APA ITU CCTV?
•
CCTV
adalah surveillance camera system atau kamera pengawas, yang terdiri dari
kamera dan system DVR (Digital Video Recording)
•
Antara
kegunaan CCTV adalah untuk mengawasi dan merakam segala bentuk kejadian dalam
suatu area / lokasi
•
CCTV
dapat digunakan sebagai “pengawal” / alarm pengaman disesebuah area / lokasi
•
Apakah tindakan anda jika segala kelakuan,
perbuatan , percakapan, pergerakan anda diperhatikan dan dirakam?
MASTIKA HADIS
“Sesungguhnya Allah telah menugaskan
dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh
seseorang hambanya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah
kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat
itu dengan firmannya: ‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku itu
serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat,
dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaku itu.’”
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
•
Merupakan salah satu daripada rukun Iman.
•
Malaikat merupakan makhluk Allah yang
dijadikan daripada cahaya(nur) dan sentiasa melaksanakan perintah Allah swt.
FIRMAN ALLAH SWT
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ
نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ . إِذْ يَتَلَقَّى
الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ . مَا يَلْفِظُ مِنْ
قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
ERTINYA..
Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami
lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
(Iaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
(Iaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
رقيب
عتيد
•
Raqib
dan ‘Atid adalah dua sifat kepada dua malaikat pencatit amalan. Ini bermaksud
malaikat yang berada di sebelah kanan dialah juga yang bersifat Raqib dan
dialah juga yang bersifat ‘Atid, demikianlah malaikat yang berada di sebelah
kiri dialah juga yang bersifat dengan sifat Raqib dan juga ‘Atid.
PENGERTIAN RAQIB ATID
Raqib: adalah yang memerhatikan
semua urusan (seseorang insan), yang memelihara, yang menyaksikan,
Atid: Dia yang hadir dan tidak menghilangkan
diri, yang disediakan untuk memelihara, sama ada untuk memelihara atau untuk
menyaksikan.
IMPLIKASI..
•
Akan menjadi seorang yang produktif - tahu
tujuan dan matlamat hidup.
•
Menjalankan tugas sebagai khalifah di bumi
- menjalani kehidupan ini tanpa mendatangkan mudharat kepada manusia lain atau
kepada persekitarannya.
•
Menjadi seorang yang bertanggungjawab –
percaya bahawa setiap orang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas
tindakannya di akhirat nanti.
•
Ibadat akan menjadi lebih sempurna.
•
Sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadat.
KESIMPULAN
Setiap orang Islam wajib meyakini bahawa segala perbuatannya akan
dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab pada hari akhirat.
Jika di dunia kita berasa takut melakukan kesalahan kerana ada CCTV maka
sepatutnya kita lebih takut untuk bermaksiat kepada Allah kerana malaikat
pencatit amalan lebih hebat daripada
CCTV.
Malaikat yang diutuskan untuk mencatit amalan manusia tidak pernah lalai
dalam menunaikan tanggungjawab.