"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, May 6, 2012

Wahai Pemuda


WAHAI PEMUDA

Muda hanya sekali. Itulah yang selalu kita dengari. Bagi yang memerhati dan mengerti kenyataan ini maka sudah semestiya masa muda itu tidak diisi dengan sesuatu yang boleh membinasakan diri.

Rasulullah saw bersabda,

اغتنم خمسا قبل خمس،  شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك،
 وفراغك قبل شغلك،  وحياتك قبل موتك.
Maksudnya,” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu (1)masa muda mu sebelum tua mu, (2)masa sihat mu sebelum sakit mu, (3)masa kaya mu sebelum papa mu,
(4)masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)masa hidup mu
sebelum mati mu”    riwayat Muslim.

 Mafhum hadis ini selalu kita dengar dalam bentuk aluanan nasyid yang dinyayikan oleh Pakcik Raihan. Ironinya manusia menjadikannya sebagai bahan hiburan semata, tidak masuk menusuk kalbu.

Jangan biarkan masa muda berlalu dengan sia-sia. Masa muda itu penuh kecergasan fizikal dan mental. Masa beginilah masa yang terbaik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal. Ini tidak bereti masa tua kita tak perlu mengaji dan mengkaji. Kata ulama “Barangsiapa yang masa mudanya begitu, maka masa tuanya akan begitu juga”. Kalau masa tua baru nak mula maka ianya adalah amat susah dan payah.

Satu hakikat dan realiti bahawa masa muda tidak akan bertahan lama kerana usia akan dewasa dan akhirnya tiba masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal kenangan. Pahit atau manis. Jika masa remaja tidak dipergunakan dengan selayaknya, pasti meninggalkan kenangan pahit pada hari tua.

Masa tua segala-segalanya tidak indah. Tenaga sudah lemah, selera makan menurun, mata kabur, urat kendur, gigi gugur, selalu jumpa doktor……….akhirnya ke lubang kubur.

Perancangan Jahat Barat

1. يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلاَّ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ(32)
Maksudnya: {Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). at-Taubah ayat 32

Pemuda mesti sedar dan insaf bahwa musuh yang tidak sukakan Islam akan sentiasa dengan penuh daya upaya mereka untuk menghanyutkan pemuda Islam dengan pelbagai cara dan punca. Mereka mahu menghilangkan jati diri pemuda Islam.

Pemuda mesti awas dan waspada dengan 3S, sex, sport, song. Inilah antara jarum yang membuatkan pemuda Islam hanyut sehingga tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Islam bukanlah mengharamkan benda-benda tersebut. Ada jalan penyelesaiannya tapi malangmya praktik Islam dalam kalangan kita amat kurang.








0 comments:

Post a Comment