"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, November 21, 2009

Wirid "Allahumma Antassalam" selepas solat


Amalan wirid selepas solat telah menjadi rutin yang seakan wajib di negara kita lebih-lebih lagi selepas solat berjamaah. Imam dan makmum membacanya secara beramai-ramai dengan suara yang kuat.

Antara wirid yang masyhur dalam kalangan masyarakat kita ialah yang berbunyi:

اللهم أنت السلام ومنك السلام وإليك يعود السلام فحينا ربنا بالسلام وأدخلنا الجنة دار السلام تباركت ربنا وتعاليت يا ذا الجلال والإكرام

Ramai dikalangan kita yang mengamalkan zikir tersebut tanpa menyelidik adakah ianya bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW atau sebaliknya termasuklah yang bergelar ustaz.

Saya tidak nafikan lafaz begini memang ada di dalam buku-buku panduan mengerjakan solat tetapi adakah pengarang buku-buku ini menyebut dalil atau rujukan muktabar yang boleh dijadikan pegangan.

Kita semua bersetuju bahawa amalan Nabi SAW adalah ikutan kita. Tak kiralah samada wahabi ke salafi ke khalafi ke semua sekali mahu menjadikan nabi sebagai ikutan.

Saya telah merujuk kepada hadis-hadis nabi tentang wirid di atas namun saya gagal mencarinya samada sahih mahupun dhaif. Kalau ada orang yang menemuinya harap berkongsi dengan saya.

Apa yang saya tahu menerusi hadis Nabi SAW selepas solat berwirid dengan lafaz sebagaimana yang di riwayatkan oleh Aisyah:
عن عائشة؛ قالت:
- كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سلم لم يقعد إلا مقدار ما يقول: اللهم أنت السلام ومنك السلام. تباركت يا ذا الجلال والإكرام

Inilah lafaz wirid baginda nabi SAW selepas solat.Lafaznya tidak panjang seperti yang dibaca oleh kebanyakan masyarakat kita. Saya tidak tahu dari mana datangnya lafaz panjang sedemikian, cuma ada riwayat mengatakan bahawa bacaan itu adalah gabungan bacaan ketika melihat ka'bah.

عن مكحول قال كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل مكة فرأى البيت رفع يديه وكبر وقال اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام اللهم زد هذا البيت تشريفا وتعظيما ومهابة وزد من حجه أو اعتمره تكريما وتشريفا وتعظيما وبرا

Apabila kita sudah menjumpai hadis-hadis yang memandu kita di dalam mengerjakan sesuatu amalan maka kenapa kita masih lagi dengan amalan lama kita yang tak ada sandarannya? Mudah-mudahan amalan kita bertepatan seperti amalan nabi.

Kepada para hujjaj yang akan mengerjakan ibadat haji selamat mengerjakan ibadat haji dan jangan lupa bacaan ketika melihat ka'bah:

اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام... إلخ

والله أعلم

12 comments:

Masterzizoul said...[Balas]

namenye pun Taqlid buter...ahli bid'ah tanggung la...sahibul bid'ah hanya mengikut sahajer

BLOG j-QAF SK MEKASAR said...[Balas]

Menarik ni ust! Saya sokong ust. Cuma saya pernah terdengar guru saya cakap amalan ini hanya ikutan berdasarkan kaedah sumber mazhab "'amal ahli madinah" sumber ini tidak diambil oleh mazhab syafie tapi herannya sampai ke Malaysia. Mazhab yang berpegang dengan sumber ini menganggap amalan ini adalah warisan turun-temurun yang diamal oleh Rasulullah dan penduduk Madinah sebab itu wirid selepas solat ini dinamakan "Aurad Madaniah" kerana puncanya dari amalan penduduk ahli madinah (tak tau la penduduk Madinah hari ini masih amal ke tidak?). Wallahu 'alam bissowab.

Anonymous said...[Balas]

kalau orang pondok tak silap dia ambik dari kitab hidayatul salikin..

mohdrusli said...[Balas]

Ya.Ada dalam hidayatus salikin. Pengarang kitab naqal daripada bidayatul hidayah, karangan imam Ghazali.

Anonymous said...[Balas]

@Masterzizoul jgn sedap mulut membidahkan org.....ustaz rusli kata zikir tu dipetik dari kitab imam ghazali....imam ghazali ahli bid'ah

Anonymous said...[Balas]

ok kalo macam tu...kita nyanyi lagu wing lepas solat...belenggu irama...baru bid'ah betul...tak payah zikir @ baca apa2 ayat quran...buat pening kapla puak2 ustaz ni..yang hisap rokok lepas solat tu..korang puak2 ustaz tak bising pulak..lepas sembahyang nak buat apa2..buat la...nak beromen ngan bini korang pun apa masalah...bengong punya puak2 ustaz...korang ni buat orang2 awam macam kami ni nak jadi bengong macam korang jugak ke?...

Anonymous said...[Balas]

hmmm, lucu-lucu juga ya?!
tenanglah, mari kita selidiki lebih lanjut bos!

Anonymous said...[Balas]

assalamualaikum. guru saya amalkan aurad madiniyah ne dan guru saya ada sanad yang bersambung dengan rasululah. guru saya bgtahu beliau telah menerima 4 sanad tentang amalan aurad madiniyah. harap membantu.

Anonymous said...[Balas]

siapa yg nak mengamalkan wirid ini teruskan..yg tak mau terpulang pada diri masing2..cuma jangan suka sangat dok kata BIDA'AH belaka...

Anonymous said...[Balas]

Saya asih amalkan wirdi ni dengan niat dapat menambahkan amalan sunat

Anonymous said...[Balas]

aurad madaniah ni saya amalkan hampir semuanya...tapi ayat diatas saya jarang amalkan sbb ade wirid lain yg memerlukan masa yg panjang dan mengejar dari waktu sebelum terbit matahari yg pendek...

sekadar utk semakan ustaz berkenaan hadith

https://sunnah.com/urn/1282720 (sahih ibnu majah)
https://sunnah.com/muslim/5/171 (sahih muslim)

Unknown said...[Balas]

Tak dinafikan Imam Ghazali adalah ulamak besar..tp beliau manusia biasa(bukan nabi yg maksum) yg tak sunyi drp kesilapan..

Post a Comment