"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, September 11, 2011

Hukum Puasa Enam Sebelum melakukan Puasa Qada

Bolehkah ustaz terangkan tentang individu yang melakukan ibadat puasa enam hari pada bulan Syawal padahal individu tersebut belum lagi menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan yang lepas.

Terdapat dua pendapat dalam persoalan di atas, pertama tidak boleh kecuali selepas dia menqada puasa Ramadhan dan kedua boleh walaupun belum menqada puasa Ramadhan.

Pendapat yang paling tepat dalam masalah ini ialah dia mesti menqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian barulah dia melakukan puasa enam. Ini berdasarkan hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diteruskan dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa”.

Hadis ini mengisyaratkan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal mesti dimulai dengan puasa Ramadhan. Untuk mendapat pahala puasa sepanjang masa maka seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyempurnakan puasa Ramadhan samada tunai atau qada. Jika seseorang itu mempunyai keuzuran (seperti nifas) dan tidak boleh berpuasa enam kerana pada bulan Syawal dia hanya sempat mengganti puasa Ramadhan, maka dia boleh menunaikan puasa enam pada bulan berikutnya, Zulkaedah.

Dalam kaedah Islam, perkara wajib perlu didahulukan. Puasa qada Ramadhan kerana uzur syarak adakah wajib manakala puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah sunat. Juga diperingatkan bahawa bersegera melakukan ibadat adalah dituntut, lebih-lebih lagi parkara wajib. Jika puasa yang dilaksanakan itu kerana mengharapkan pahala dan reda daripada Allah, maka Allah tidak akan mengsia-siakan pahala orang yang membuat kebaikan.

0 comments:

Post a Comment