"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, January 31, 2011

Kelebihan wudhu

(11) باب خروج الخطايا مع ماء الوضوء
حدثنا سويد بن سعيد عن مالك بن أنس. ح وحدثنا أبو الطاهر. واللفظ له. أخبرنا عبدالله بن وهب عن مالك بن أنس، عن سهيل بن أبي صالح، عن أبيه، عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "إذا توضأ العبد المسلم (أو المؤمن) فغسل وجهه، خرج من وجهه كل خطيئة نظر إليها بعينيه مع الماء (أو مع آخر قطر الماء) فإذا غسل يديه خرج من يديه كل خطيئة كان بطشتها يداه مع الماء (أو مع آخر قطر الماء) فإذا غسل رجليه خرجت كل خطيئة مشتها رجلاه مع الماء (أو مع آخر قطر الماء) حتى يخرج نقيا من الذنوب".

Disebut dalam kitab Sohih Muslim, bab dosa-dosa keluar bersama tetesan air orang yang berwudhu.

” Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, lalu dia membasuh mukanya maka keluarlah dari mukanya segala dosa kerana penglihatan matanya bersama dengan air atau bersama tetes air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya maka keluarlah dari kedua tangannya segala dosa karena perbuatan kedua tangannya bersama dengan air atau bersama tetes air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah dari kedua kakinya segala dosa yang ditempuh oleh kedua kakinya bersama dengan air atau bersama tetes air yang terakhir sehingga ia keluar dalam keadaan bersih dari segala dosa .


عن عثمان بن عفان؛ قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من توضأ فأحسن الوضوء خرجت خطاياه من جسده. حتى تخرج من تحت أظفاره".

Muslim meriwayatkan dari Utsman radiallahuanhu, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : “Barangsiapa berwudhu secara sempurna, maka dosa-dosanya akan gugur dari jasadnya hingga keluar juga dari bawah kukunya”

Di dalam hadis yang lain nabi SAW bagitahu bahawa orang yang berwudhu akan mendapatkan wajah yang bercahaya di akhirat kelak, sehingga Rasulullah SAW akan megenali mereka sebagai umatnya.

Dari Abi Hurairah RA, ia berkata bahawa ia dengar mendengar Rasulallah bersabda : “Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana kesan wudhu. Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhunya)”

0 comments:

Post a Comment