تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا
مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا
يَعْمَلُونَ
Itu adalah umat yang telah
lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan
kamu tidak akan ditanya tentang apa yang telah mereka kerjakan.(al-baqarah:141)
Allah swt tidak akan bertanya kita
atas apa yang telah dilakukan oleh umat sebelum kita. Kita tidak perlu mempertikaikan
apa yang berlaku pada masu lalu. Apa yang penting bagi kita ialah beriman dan
beramal soleh. Apa-apa yang berlaku
khilaf dalam kalangan sahabat seperti apa yang berlaku antara Muawiyah dan Ali,
Ali dan Aisyah maka dalam hal ini kita tak perlu berhujah siapa yang benar
siapa yang salah . Mereka semuanya sahabat yang telah mendapat keredaan Allah.
Orang-orang yang terdahulu
lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan
orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan
merekapun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga
yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di
dalamnya. Itulah kemenangan yang besar (at-taubat:100).
Ayat 141 al-baqarah ini juga menjadi
dalil bahawa pada hari akhirat akan berlaku soal jawab. Ada beberapa soalan yang
akan ditanya oleh Malaikat kepada kita dan soalan itu sudah bocor semenjak
sekian lama. Pesoalannya ialah mampukah kita menjawab segala soalan yang akan
diajukan kepada kita? Daripada kita sibuk mempersoalkan sejarah silam tentang siapa
benar siapa salah maka lebih baik kita bersiap diri untuk persoalan yang akan
ditujukan kepada kita .
قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لَنْ تَزُوْلَ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ
عَنْ اَرْبَعِ خِصَالٍ: عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ شَبَابِهِ
فِيْمَا أَبْلاَهُ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا اَنْفَقَهُ،
وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيْهِ
Sekali-kali tidak akan berganjak
kedua-dua telapak kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat sehingga dia
ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskannya,
tentang masa mudanya ke mana dipergunakannnya, tentang hartanya dari mana diperolehinya
dan ke mana dibelanjakannya, tentang ilmunya apakah yang diamalkannya.