Sabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قَال : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ
كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا
يَحْتَسِبُ - رواه أبو داود وابن ماجه
Daripada Abdillah bin Abbas رضي الله عنه , bahawa Rasulallah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah
bersabda: “Barangsiapa melazimi istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar
dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap gundah-gulananya menjadi
kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki tanpa ia sangka.” (Abu Dawud dan
Ibnu Majah)
-
Hadis ini
sanadnya dhaif tapi maknanya sahih sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Uthaimin.
Istighfar ialah meminta
keampunan daripada Allah terhadap kesalahan dan dosa yang kita lakukan. Tidak
ada orang dalam kalangan kita yang tidak melakukan dosa. Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bagitahu bahawa
setiap anak Adam melakukan dosa.
Di antara sifat
Allah ialah maha pengampun maha pemurah lagi maha penyayang. Allah amat suka
terhadap hambanya yang melakukan dosa kemudia dia minta ampun kepada tuhannya.
Nabi sendiri
walaupun maksum tetapi baginda bertaubat dan beristighfar kepada Allah سبحانه وتعالى.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "والله إني
لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة " ((رواه
البخاري)).
Daripada Abi Hurairah berkata: Saya mendengar Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya saya memohonkan pengampunan
kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada tujuh puluh
kali." (Riwayat Bukhari).
Siapa kita untuk tidak beristighfar kepada Allah? Kalau nabi pun
bertaubat dan beristighfar kepada Allah lebih daripada tujuh puluh kali kita
yang banyak dosa dan noda ini sepatutnya lebih daripada itu.
Melazimi istighfar mempunyai khasiat yang banyak. Di samping dapat
pengampunan kita dapat juga bonus lain. Allah akan hilangkan perasaan keluh
kesah. Allah akan jadikan dadanya lapang. Allah bagi rezki tanpa disangka.
Jom kita jadikan amalan istighfar sebagai kelaziman kita. Beristighfar
di mana jua dan bila masa sahaja. Bukannya susah nak sebut astaghfirullah.
astaghfirullah. Boleh istighfar di atas kereta sambil memandu, di atas
padang sambing berjoging, di kolam renang sambil berenang pun boleh.
Ucapan istighfar banyak kita boleh amalkan. Sekurang-kurangnya kita
sebut astaghfirullah. Tapi ada satu istighfar yang disebut sebagai penghulu
istighfar. Nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu:
عنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رضي
اللَّه عنْهُ عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « سيِّدُ الاسْتِغْفار
أَنْ يقُول الْعبْدُ : اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي ، لا إِلَه إِلاَّ أَنْتَ
خَلَقْتَني وأَنَا عَبْدُكَ ، وأَنَا على عهْدِكَ ووعْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ ،
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما صنَعْتُ ، أَبوءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ علَيَ ، وأَبُوءُ
بذَنْبي فَاغْفِرْ لي ، فَإِنَّهُ لا يغْفِرُ الذُّنُوبِ إِلاَّ أَنْتَ . منْ
قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِناً بِهَا ، فَمـاتَ مِنْ يوْمِهِ قَبْل أَنْ
يُمْسِيَ ، فَهُو مِنْ أَهْلِ الجنَّةِ ، ومَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وهُو
مُوقِنٌ بها فَمَاتَ قَبل أَنْ يُصْبِح ، فهُو مِنْ أَهْلِ الجنَّةِ » رواه
البخاري
.
Daripada Syaddad bin Aus berkata,
“Penghulu istighfar itu adalah seorang hamba mengucapkan:
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا
صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ
لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan
yang berhak disembah kecuali Engkau,
Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba -Mu. Aku akan setia
pada perjanjianku dengan -Mu semampuku. Aku berlindung kepada -Mu dari
kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat -Mu kepadaku dan aku mengakui
dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku.
Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”
Barangsiapa yang membacanya pada waktu
siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada siang hari itu sebelum memasuki
waktu petang maka dia termasuk penghuni syurga, dan barangsiapa yang membacanya
pada waktu malam dengan penuh keyakinan dan mati sebelum memasuki waktu pagi
maka dia termasuk penghuni syurga”.