"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, September 3, 2012

Bersama Syeikh Mahmud al-Siyam




Syeikh Mahmud al-Siyam ialah bekas imam Masjidil Aqsa, Palestin. Beliau juga merupakan mantan rektor Universiti Islam Gaza. Oleh kerana beliau banyak menentang dan mengkritik rejim Yahudi maka beliau telah di halau dari bumi Palestin.

Pada 11 Ogos 2012 yang lalu saya sempat bersama beliau di Masjid Pekan Keningau. Alhamdulillah, beliau menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah di sini. Catatan ini merupakan sebahagian daripada tazkirah beliau untuk dikongsi bersama.

Saya berpesan kepada semua kaum muslimin agar mencari reda Allah dan maghfirah-Nya pada sepuluh hari terakhir daripada bulan Ramadan ini. Sesungguhnya Allah menjanjikan pembebasan daripada neraka pada sepuluh terakhir daripada Ramadan. Selain daripada solat, puasa, sedekah ada satu lagi yang amat penting kita laksanakan iaitu membaca kitab Allah, al-quran.

Ramadan akan meninggalkan kita. Ya betul. Tapi kita harap agar kita sentiasa berada di bawah rahmat bulan Ramadan. Di Palestin umat Islam berpuasa macam kamu di Malaysia juga. Mereka berpuasa, solat, beribadah macam kamu tapi ke atas mereka tanggungjawab tambahan yang perlu di pikul iaitu jihad fisabilillah.

Umat Islam di Palestin terbahagi kepada beberapa golongan. Golongan pertama ialah daripada kalangan masyaikh, para ulama dan para imam. Tugas mereka ialah memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang Islam.

Golongan kedua ialah golongan wanita. Mereka berperanan sebagai pengurus rumahtangga, menjaga dan mengasuh anak-anak, menyediakan keperluan makan minum para mujahid fisabilillah dan bertindak sebagai penolong dalam satu rumahtangga.

Golongan ketiga pula ialah golongan yang berjihad fisabilillah. Mereka adalah prajurit yang mewakafkan diri mereka untuk melawan Yahudi laknatullah. Mereka terdiri daripada anak-anak muda yang mahu melihat Islam tertegak di bumi Palestin.

Golongan terakhir ialah golongan kanak-kanak yang akan menjadi perawis perjuangan kami. Mereka dididik untuk menjadi pembela agama Allah pada masa hadapan. Beginilah kehidupan kami seharian. Masing-masing menjalankan tugas yang diamanahkan.

Saya bagi pihak rakyat Palestin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang saudara berikan kepana kami.  Saya telah banyak kali datang ke Malaysia. Saya sudah ke Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kelantan, Johor dan lain-lain. Ini adalah kali pertama saya ke Sabah dan saya berharap ianya bukanlah kali terakhir saya di sini. Soalan..

Soalan pertama: Siapakah yang menguasai Palestin sekarang khususnya Masjidil Aqsa?
Jawapan: Palestin di kuasai oleh dua golongan , golongan Islamik Hamas di sebelah Selatan manakala golonga kedua ialah golongan sekular yang dipelopori golongan Fatah di sebelah Utara. Malangnya Masjidil Aqsa terletak di sebelah Utara.

Oleh kerana mereka berfikiran sekular maka mereka tidak mengambil berat tentang Masjidil Aqsa. Mereka biarkan Masjidil Aqsa dikotori dengan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang dengan alasan untuk melawat.

Soalan kedua: Saya ada dua soalan, pertama apakah pandangan tuan tentang orang yang terlibat dengan meletupkan diri dengan bom ataupun istilahnya pejuang berani mati? Soalan kedua betulkah dakwaan Yahudi bahawa di dalam Masjidil Aqsa terdapat kuil lama orang Yahudi?

Jawapan: Tak betul. Sebenarnya orang Yahudi pun tahu bahawa Haikal Sulaiman tidak ada di dalam Masjidil Aqsa. Mereka telah mengoreknya untuk tujuan lain iaitu supaya struktur binaan Masjid menjadi tidak kuat dan mereka suka jika masjidil Aqsa itu roboh.

Adapun soalan berkenaan pengebom berani mati maka itu adalah mengikut syariat Islam, bahkan ianya merupakan antara jihad yang paling besar. Jihad sebegini sebenarnya telah ada pada zaman nabi s.a.w.

Tambahan pula apakah pentafsiran kita tentang firman Allah dalam surah al-taubah ayat 120 yang bermaksud:

“dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik”.

Bukankah perbuatan berani mati itu menimpakan bencana kepada musuh?

Soalan ketiga: Adakah kami semua di Malaysia wajib berjihad di Palestin?

Jawapan: Jihad pada umumnya adalah wajib. Di Palestin ke atas kamu menjadi fardhu kifayah. Jihad ada pelbagai bentuk. Jika kamu tidak boleh berjihad dengan jiwa kamu maka kamu boleh sumbangkan harta kamu untuk perjuangan umat Islam Palestin.

Soalan keempat: Apa pendapat tuan tentang barangan buatan Yahudi yang kita gunakan?

Jawapan: Segala sesuatu yang secara terus membantu Yahudi dalam menentang Islam maka kita tidak boleh gunakannya.

Soalan kelima: Apakah perjuangan rakyat di Syiria sekarang adalah jihad seperti di Palestin?
Jawapan: Ya.












0 comments:

Post a Comment