati dgn suami. adakah itu jatuh talak?
Tak jatuh lagi
Chukchang Casino: Welcome Bonus, Review & Bonus Codes 2021
› › South China › South China Chukchang Casino: Welcome Bonus, Review & Bonus Codes 2021 - Chukchang 카지노 Casino is a well established online casino offering a great variety of games, a kadangpintar fast-growing 메리트 카지노 Rating: 4.8 888 votes
Post a Comment