"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, February 28, 2010

Ikut Nabi SAW

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Ali Imran)


اللهم إني أسألك متابعة النبي صلى الله عليه وسلم قولا وعملا صالحا

Saya dan maulidur rasul 1431 di Keningau



Masyarakat Islam Keningau menyambut sambutan maulidur rasul sepertimana masyarakat di tempat lain. Sambutan peringkat Daerah Keningau bermula pada hari Khamis 25. 02.10. Pada malamnya diadakan gerak gempur ceramah di masjid-masjid sekitar Keninagu. Saya tidak terlibat sebagai penceramah pada malam ini.


Pada pagi Jumaat 26,02.10 bersamaan 12 Rabiul awaal umat Islam berkumpul di Padang Perbandaran Pekan Keningau dan membuat perarakan ke Dewan Tamu Ground yang jaraknya lebih kurang satu kilometer. Saya tidak menyertai perarakan ini sepenuhnya, cuma memantau kontijen IPG Kampus Keningau menyertai perarakan.

Pada waktu Jumaat saya berkhutbah di Masjid Pekan Keningau. Saya mengingati diri saya dan para jamaah agar kehidupan kita selari dengan apa yan dikehendaki oleh Islam, mengikut panduan rasul junjungan.

Pada malamya saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di Masjid Tudan Baru. Ceramah dibuat selepas solat Isya'. Selepas solat Magrib ceramah khas telah disampaikan oleh dua orang sahabat saya dari Kota Kinabalu iaitu Ustaz Norazamudin di Masjid Taqwa dan Ustaz Akmal di Masjid Pekan Keningau.

Pada 27. 02. 10 saya dijemput sebagai panel di dalam majlis Bicarawara maulidur rasul yang dilangsungkan di Masjid Pekan Keningau. Majlis bermula selepas solat Isya'. Alahamdulilah, kehadiran amat menggalakkan.

Insya Allah, pada hari ini, 28,02.10 saya akan ke Masjid Pekan Tambunan yang terletak kira-kira 50 km dari Pekan Keningau kerana memenuhi jemputan jemaah disana untuk menyampaikan kuliah.



Maulid Nabi 1431H

Setiap kali menjelangnya 12 Rabiul awwal umat Islam di negara kita merayakan sambutan maulid nabi. Kebanyakan negara umat Islam akan bercuti pada 12 Rabiul awwal termasuk negara kita Malaysia.

Dari dulu sampai sekarang ada saja perdebatan hangat mengenai hukum menyambut perayaan maulid nabi. Ada yang mengatakan bid'ah sesat lagi menyesatkan dan ada yang mengatakan ianya harus bahkan digalakkan dalam Islam.

Menelusi sejarah nabi dan para sahabat, memang tidak ada riwayat mengatakan bahawa nabi merayakan hari kelahiran baginda begitu juga para sahabat.Kalau kita baca kitab-kitab sejarah yang besar kita dapati tarikh kelahiran nabi tidak disepakati oleh ulama.

Ini menunjukkan bahawa umat terdahulu tidak mengambil kisah sangat untuk meraikan hari kelahiran nabi. Jikalah tarikh hari kelahiran nabi menjadi kemestian untuk dirayakan maka sudah tentu ada kesepakatan dikalangan ulama.

Mengikut Syeikh Yusof Qaradhawi menyambut hari kelahiran nabi Muhammad SAW bukanlah satu bid'ah yang sesat.Ianya kembali kepada asas dan tujuan perayaan itu disambut. Jika untuk menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas nikmat yang diberikan maka ia adalah dituntut.

Firman Allah:

يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحاً وجنوداً لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرًا، إذ جاءوكم من فوقكم ومن أسفل منكم وإذ زاغت الأبصار وبلغت القلوب الحناجر وتظنون بالله الظنونا

Firman-Nya lagi:

يا أيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ هم قوم أن يبسطوا إليكم أيديهم فكف أيدهم عنكم واتقوا الله وعلى الله فليتوكل المؤمنون

Mengingati nikmat adalah dituntut. Bergembira kerana rahmat dan kelebihan yang Allah beri juga digalakkan. Antara rahmat Allah kepada kita ialah kelahiran Nabi SAW.


قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

Program Bina Insan Guru siri 1 2010

Pada 22 hingga 25 Februari 2010, saya terlibat dengan Program Kem Bina Insan Guru (BIG) siri 1 2010 IPGM Kampus Keningau. Program yang dijalankan di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPGM Kampus Keningau ini melibatkan sebanyak 122 orang pelatih, terdiri daripada pelajar KPLI ambilan Jan. 2010 dan PISMP.

Program BIG adalah salah satu komponen mata pelajaran Bina Insan Guru yang wajib diikuti oleh pelajar.Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Kem Komanden yang bertugas untuk BIG kali ini ialah Tuan Ismail Thani manakala ketua jurulatih ialah Tuan Abdul Halim Hashim. Saya bertugas sebagai penolong jurulatih bahagian rohani/moral dan menjadi fasilitator kumpulan 6 yang dinamakan sebagai "Kumpulan Rajawali".

Tazkirah adalah aktiviti bahagian rohani/moral yang terkandung di dalam pakej BIG yang memperuntukkan enam slot. Setiap slot mempunyai dua aktiviti utama iaitu solat dan tazkirah atau perbincangan.

Aktiviti lain yang perlu diikuti pelajar ialah ujian-ujian psikologi, LDK, kembara , aktiviti di air, Malaysia cergas dan lain-lain. Kesemua aktiviti yang dijalankan mempunyai tujuan dan objektifnya yang tersendiri.

Menurut Kem Komandan, para peserta dapat mencapai objektif yang diharapkan dengan tahap yang amat memberangsangkan. Semua peserta lulus dalam BIG kali ini seperti kata-kata simbolik sebelum memulakan kembara, Pergi…. Dan tak kembali lagi.


13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.(al hujurat)





42. Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.(at taubah)



4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun (saf)



rkrkrkrkrkr.. rajawali..... kami bah tuuu.. aduuuuuuhh...nah qann. abis sudah