"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, August 3, 2013

Ditulis ke Atas Kamu Supaya Kamu Bertaqwa




Alhamdulillah kita masih lagi berada dalam bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadan. Biasanya para khatib dan para ustaz selalu mengingatkan kita dengan ayat al-quran, surah al-baqarah ayat 183 yang bermaksud “Wahai orang-orang beriman! Telah ditulis ke atas kamu ibadat puasa sepertimana di tulis ke atas umat sebelum kamu supaya kamu bertaqwa”.

Dalam ayat tesebut Allah swt sebut “ditulis”, membawa erti wajib kepada kita berpuasa. Contohnya kalau kita tersalah parking kereta di Pekan Keningau. Tiba-tiba ada seorang polis datang menulis surat saman kepada kita. Maka wajib bayar saman. Kalau belum tulis mungkin boleh bincang lagi.

Kewajipan puasa adalah supaya kita bertaqwa. Taqwa ni kalau bahasa mudah iaitu takut. Taqwallah takut kepada Allah. Caranya ialah buat semua suruhan Allah dan tinggalkan semua larangan-Nya. Manusia kalau takut kepada makluk maka dia akan lari tapi kalau takut kepada Allah maka kena dekati Allah.

Kalau dalam cerita Upin-ipin. Cikgu besar dia takut kepada lipas. Tengok aje lipas terus dia lari lintang pukang. Kalau takut dengan  binatang kita lari daripada binatang. Takut kepada Allah bukan bererti kita kena lari daripada-Nya. Kita mesti dekatkan diri kita kepada Allah. Itulah cara kita takut kepada Allah, dengan kata lain bertaqwa kepada Allah.

Salah satu cara kita mendekati Allah ialah dengan berpuasa. Puasa yang boleh membawa kepada taqwallah. Itulah sebenarnya ojektif puasa. Makanya kita kena puasa dan mencapai KPI puasa iaitu supaya kita bertaqawa. Jesteru puasa kita bukan sekadar menahan diri daipada makan minum tapi juga kena tahan nafsu kita daripada buat segala maksiat.

0 comments:

Post a Comment