"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, April 4, 2010

Membaca al-quran dengan tadabbur

Mana lebih afdhal, banyak membaca ayat al-quran tanpa tadabbur atau membaca al-quran sedikit tetapi dengan tadabbur?

Ibnu Qayyim dalam kitabnya Zadul Maad menjelaskan bahawa Ibn Masud dan Ibn Abbas berpendapat membaca quran dengan tartil dan memerhati serta memahami maknanya lebih afdhal daripada membacanya dengan cepat dan banyak tanpa memahaminya.

Tujuan membaca quran ialah untuk memahaminya, memerhati kandungannya, beramal dengannya. Sesungguhnya al-quran diturunkan untuk diamlkan ajarannya, maka hendaklah kita beramal dengan apa yang dibaca.

Memahami al-quran dengan mentadabburnya merupakan buah-buah iman yang merupakan amalan yang paling afdhal. Membaca al-quran sahaja tanpa faham dan tadabbur boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja temasuk orang munafik.

عن أبي موسى الأشعري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة طعمها طيب وريحها طيب ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التمرة طعمها حلو وليس لها ريح ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن مثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر

Hadis riwayat Abu Musa Al-Asy`ari ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Alquran adalah seperti buah utrujah, baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-quran adalah seperti buah kurma, tidak ada baunya namun rasanya manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-quran adalah seperti buah raihanah, baunya harum namun rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Alquran adalah seperti buah peria, tidak ada baunya sama sekali dan rasanya pahit.

Ayuh! Mari sama-sama kita baca quran, faham quran, tadabbur quran dan beramal dengan ajaran quran. Hidup di bawah lembayung quran adalah satu nikmat. Nikmat yang tiada siapa mengetahuinya kecuali yang mengecapinya.

0 comments:

Post a Comment