Kenduri kahwin ataupun dalam bahasa Arab disebut walimatul urus
merupakan salah satu sunnah yang diajar oleh baginda nabi (صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم). Satu
ketika tatkala baginda tahu perkahwinan Abdul Rahman bin Auf maka baginda
bersabda yang bermaksud “Buatkanlah kenduri kahwin walaupun dengan seekor
kambing”.
Berkahwin itu sendiri adalah ibadat. Justeru dalam melaksanakan
urusan nikah kahwin sepatutnya kita ikut amalan terbaik yang disuluh oleh
pancaran wahyu bukan mengikut nafsu ataupun adat Melayu. Jika ibadat kita diselaputi
adat yang bertentangan dengan syariat maka kita mesti beringat agar tidak sesat
dalam ibadat.
Banyak perkara yang boleh merosakkan pahala melaksanakan sunnah
walimatus urus apabila ianya tersalah urus. Antara salah urus dalam
walimatus urus ialah:
1. Kenduri kahwin dilaksanakan dengan pembaziran harta dan tenaga. Orang
yang membazir adalah saudara syaitan manakala syaitan itu kufur kepada Allah
(سبحانه وتعالى).
2. Matlamat mengadakan kenduri kahwin adalah untuk bermegah-megah
dan bermewah-mewah.
3. Menjemput orang-orang kaya sahaja manakala orang miskin
ditinggalkan.
4. Mengabaikan tanggungjawab asas, iaitu solat kerana sibuk menguruskan
kenduri kahwin.
5. Mengadakan majlis persandingan, bertepung tawar, ditabur beras
kepada pengantin – Ustaz Azhar Idrus cakap boleh ditabur beras kepada pengantin
jika pengantin itu ialah ayam!
6. Dijadikan majlis kenduri itu sebagai restoran segera. Menjadi
kebiasaan orang kita kalau hadir ke kenduri walimatul urus orang akan bagi wang
kepada tuan rumah. Apabila seseorang dapat kad jempuatan maka mereka mengatakan
surat saman. Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak
pergi makan. Sepatutnya, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk
diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Marilah kita bermuhasabah kembali tentang amalan harian kita.
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan
daripada apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
1 comments:
Post a Comment