"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, November 25, 2016

Baca Surah al-Kahfi




Dalam satu hadis riwayat Muslim Nabi -صلى الله عليه وسلم- suruh kita baca al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat menjadi syafaat kepada pembacanya. Dalam banyak surah dalam al-Quran ada satu surah, Surah al-Kahfi. Letaknya ikut mushaf dalam juz 15 lepas surah al-Isra’. 

Jangan tinggal baca surah ni pada hari Jumaat samada pagi dia ke malam dia ke yang penting Jumaat. Jangan ingat benda lain pula bila sebut malam Jumaat. Puak kita ni kalau sebut malam Jumaat sengih selalu. Nak berderak pun tak mau kalau malam Jumaat. 

Cuba untuk tidak tinggal baca surah al-Kafi apabila bertemu dengan Jumaat. Kita biasanya baca surah Yasin. Surah Yasin ni adalah salah satu daripada surah dalam al-Quran juga. Bacanya dapat pahala berganda dan temasuk juga hadis nabi kata bacalah al-quran.
Cumanya anjuran malam Jumaat ni surah al-kahfi. Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم  bagitahu:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”

Jadinya marilah kita pakat baca surah al-khfi ini mudah-mudahan kita peroleh fadhilat besar daripada Allah. Bagusnya kita baca ni dengan tadabbur, faham dan amal. Al- Quran ini panduan hidup kita yang hidup. Masa hidup inilah nak baca quran, faham quran dan amal ajaran quran. Bila dah mati tak da apa dah.

Satu lagi berkenaan fadhilat surah ini, terhindar daripad fitnah Dajjal.

عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ
Daripada Abi Darda’ radhiyallahu anhu, bahwa Nabi -صلى الله عليه وسلم- bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka dia akan terlindungi daripada (fitnah) Dajjal. Dan di dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi.”
Hadis lain berkenaan fadhilat surah al-Kahfi ni banyak lagi. Cukup setakat tu dulu.
والله أعلم