"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, January 31, 2011

Dirikan negara Islam Dalam jiwamu

أقيموا دولة القران في قلوبكم تقم على أرضكم

“Dirikanlah daulah Islam dalam jiwa kamu, nescaya akan tertegaklah ia di atas bumi kamu”. Kata-kata keramat ini saya ambil daripada muqaddimah tulisan Al- Marhum Ustaz Fathi Yakan yang bertajuk قوارب النجاح في حياة الدعاة – Bahtera penyelamat dalam kehidupan duat.

Ucapan ini pernah diucapkan oleh Hassan Hudhaibi, salah seorang mursyidul am dalam satu gerakan Islam yang masyhur- Ikwanul muslimin. Saya kira ungkapan ini perlu diperingatkan semula kepada mereka yang mendukung gerakan Islam.

Kita selalu menunding jari kepada pemerintah yang tidak melaksanakan pemerintahan Islam secara total di Negara kita. Kita cekap membaca ayat-ayat quran berkaitan kewajipan pemerintah menjalankan hukuman Islam dalam pemerintahan.

Biasa kita dengar penceramah sebut kita perlu kepada kuasa untuk menjalankan hukum Allah. Tanpa kuasa kita tidak boleh buat undang-undang Islam secara menyeluruh. Oleh itu kita menyertai pilihan raya untuk membentuk kerajaan.ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Para hadirin sekalian! Saya setuju apa yang tuan-tuan sebutkan. Setuju sangat. Tapi dalam kita menidakkan orang lain kita juga jangan lupa kuasa kita yang sudah ada tapi tidak ditegakkan. Cuba perhatikan sekeliling pening kita.

Contoh. Kita semangat pergi dengar ceramah politik nak bina Negara Islam. Takbir kuat dah. Alhamdulillah. Tapi sayang! Masa angkat tangan nak takbir rokok terselit di celah jari! Apa benda ni? Contoh lagi. Kita dok sibuk bini pemimpin negara tak tutup aurat tapi bini kita pun tak tutup aurat juga.

Solat berjamaah. Saya rasa ini benda paling asas yang perlu dititik beratkan oleh mereka yang nak perjuang Islam. Di mana kita masa azan dilaungkan? Bukankah Allah sebut:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (41)

Kita kena muhasabah balik. Praktik Islam yang kita boleh buat bagi diri sendiri tanpa kuasa pemerintahan amat banyak. Kalau tak dapat perintah Negara maka perintah dulu keluarga kita.

Tegakkan Islam dalam keluarga. Pastikan wanita tutup aurat. Para lelaki solat jamah di masjid. Adab kehidupan yang islami perlu ditegakkan. Pastikan suasana rumah bersih dari asap rokok. Payah sangatkah?

Para hadirin pejuang Islam sekalian!

Marilah sama-sama kita renung ayat ini:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (55)

55. Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka BERKUASA dimuka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.(an-nur:55)

Saya masih ingat ucapan seorang pemimpin kita yang satu ketika berada di tampuk kuasa. Katanya kurang lebih begini: “Allah beri kemenangan kepada kita setelah kita memenuhi syarat kemenangan. Kita akan menjalankan amanah yang Allah beri ini sebaik mungkin”.

Makanya syarat untuk menang itu perlu ada supaya Allah beri balik kemenangan kepada kita. Saya tetap optimis bahawa Islam akan menang bahkan telah dan tetap menang! الله أكبر

Bagaimana istighfar dan taubat kita?

Al-Imam an -Nawawi dalam kitabnya Riyadhus solihin telah menukilkan hadis nabi SAW dalam bab taubah:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

"Demi Allah! Sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada tujuh puluh kali setiap hari".

Nabi SAW adalah seorang hamba yang paling disukai Allah. Baginda SAW sudah dijamin syurga, tidak akan membuat dosa dan lara.

Bagaimana dengan taubat kita? Adakah sampai tujuh puluh kali? Kita banyak buat dosa. Sepatutnya taubat menjadi kebiasaan kita.

Ironinya manusia macam kita yang banyak dosa lara masih cui untuk taubat dan kembali kepada-Nya. Masa kita istighfar dan taubat pun kita masih lara sebagaimana yang disebut oleh seorang pujangga bahawa istighfar kita berhajat kepada istighfar yang lain.

Bagaimana dengan istighfar dan taubat kita?

Allah bagitahu dalam quran, mafhumnya:

Dan bertaubatlah kamu semua wahai mukminun kepada Allah, mudah-mudahan kamu berjaya.(an-nur:31)

Kelebihan wudhu

(11) باب خروج الخطايا مع ماء الوضوء
حدثنا سويد بن سعيد عن مالك بن أنس. ح وحدثنا أبو الطاهر. واللفظ له. أخبرنا عبدالله بن وهب عن مالك بن أنس، عن سهيل بن أبي صالح، عن أبيه، عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "إذا توضأ العبد المسلم (أو المؤمن) فغسل وجهه، خرج من وجهه كل خطيئة نظر إليها بعينيه مع الماء (أو مع آخر قطر الماء) فإذا غسل يديه خرج من يديه كل خطيئة كان بطشتها يداه مع الماء (أو مع آخر قطر الماء) فإذا غسل رجليه خرجت كل خطيئة مشتها رجلاه مع الماء (أو مع آخر قطر الماء) حتى يخرج نقيا من الذنوب".

Disebut dalam kitab Sohih Muslim, bab dosa-dosa keluar bersama tetesan air orang yang berwudhu.

” Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, lalu dia membasuh mukanya maka keluarlah dari mukanya segala dosa kerana penglihatan matanya bersama dengan air atau bersama tetes air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya maka keluarlah dari kedua tangannya segala dosa karena perbuatan kedua tangannya bersama dengan air atau bersama tetes air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah dari kedua kakinya segala dosa yang ditempuh oleh kedua kakinya bersama dengan air atau bersama tetes air yang terakhir sehingga ia keluar dalam keadaan bersih dari segala dosa .


عن عثمان بن عفان؛ قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من توضأ فأحسن الوضوء خرجت خطاياه من جسده. حتى تخرج من تحت أظفاره".

Muslim meriwayatkan dari Utsman radiallahuanhu, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : “Barangsiapa berwudhu secara sempurna, maka dosa-dosanya akan gugur dari jasadnya hingga keluar juga dari bawah kukunya”

Di dalam hadis yang lain nabi SAW bagitahu bahawa orang yang berwudhu akan mendapatkan wajah yang bercahaya di akhirat kelak, sehingga Rasulullah SAW akan megenali mereka sebagai umatnya.

Dari Abi Hurairah RA, ia berkata bahawa ia dengar mendengar Rasulallah bersabda : “Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana kesan wudhu. Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhunya)”

Sunday, January 23, 2011

Berzanji VS Mengaji kitab suci

Saya tak pandai berzanji. Juga tak pandai memproses kanji. Dari umur saya peringkat kanak-kanak sehinggalah sekarang saya tak pernah belajar berzanji secara talaqqi musyafahah. Lansung tak pernah! Samada melalui guru yang ada tauliah maupun lebai kampung yang menaiki vespa.

Berzanji biasanya sinonim dengan majlis cukur rambut bayi dan juga sambutan maulid nabi. Semenjak saya kecil lagi saya selalu ikut arwah ayah menghadiri majlis cukur rambut bayi dan juga maulid nabi yang diadakan di kampung saya, Kampung Padang Bongor.

Di kampung saya tak pernah ada orang buka kitab berzanji dan dibaca mengikut rentak dan seni tersendiri. Bisanya kami mengalunkan “nasyid” selawat yang ringkas saja, sedutan daripada kitab berzanji sebanyak dua helai. Alunannya tak sama dengan orang berzanji. Tak tahulah saya apa jenis lagunya.

Saya mula mengenali berzanji apabila saya berhijrah ke Sabah. Saya mula berkhidmat di Sabah pada 01 Julai 1999. Dari Bukit Kayul di Kuala Penyu sehinggalah di Bukit Langsat, Keningau ada saja majlis orang baca berzanji. Biasanya saya akan mengelak diri dari membaca kitab berzanji sebab saya tak reti.

Tentang kitab berzanji ini saya tak mahu ulas panjang. No komen. Ada orang yang memuliakannya seolah-olah macam kitab suci al-quran dan ada yang tidak menyukainya kerana ada bait-bait dalam kitab tersebut yang mengandungui unsur khurafat dan hadis maudhu’. Itu kita bincang lain kalilah.

Cumanya saya nak sebut, Daripada kita kalut nak belajar berzanji bagus lagi kita belajar mengaji kitab suci al-quran. Nabi tak pernah menganjurkan umatnya belajar berzanji. Memanglah! Sebab berzanji ni wujud di atas muka bumi selepas kewafatan nabi.

Yang jelas sabda nabi SAW:

عن أبي عبد الرحمن، عن عثمان،
عن النبي صلى اللّه عليه وسلم قال: "خيركم من تعلم القرآن وعلمه".

“Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang belajar al-quran dan mengajarkannya”

Nabi kata belajar quran, bukan belajar berzanji. Jadinya marilah kita belajar mengaji kitab suci. Carilah guru-guru yang ada keahlian dalam bidang quran dan belajarlah daripada mereka untuk menjadi umat terbaik.

Wednesday, January 5, 2011

Bacalah doa ini


عن أبي أمامة رضي اللّه عنه، قال‏:‏دعا رسولُ اللّه صلى اللّه عليه وسلم بدعاء كثير لم نحفظ منه شيئاً، قلت‏:‏ يا رسول اللّه‏!‏ دعوتَ بدعاءٍ كثيرٍ لم نحفظ منه شيئاً، فقال‏:‏ ‏"‏أَلاَ أدُلُّكُمْ ما يَجْمَعُ ذلكَ كُلَّهُ‏؟‏ تَقُولُ‏:‏ اللَّهُمَّ إني أسألُكَ مِنْ خَيْرٍ ما سألَكَ منْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما اسْتَعاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وأنْتَ المُسْتَعانُ وَعَلَيْكَ البَلاغُ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ باللَّهِ‏"‏

Daripada Abi Umamah RA katanya: Rasulullah SAW telah berdoa dengan doa yang banyak sehingga kami tidak dapat menghafaznya sedikitpun. Aku berkata: Wahai rasulallah! Engkau berdoa dengan doa yang banyak sehingga kami tidak mampu mengingatinya sedikitpun, maka sabda nabi SAW: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu doa yang menghimpankan semua permintaan seluruhnya? Kamu bacalah: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan apa yang dipohonkan oleh Nabi-Mu Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan kami berlindung daripada kejahatan apa yang dipohon perlindungannya oleh Nabi-Mu Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan hajat, tiada daya dan upaya kecuali dengan (kekuasaan) Allah.”

Mari kita amalkan doa ini:

اللَّهُمَّ إني أسألُكَ مِنْ خَيْرٍ ما سألَكَ منْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما اسْتَعاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وأنْتَ المُسْتَعانُ وَعَلَيْكَ البَلاغُ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ باللَّهِ