"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, August 23, 2013

Merdekakah Kita?



Bulan Ogos adalah satu bulan yang sinonim dengan bulan kemerdekaan. Rata-rata rakyat Malaysia memperkatakan tentangnya. Persoalannya ialah adakah semua kita benar-benar telah memerdekakan diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan negara. Ada orang berpendapat bahawa manusia merdeka apabila negaranya merdeka. Ada orang menganggap bahawa kemerdekaan itu ialah bebas melakukan apa sahaja yang terlintas di hati dan terlihat di mata.

Islam mempunyai pandangan tersendiri tentang merdeka bahkan kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia. Sebab itulah dalam sejarah tentera Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam tapi kita melihat ramai umat Islam diseksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.

Rib’i bi Amir menegaskan kepada Rustum, panglima Parsi

“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Islam diutuskan kepada manusia bagi membebaskan rohani dan batin mereka daripada memperhambakan diri kepada selain Allah. Sebab itu agama Islam namanya ISLAM, bukan agama Muhammad.  Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak lebih dari seorang Rasul. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 144 :

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

Manusia mungkin berjaya membebaskan dirinya daripada perhambaan kepada sesama makhluk dan daripada menjadi hamba kepada permasalahan hidup, tetapi kadang-kadang manusia sering menjadi hamba kepada nilai dan norma hidup. Manusia akan merasakan wujudnya perbezaan martabat dan kemuliaan berasaskan nilaian harta, keturunan, pangkat dan kedudukan. Firman Allah dalam surah al-Saba’ ayat 35-37 :
Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).

Ramai manusia gagal membebaskan dirinya daripada perhambaan kepada hawa nafsu. Mereka telah menjadikan hamba nafsu mereka sebagai tuhan yang disembah. Firman Allah dalam surah al jathiah ayat 23 :
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Ny dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Jiwa yang bebas dan merdeka hanya meletakkan dunia dan segala perhiasannya di tangan mereka bukan di hati. Jiwa yang bebas dan merdeka akan sentiasa berwaspada dengan fitnah harta dan perhiasan dunia. Kemewahan dunia tidak menjadikan mereka alpa tentang akhirat sana.

Pembebasan terbesar yang diberikan oleh Islam kepada manusia ialah kebebasan memilih aqidah dan kebenaran. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 99 :
“Dan jika tuhanmu menghendaki nescaya akan beriman segala penghuni muka bumi seluruhnya, maka apakah kamu berhasrat mahu memaksa mereka supaya menjadi orang beriman semuanya.”

Juga firman Allah dalam surah al baqarah 256:

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada  tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

kebanyakan manusia terus memilih kesesatan walaupun amat nyata kepalsuannya. Manusia masih mengikut apa yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.  Manusia masih enggan meninggalkan amalan kesesatan mereka walaupun amat menyedari bahawa kesesatan itu akan merosakkannya. Manusia masih sanggup terus bergelumang dengan dosa walaupun menyedari bahawa maksiat yang akan dilakukan akan menyeret mereka ke neraka. Inilah seburuk-buruk perhambaan yang mencengkam manusia jika kita tidak berwaspada.

Merdekakah kita jika jiwa masih menjadi hamba kepada harta benda. Merdekakah kita dengan hanya bebas fizikal tapi hati masih terpenjara. Merdekakah kita dengan sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdidik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Merdekakah kita dengan hanya mengibar bendera merata-rata tetapi tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa yang hendak dibangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan dosa. Selamat Menyambut Bulan Merdeka! MERDEKA.

Tuesday, August 20, 2013

Dendam Kesumat Yahudi



Yahudi adalah satu bangsa yang dikenali dalam sejarah sebagai bangsa yang tak reti bahasa. Al-quran banyak menceritakan kelicikan Yahudi ini. Allah swt menyuruh supaya kita berhati-hati dengan tindak tanduk mereka. Islam datang membawa rahmat ke seluruh alam. Dengan Islam kaum yang sebelumnya bermusuh menjadi bersaudara  dengan ikatan Islam. 

Fiman Allah swt:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.(ali Imran:103)”

Dalam sejarah ada dua kaum yang sentiasa bermusuh iaitu Aus dan Khzraj. Syas bin Qais adalah salah seorang Yahudi yang amat dengki dengan kerukunan dan keharmonian hidup Islam. Tidak boleh duduk diam jika melihat keakraban yang terjalin antara Aus dan Khazraj. Pada suatu hari Syas melalui satu perhimpunan antara Aus dan Khazraj. Mereka berkumpul dengan penuh mawaddah dan rahmah. Syas tidak senang hati dengan apa yang dia lihat lantas mengutus seorang pemuda dalam kalangan Yahudi supaya menghampiri mereka dan menceritakan cerita tentang peperangan Buath yang berlaku antara Aus dan Khazraj. Pemuda ini juga membangkitkan cerita yang boleh menyebabkan dua kaum ini bergaduh sehingga keluar dua orang daripada Aus dan Khazraj cabar mencabar antara satu sama lain. Pargaduhan hampir-hampir tercetus.

Apabila berita ini sampai kepada rasulullah saw maka baginda keluar menemui dua puak yang mahu berperang tadi seraya bersabda “Wahai golongan muslimin! Ingat Allah! Ingat Allah! Adakah dengan perangai jahiliyyah kamu amalkan sedangkan aku bersama kalian, selepas mana Allah beri hidayat Islam kepada kamu, memuliakan kamu dengan Islam, memutuskan perkara jahiliyyah dengan Islam, menyelamatkan kamu daripada kekufuran, menjinakkan hati antara kamu, Adakah kamu mahu kembali kepada kekufuran? Selepas baginda nabi saw menasihati mereka maka sedarlah mereka bahawa Syaitan hampir-hampir menguasai mereka. Segera mereka mencampakkan senjata masing-masing dan berpelukan antara satu sama lain sambil menangis.

Firman Allah swt: 
 
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ شَهِيدٌ عَلَى مَا تَعْمَلُونَ (98) قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ آَمَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنْتُمْ شُهَدَاءُ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (99) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ (100)
   Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu ingkari ayat-ayat Allah, padahal Allah Maha menyaksikan apa yang kamu kerjakan?."Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu menghendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan?." Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan. Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.

Wednesday, August 14, 2013

Taujihat Idul Fitri




1. Saya berpesan dalam suasana kita menyambut hari raya ini kita kena beringat bahawa kawasan kita ni masih ada wabak dengggi sepertimana yang diingatkan oleh Jabatan kesihatan Kota Bharu. Pastikan air tak bertakung di rumah kita. Nyamuk aedes ni dia pilih air jernih. Nyamuk pun pandai pilih air maka kita sepatutnya kena lebih cedik daripada nyamuk, Makna katanya janganlah kita pilih air kotor seperti arak dan sebaginya.

2. Hari raya dalam Islam adalah hari beribadat. pastikan sambutan hari raya kita itu betul-betul bertepatan dengan syariat Islam. Satu ketika tatkala nabi sampai ke Madinah baginda mendapati penduduk di situ menyambut satu perayaan dengan cara bergembira pada hari tersebut. nabi bagitahu bawa Allah swt telah menggantikannya dengan dua hari yang lebih baik iaitu idul fitri dan idul adha.

3. Marilah sama-sama kita kunjung mengunjung menjalinkan silaturrahim sesama kita. Maaf bermaafan antara satu sama lain. Tinggalkanlah perasaan hasad dengki dendam kesumat, benci membenci kerana ianya boleh membinasakan ukhuwwah islamiyyah sehingga kita menjadi lemah.

4. Kita juga kena ambil berat hal ehwal umat Islam saudara seagama kita di mana mereka tidak dapat meraikan hari raya seperti kita. Lihatlah saudara kita di Syria, di Mesir, Palestin. Kita berdoa agar Allah memenangkan pihak yang benar dan menghancurkan kebathilan.

5. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Kita kira kosong kosonglah lebih kure. Hak mana ssalah silap tu harap maaflah. Mudah mudahe Allah terima amale kita semua.

Monday, August 12, 2013

Beramah Mesra Bersama Abu Anas Dr Ab. Basit




Sempena Majlis Jalinan Mesra Idil Fitri Alumni Maahad Muhammadi, pada 4 Syawal 1434, bertempat di Kampung Kraftangan, Kota Bharu Kelantan.




1. Kalau Ustaz Din tadi dia kata malu nak naik atas sebab tak pakai baju raya. Ana tak apa. Kalau dijemput naik ana naik selalu. Yang ana takut kalau langsung tak pakai baju.

2. Nak cerita pengalaman ana di Maahad ana tak boleh cerita sebab ana tak belajar di Maahad. Kalau cerita bagaimana boleh orang Maahad yang tu boleh ana cerita. Ana datang sini jadi driver orang rumah.

3. Adalah diharapkan agar pertemuan seperti ini dapat memperkukuhkan lagi tautan Khirrijin maahad dalam usaha membangunkan dan melebarluaskan gerak kerja dakwah.
4. Alhamdulillah. Keluaran Maahad samada lilbanin maupun lilbanat sudah berpuluh ribu. Tahun lepas saja berapa orang? Ramai.

5. Saya berpendapat bahawa MAIK perlu melonggarkan dan memberi kebenaran kepada mereka yang ada sijil agama, keluaran agama ini untuk bagi khutbah di masjid. Tak maula tok khatib sama ngantuk dengan makmum.

6. Di masjid yang baca khutbah nak sebut GLOBALISASI sampai gelelot lidah. Dok main gelob...gelob. Mujur makmum kat bawah tolong tambah “sasi tok ime..” Ambo teringat masa isu Bosnia-Herzegovina dulu. Allah.. Nak bboleh sebut HERZEGOVINA.. dok main her..her. Harap pihak alumni dapat angkat masalah ini ke hadapan.

7. Keluaran kita ramai. Begitu juga dengan huffaz. Tapi cuba tuan-tuan check masa terawih lepas. Masjid tu import imam dari Mesir, masjid ni imam dari Komboja. Bukan nak ddeki dok ni. Tapi mana ore kita? Duk lain. Mace kito beranak lepas tu bagi anak kat orang lain.

8. Kena dok ni ana kecek masalah ni di sini? Rasanya setakat tu sahaja.