"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, April 16, 2010

Siapakah Harut dan Marut?

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat memisahkan di antara suami dengan isterinya. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.(al-baqarah:102)

Siapakah Harut dan Marut yang disebutkan di dalam ayat 102 surah al-baqarah seperti di atas?
Para Mufassirin berlainan pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang malaikat itu. ada yang berpendapat, mereka betul-betul malaikat dan ada pula yang berpendapat orang yang dipandang saleh seperti malaikat dan ada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura saleh seperti malaikat.

Syeikh Athiyah Saqar menyebutkan bahwa di beberapa buku tafsir disebutkan kedua malaikat itu telah diturunkan ke bumi sebagai fitnah sehingga Allah SWT mengazab mereka berdua dengan menggantung kedua kaki mereka, perkataan para mufassir ini bukanlah hujjah (dalil) dalam hal ini, hal itu berasal dari warisan masyarakat Babilon dan penjelasan orang-orang Yahudi serta kitab-kitab Nasrani.

Apa yang penting ialah akidah kita ahli sunnah dan jamaah tetap meyakini bahawa malaikat adalah makhluk yang tidak melakukan dosa dan maksiat.

Firman Allah SWT:

وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا سُبْحَانَهُ بَلْ عِبَادٌ مُكْرَمُونَ (26) لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ

Sebenarnya (malaikat-malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya.( Al Anbiya : 26 – 27)

Firman Allah SWT:

وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ عِنْدَهُ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلَا يَسْتَحْسِرُونَ (19) يُسَبِّحُونَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لَا يَفْتُرُونَ

Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.( Al Anbiya : 19 – 20)

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.(at tahrim:6)

Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Harut dan Marut ialah dua malaikat yang telah melakukan dosa setelah mereka di utuskan ke muka bumi. Mereka telah terpegun dengan seorang wanita yang bernama Zahrah. Diringkas cerita bahawa Harut dan Marut telah berzina dengan Zahrah dalam keadaan mabuk dan telah membunuh seorang bayi.

Al Hafiz bin Katsir berkata: "Kisah Harut dan Marut ini diriwayatkan dari beberapa tabi'in seperti Mujahid, Suddi, Hasan al Bashri, Qotadah, Abul Aliyah, Zuhri, Rabi' bin Anas, Muqotil bin Hayyan dan lain-lain dan dibawakan oleh banyak penulis tafsir dari kalangan terdahulu dan kemudiannya.

Kesimpulannya, kisah Harut dan Marut yang diceritakan secara detail ini kembali kepada kisah Israilliyat, kerana riwayatnya tidak ada sama sekali dalam hadits marfu' yang bersambung sanadnya daripada Nabi SAW.والله أعلم

Monday, April 12, 2010

Cara Penurunan Wahyu

Allah menurunkan Al-Quran kepada rasul kita Muhammad s.a.w. untuk memberi petunjuk kepada manusia. Turunnya Al-Quran merupakan peristiwa agung yang sekaligus menyatakan kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi. Turunnya Al-Quran yang kali pertama pada malam lailatul Qadar merupakan pemberitahuan kepada alam tingkat tinggi yang terdiri daripada Malaikat-Malaikat terhadap kemuliaan Muhammad.

Al-Quran diturunkan dalam dua peringkat :
1. Penurunan secara serentak dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia(جـمــلة) . Nas- Nas berikut berkaitan dengan kenyataan di atas;

a. Surah al-Buruj ayat 21-22
بل هو قرءان مجيد(21) في لوح محفوظ(22)
“Bahkan (yang mereka dustakan itu) ialah Al-Quran yang mulia yang tersimpan di Luh Mahfuzh”.
b. Surah al-Baqarah ayat 185.
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran”
c. Surah al-Qadr ayat 1.
إنا أنزلنه في ليلة القدر(1)
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr (Lailatul Qadar)”


d. Surah ad-Dukhan ayat 3.
إنا أنزلنه في ليلة مبركة
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang penuh keberkatan”.


2. Penurunan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah Shallallahu Alaihai Wasallam dalam tempoh 23 tahun (مــنـجــمــا) . Firman Allah Taala dalam surah al-Furqan ayat 32.

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآَنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً كَذَلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا

Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah supaya kami perkuat hatimu dengannya dan kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).

Maksudnya: Al Quran itu tidak diturunkan sekaligus, tetapi diturunkan secara berangsur-angsur agar dengan cara demikian hati nabi Muhammad s.a.w menjadi Kuat dan tetap.

(Dipetik daripada modul Al-Quran(minor)Untuk KPLI LPBS j-QAF)

Hartaku! Hartaku!

Fitrah manusia suka kepada harta. Tiada makhluk yang bernama manusia yang tidak suka kepada harta. Harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup di dunia. Tanpa harta dan anak pinak hidup di dunia tiada serinya.

Allah SWT berfirman maksudnya:

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, dan amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu serta lebih baik menjadi pengharapan.(al-kahf:46)

Manusia selalu bermegah dengan harta yang dimiliki. Selalunya orang yang berusaha mengumpul harta akan lalai dan berpaling daripada mengingati Allah. Di dalam al-quran Allah SWT memberi peringatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Bermegah-megahan(dengan memperbayakkan harta) telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. (At Takaatsur: 1-2).

Kerana harta manusia sanggup bermusuhan di antara satu sama lain. Hasad dengki menguasai diri. Pertalian kekelurgaan tidak bererti lagi apabila masing-masing mengejar harta.

Apa hakikat harta sebenarnya? Kenapa banyak manusia tertipu dengannya? Tak cukupkah harta yang sudah ada? Boleh di bawa ke lubag kuburkah harta benda? Kenapa manusia sibuk berkejar sini berkejar sana dek kerana harta?

Sabda Nabi SAW:

"Anak Adam ada berkata: Hartaku-hartaku!! Sesungguhnya bukanlah harta engkau kecuali hanyalah apa yang telah engkau makan hingga habis, atau engkau pakai hingga rusak lusuh, atau engkau sadaqahkan hingga engkau mendapatkan pahalanya."

Rasulullah (s.a.w) bersabda:

"Sekiranya anak cucu Adam memiliki dua lembah emas nescaya dia tetap masih menginginkan lembah emas yang ketiga, dan sekali-kali tidak akan penuh mulut anak cucu Adam kecuali tanah,dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat".

Ironinya realiti yang ada di depan mata kita bahawa orang berharta selalu dicengkam derita dan tidak cukup dengan apa yang ada. Ramai orang yang bergaji besar tetapi masih tidak cukup untuk menyara tanggungan.

Lihat sahaja yang berkedudukan dan berjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Melihat slip gaji tertulis tujuh lapan ribu sebulan tetapi masih lagi mengharapkan pendapatan sampingan sehingga ada yang tertipu dengan skim yang menjanjikan pulangan lumayan.

Betullah kata orang tua-tua: "Kalau periuk besar maka kerakpun besar". Maka jadilah pegawai yang tak sabar-sabar menunggu kedatangan dua puluh lima haribulan. Gaji masuk jenuh bayar hutang!

Saturday, April 10, 2010

Jagalah dirimu

يَأَيّهَا الّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لاَ يَضُرّكُمْ مّن ضَلّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

105. Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Ayat di atas pada zahirnya menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita menjaga diri masing-masing. Orang yang sesat tidak akan memudhratkan kita. Ramai dalam kalangan umat Islam salah faham tentang ayat ini.

Mereka berpendapat tidak perlu melakaukan dakwah kepada orang lain. Yang penting ialah menjaga diri masing-masing. Sebenarnya ayat ini bukanlah dalil untuk kita berpeluk tubuh daripada mengerjakan amar makruf dan nahi munkar.

Dalam hal ini imam Nawawi dalam kitabnya riyadhus solihin telah meletakkan ayat ini di dalam bab amar makruf nahi munkar. Imam Nawawi memetik hadis riwayat daripada Abu Bakar RA:

عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه,قال: أيها الناس إنكم تقرءون هذه الاَية {يا أيها الذين آمنوا عليكم أنفسكم لا يضركم من ضل إذا اهتديتم} وإنكم تضعونها على غير موضعها, وإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «إن الناس إذا رأوا الظالم فلم يأخذوا على يديه أوشك أن يعمهم الله بعقاب منه»..

Daripada Abi Bakar RA katanya: "Wahai manusia! Kamu memnbaca ayat ini - Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk-.dan kamu meletakkan pengetian ayat ini bukan pada tempatnya. Sesunguhnya aku dengar Rasulallah SAW bersabda: "Apabila manusia melihat orang melakukan kezaliman dan kemungkaran dan tidak dia mencegahnya, maka telah hampir tiba pada mereka siksa umum daripada Allah SWT.

Monday, April 5, 2010

Lima perkara daripada fitrah

عن أبي هريرة؛ قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الفطرة خمس. أو خمس من الفطرة: الختان والاستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب)).

Daripada Abi Hurairah RA katanya sabda Rasulullah SAW: Fitrah itu lima, lima perkara daripada fitrah: khitan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai.

Hadis ini terdapat dalam sunan Ibn Majah, bab fitrah, kitab bersuci dan sunat-sunatnya. Di dalam kitab الفقه المنهجي para pengarangnya telah memetik hadis ini dan diletakkan di dalam bab taharah.

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan penganutnya samada daripada kotoran zahir mahupun batin. Hadis di atas menganjurkan kepada kita supaya menitikberatkan lima perkara yang termasuk daripada fitrah iaitu:

1.khitan

Berkhitan ialah memotong kulit yang menutupi kepala alat kelamin lelaki yang dipanggil hasyafah. Dalam bahasa Arab khitan juga digunakan sebagai nama lain alat kelamin lelaki dan perempuan sebagaimana hadis Nabi SAW:

عن عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: إذا التقى الختانان فقد وجب الغسل. فعلته أنا ورسول الله صلى الله عليه وسلم، فاغتسلنا.

"Apabila terjadi pertemuan dua khitan, maka telah wajib mandi"

Menurut jumhur ulama, khitan bagi lelaki adalah wajib dan sunat bagi perempuan. Imam Hanafi mengatakan khitan wajib tetapi tidak fardhu. Ibnu Qudamah dalam kitabnya Mughni mengatakan bahwa khitan bagi lelaki hukumnya wajib dan kemuliaan bagi perempuan.

2.mencukur bulu ari-ari

Iaitu mencukur bulu-bulu yang tumbuh di sekitar qubul dan dubur. Ibnu Hajar dalan fathil bari menjelaskan bahawa sunat mencukur bulu-bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan depan dan belakang. Di dalam hadis Anas bin Malik dijelaskan bahawa orang Islam tidak harus membiarkan kuku, bulu ketiak, bulu ari-ari dan misai lebih daripada 40 hari.

3.Memotong kuku

Tidak ada dalil yang sahih yang menetapkan hari-hari tertentu untuk memotong kuku. Kuku mesti dipotong apabila panjang. Ada ulama yang mengatakan sunat potong kuku pada hari Khamis dan Jumaat berdasarkan beberapa athsar.

4.mencabut bulu ketiak

Sunat mencabut bulu ketiak. JIka sakit maka bolehlah digunakan pisau cukur atau alat-alat yang lain. Boleh juga isteri mencabut bulu ketiak suami dan suami mencabut bulu ketiak suami. Amalan sebegini boleh menambahkan lagi kemesraan suami isteri.

5.menipiskan misai

Hukum menipiskan misai adalah sunat. Tidak harus dibiarkan panjang kerana ianya menyerupai orang majusi. Sabda Nabi SAW:

قصوا الشوارب واعفوا اللحى خالفوا المشركين

Nipiskan misai, biarkan janggut tumbuh, bezakan dengan musyrikin.

Sunday, April 4, 2010

Membaca al-quran dengan tadabbur

Mana lebih afdhal, banyak membaca ayat al-quran tanpa tadabbur atau membaca al-quran sedikit tetapi dengan tadabbur?

Ibnu Qayyim dalam kitabnya Zadul Maad menjelaskan bahawa Ibn Masud dan Ibn Abbas berpendapat membaca quran dengan tartil dan memerhati serta memahami maknanya lebih afdhal daripada membacanya dengan cepat dan banyak tanpa memahaminya.

Tujuan membaca quran ialah untuk memahaminya, memerhati kandungannya, beramal dengannya. Sesungguhnya al-quran diturunkan untuk diamlkan ajarannya, maka hendaklah kita beramal dengan apa yang dibaca.

Memahami al-quran dengan mentadabburnya merupakan buah-buah iman yang merupakan amalan yang paling afdhal. Membaca al-quran sahaja tanpa faham dan tadabbur boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja temasuk orang munafik.

عن أبي موسى الأشعري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة طعمها طيب وريحها طيب ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التمرة طعمها حلو وليس لها ريح ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن مثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر

Hadis riwayat Abu Musa Al-Asy`ari ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Alquran adalah seperti buah utrujah, baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-quran adalah seperti buah kurma, tidak ada baunya namun rasanya manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-quran adalah seperti buah raihanah, baunya harum namun rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Alquran adalah seperti buah peria, tidak ada baunya sama sekali dan rasanya pahit.

Ayuh! Mari sama-sama kita baca quran, faham quran, tadabbur quran dan beramal dengan ajaran quran. Hidup di bawah lembayung quran adalah satu nikmat. Nikmat yang tiada siapa mengetahuinya kecuali yang mengecapinya.