"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, October 31, 2009

Dakwah dan ujian

DAKWAH DAN UJIAN ( الدعوة والِمحنة )

Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam? Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka yang menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ(8)الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “. Surah al-Buruj : 8.

Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi apabila gerakan dakwah Islamiyyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyyah juga merupakan suatu pengertian khusus yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyyah memakan masa panjang dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,
لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..
Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.

Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.

UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting untuk membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya walaupun mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato, kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga mereka yang munafik,Firman Allah dalam surah al-‘Ankabut : 11 - 15.
ومن الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذي في الله جعل فتنة الناس كعذاب الله ….
وليعلمن الله الذين ءامنوا وليعلمن المنافقين
Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.

FirmanNya lagi:ليميز الله الخبيث من الطيب
Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk “. - Surah al-Anfal : 37



UJIAN DALAM SEJARAH DAKWAH DAN KERASULAN

Telah menjadi sunnatuLlah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatilan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya, menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,
وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحدا
Maksudnya ,’Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun”.
dan firmanNya : يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون
Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”

Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun , Haman ,Qarun, Musa Samiriy dan Bal’am bin Ba’ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :
إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذى
Maksudnya, “Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia’, kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,”

dan sabdanya lagi, فى الدنيا ,,,,,,,, رواه الترمذى والحاكم والبيهقى إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة
Maksudnya:Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia.”

Sebab itulah seluruh Nabi dan Rasul merempuh berbagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.

Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al - Quran, FirmanNya:
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا
حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .. البقرة 214

Maksudnya,” Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka - mereka yang sebelum kamu, ia ditimpa kesusahan,kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama - sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir".

Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai - bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.


Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulama
sebagai contoh :
• Said bin Jubair disembelih oleh Al - Hajaj bin Yusof Al Thaqafi
• Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa
• Imam Al Shafei di tangkap
• Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa

Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama’ tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Imam Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh. Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain.
Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;
“ Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.
Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.
Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu. Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu. Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka.

Firman Allah,
يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون - الصف : 6
Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”

Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون - العنكبوت 2
Maksudnya, “ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.

Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin”.

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan.

Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis - jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.

1. Penyeksaan dan perkara - perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong - pendokong gerakan yang batil.
2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.
3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong - penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.
4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.
5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.
6. Ujian keatas nyawa.
7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan
8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini.
9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malas bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah dan
berjuang kerana Islam.
10. Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan.
11. Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah.
12. Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan
dapat dicapai.

CARA MENGATASI UJIAN

Pendakwah - pendakwah apabila diduga dengan ujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara - cara berikut :

1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.
2. Membanyakkan membaca Al - Quran dan Doa kepada Allah.
3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.
4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.
5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.
6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar darinya.
7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.
8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.
9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.
10. Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.

والله أعلم
uye200698

Penyusun:
Ustaz Mohd bin Daud Iraqi.

Riba

Bahaya Riba Dalam Urusan Kewangan
( Artikel ini diterbitakn di Harian Metro Ahad 21 Mei 2006) :
Oleh :Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
RHB Islamic Bank Berhad

Alhamdulillah, minggu lepas kita telah dapat mengenali dengan ringkas Riba al-Duyun yang muncul dari kontrak hutang. Perlu di fahami bahawa dalam konteks semasa, riba jenis Duyun ini amat banyak berlaku terutamanya dalam industri perbankan dan kewangan.

Pada minggu ini, penulisan ini akan mendedahkan pula jenis Riba yang kedua, ia juga tidak kurang banyaknya berlaku dalam masyarkat Malaysia.

• Riba al-Buyu’ (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) : (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592 )

Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-

a. Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa).
Contohnya :-
i- 5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh
ii. 10 kg beras dijual dengan 15 kg gandum secara tangguh;
Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh.
Ia adalah termasuk di dalam Riba An-Nasak.

b. Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti).
Contohnya :

i – Menukar 5 gram emas (jenis 916 ) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.
ii. Menukar atau menjual 10 gram Beras Basmathi dengan bayarannya 15 gram beras jenis A1 : HARAM kerana kedua-duanya sepatutnya 10 gram.
Dalam kedua-dua contoh di atas, terdapat 2 syarat yang wajib di penuhi agar terhindar dari Riba Al-Fadhl dan An-Nasak, iaitu : Pertama : Mesti sama beratnya (walaupun berbeza kualiti dan nilainya). Kedua : Transaksi pertukaran itu mestilah di lakukan dalam satu masa atau satu majlis ( ertinya, kedua-dua penjual dan pembeli tidak boleh berpisah sebelum menyerahkan item masing-masing)

Tuesday, October 27, 2009

Panggilan haji

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (196) الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ (197) لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ (198) ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (199) فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آَبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ (200) وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (201) أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (202)وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (203)

196. Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau sakit), maka sembelihlah korban yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajib keatasnya fidyah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. apabila kamu telah (merasa) aman, Maka bagi siapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (pada dalam bulan haji), (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka berpuasalah tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). dan bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.

*korban di sini ialah menyembelih binatang korban sebagai pengganti pekerjaan wajib haji yang ditinggalkan; atau sebagai denda kerana melanggar hal-hal yang terlarang mengerjakannya di dalam ibadah haji.

*Mencukur kepala adalah salah satu pekerjaan wajib dalam haji, sebagai tanda selesai ihram.

197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi ( Syawal, Zulkaidah dan Zulhijjah), barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh mengeluarkan perkataan yang berahi, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal.

198. Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia daripada Tuhanmu. Maka apabila kamu Telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy'arilharam[Muzdalifah]. dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.

199. Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

200. Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, Maka berzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

*adalah menjadi kebiasaan orang-orang Arab Jahiliyah setelah menunaikan haji lalu Bermegah-megahan tentang kebesaran nenek moyangnya. setelah ayat Ini diturunkan Maka memegah-megahkan nenek moyangnya itu diganti dengan zikir kepada Allah.

201. Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka".

202. Mereka Itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.

203. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang (hari-hari tasrik). barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, Maka tiada dosa baginya. dan barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), Maka tidak ada dosa pula baginya, bagi orang yang bertakwa. dan bertakwalah kepada Allah, dan Ketahuilah, bahwa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya.

Saturday, October 24, 2009

Jamuan Hari Raya & Hari Keluarga

Jamuan Hari Raya & Hari Keluarga Padang Bongor

Syukur kepada Allah kerana saya berkesempatan juga meraikan Syawal bersama ibu dan penduduk kampung kelahiran saya, Padang Bongor walaupun tanpa anak-anak dan isteri yang berada di Sabah.

Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga telah diadakan dengan jayanya pada 17.10.09 lepas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, menganyam ketupat, melaungkan azan, membuka rehal ajaib, tazkirah dan pertunjukan silat.

Adalah diharapkan program ini dapat merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan sesama umat Islam di Kampung Padang Bongor ini.


Kanak-kanak menerima duit raya

YB Kak Ani menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang

YB Kak Ubaidah menyampaikan ucapan

Pertunjukan seni mempertahankan diri

Demo menganyam ketupat

Hakim azan

Pemenang bersama hadiah

Orang ramai menjamu selera

Tazkirah: salah satu aturcara program

Antara makanan yang disediakan

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Wednesday, October 21, 2009

Cinta dunia takut mati

عن ثوبان قال
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها" فقال قائل: ومن قِلّةٍ نحن يومئذٍ؟ قال: "بل أنتم يومئذٍ كثيرٌ، ولكنكم غثاءٌ كغثاء السيل، ولينزعنَّ اللّه من صدور عدوكم المهابة منكم، وليقذفنَّ اللّه في قلوبكم الوهن" فقال قائل: يارسول اللّه، وما الوهن؟ قال: حبُّ الدنيا وكراهية الموت

Daripada Thauban Rasulullah bersabda, “Hampir-hampir orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas talam.” Seseorang berkata, “Apakah kerana sedikitnya kami waktu itu?” Baginda bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air bah. Dan ALLAH mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta mencampakkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”

Saya baca dalam satu laporan bahawa jumlah umat Islam di seluruh dunia sekarang ialah 1.57 bilion dengan nisbah satu orang Islam bagi setiap empat penduduk dunia. Satu jumlah yang amat banyak berbanding agama lain.

Namun apa yang dikesali ialah walaupun kita boleh di anggap menang dari segi kuantiti tapi kita kalah dari segi kualiti. Umum menyedari bahawa uamat Islam di kebanyakan negara berada dalam situasi yang tidak boleh di banggakan.

Lihat sahaja di Asia Barat. Negara-negara Arab mengelilingi Israel di segenap penjuru tapi Israel yang bilangannya sedikit dapat berdiri dengan sombongnya. Kata seorang teman kalaulah setiap orang Islam di Negara Arab bersatu membaling batu ke arah Israel nescaya Israel akan tenggelam.

Realitinya umat Islam tidak saling bantu membantu bahkan bertelingkah antara satu sama lain. Semangat perkauman masih menebal. Penyakit tamak haloba menguasai umat. Hasad dengki dan dendam kesumat dan sebutlah semua penyakit hati yang melanda umat Islam sekarang.

Maka kita tidak boleh bangga dengan ramainya bilangan kita. Kita mahu manusia seperti sahabat dalam Badar. Bilangan kecil dapat mengalahkan yang bnyak. Mereka adalah manusia yang cintakan akhirat dan mencari syahid di medan jihad.

Apa sebab umat Islam sekarang diperkotak katikkan oleh musuh Islam? Mengapa umat Islam tidak menang? Hadis di atas menerangkannya. Kita diserang penyakit al-wahn – cinta dunia dan takut mati.

Berjihad di atas katil

Berjihad di atas katil? Macamana tu? Bolehkah berjihad di atas katil. Biasanya orang berjihad di medan perang bertarung nyawa melawan musuh samada mendapat kemenangan ataupun gugur sebagai syahid.

Berjihad di atas atas katil ialah salah satu jihad kita pada zaman sekarang. Jihad ini ialah jihad secara senyap tanpa menggunakan senjata perang yang canggih namun kesannya amat besar kepada musuh Allah.

Yang dimaksudkan dengan berjihad di atas katil ialah usaha melahirkan zuriat umat Nabi SAW seramai yang mungkin. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari menukilkan hadis Nabi SAW:

عن بن عمر بلفظ تناكحوا تكاثروا فإني أباهي بكم الأمم

Daripada Ibn Umar dengan lafaz- Bernikah kahwinlah dan berkembang biaklah, sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya umat.

Di antara yang menjadi perhatian musuh Islam sekarang ialah bertambahnya bilangan umat Islam terutama di sebelah Eropah. Dikatakan mereka sedang berusaha menyekat pertambahan ini dengan pelbagai cara antaranya ialah idea merancang keluaraga.

Fikrah merancang keluarga atau dalam Bahasa Arabتحديد النسل telah dicanangkan dengan hujah ianya membawa pelbagai faedah, untuk kesihatan, untuk keseimbangan ekonomi dan macam-macam lagi kelebihan yang direka cipta.

Allah sebut dalam Quran mafhumnya:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.(al- isra':31)

Oleh itu, ayuh saudaraku kita peramaikan umat ini. Yang belum kahwin dan sudah layak untuk kahwin maka kahwinlah. Ramaikan bilangan umat islam di atas dunia ini dengan seramai yang mungkin. Yang tak ada apa-apa masalah untuk beranak ramai janganlah guna perancang keluarga.

Di samping kuantiti umat yang ramai kita juga perlu berjihad untuk melahirkan umat yang berkualiti.Umat yang berkualiti lahir daripada keluarga yang berkualiti. Keluarga berkualiti lahir daripada syaksiah yang berkualiti. Selamat berjihad!

Friday, October 16, 2009

Kesempurnaan saf solat

Halaqah Riyadhus solihin

عن جابر بن سمرة السوائي؛ قال
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها؟)) قال، قلنا: وكيف تصف الملائكة عند ربها؟ قال: يتمون الصفوف الأول، ويتراصون في الصف))

Daripada Jabir bin Samurah katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?” Jawab Nabi: “Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan.” (Riwayat Muslim)

عن أبي هريرة رضي الله عنه
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول، ثم لم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba. (Riwayat Bukhari).

Setiap kali apabila solat jamaah hendak didirikan tuan imam akan member arahan supaya memenuhkan saf dan merapatkannya. "Penuhkan saf,rapat-rapatkan saf. Saf yang sempurna adalah daripada kesempurnaan solat". Kata imam sebelum memulakan solat.

Ironinya para makmum yang mendengar arahan tersebut hanya sekadar mendengarnya. Tiada tindakan diambil. Saf masih tidak sempurna, tidak rapat dan bengkang bengkok . Ada sebilangan ahli jamaah yang tidak selesa jika ada rakan di sebelah yang merapatkan kedudukan dengannya.
Hadis di atas mengajar kita supaya menyempurnakan saf dengan merapatkannya. Sepatutnya kita yang hadir berjemaah mestilah memenuhi seruan ini supaya kita mendapat pahala jamaah yang dijanjikan.

Kesempurnaan saf solat adalah lambang perpaduan umat. Dalam hadis yang lain Nabi SAW menyatakan jika saf kita tidak sempurana maka hati kita umat Islam tidak akan bersatu. Justeru marilah sama-sama kita mengambil berat persoalan saf di dalam solat ini.

Friday, October 9, 2009

Iktibar dan pengajaran di sebalik bencana

"Dua maut dalam Taufan Melor", "Kanak-kanak merintih -"tolong saya", "Kepulauan Pasifik gempa lagi". Ini adalah beberapa tajuk di Utusan Online hari ini, berita-berita mengenai bencana yang menimpa manusia.

Dalam seminggu ini, bencana atau musibah yang menimpa manusia menjadi topik hangat dibicarakan di akhbar-akhbar, internet, radio, TV dan sebagainya. Ia juga menarik minat para pengguna jaringan Facebook untuk dikongsi bersama.

Berbincang topik di atas, sekurang-kurangnya ada dua jenis pola pemikiran manusia mengenai bala bencana ini, yang pertama ialah mereka menyatakan hal ini berlaku kerana faktor alam dan cuaca dunia manakala yang kedua berpendirian bahawa ini adalah bala daripada Allah sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia.

Dr Akmal Khuzairy, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) hari ini di dalam khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah juga menyebut tentang topik ini. Beliau antara lain menjelaskan bahawa kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran di sebalik bencana ini. Di antaranya ialah:

1.Allah maha berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas makhluk. Semua yang berlaku sudah termaktub di dalam ilmu Allah. Firman Allah:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(al-hadid:22)

2.Musibah yang menimpa manusia adalah sebahagian daripada bentuk ujian Allah ke atas hamba-Nya. Firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-baqarah:155).

3.Berlaku kerosakan dan kefasadan oleh kerana perbuatan manusia itu sendiri. Firman Allah:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).(ar-rum:41).

4.Mengajar manusia supaya hidup tolong menolong antara satu sama lain. Hendaklah kita membantu saudara kita yang ditimpa bencana dan musibah ini.

Wednesday, October 7, 2009

Taubat itu menyucikannya

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ (32) مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ (33) ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ (34)

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100)


الدنيا دار الابتلاء. كثير من الناس ينزلقون في الشبهات والشهوات. وقد يزني ,وقد يغش, وقد ينظر إلى المحرمات, وما إلى ذلك من محارم الله.

قال بعض الحكماء: النظرة إلى المرأة التي لا تحل لك لا تشبعك أبدا, فكل ما تنظر إليها تزداد عطشا. فذلك مثل العاطش الذي يشرب ماء مالحا لا يزيد إلا عطشانا.

التطهير من تلك الذنوب هو التوبة. الكبائر تطهر بالتوبة. فكلمة التوبة من "تاب – يتوب – توبة" أي عاد ورجع إلى الله. عليك أن تتوب إلى الله من الذنوب والمعاصي.


وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

وأما الصغائر... اللمم... فيكفيك أن تزيلها بالحسنات. والحسنات يذهبن السيئات.يقول النبي صلى الله عليه وسلم:

"إذا أذنب العبد نكت في قلبه نكتة سوداء فإن تاب صقل منها فإن عاد زادت حتى تعظم في قلبه فذلك الران الذي ذكره الله عز وجل كلا بل ران على قلوبهم.."

يا أخي! إياك والغش. فمن غشنا فليس منا. يوم من أيام.. واحد طالب الدكتورة كتب البحث. فإذا قرأته فوجدته بحثا علميا عظيما لم أجد فيه ولو خطيئة واحدة! كأن هذا البحث كتبه كتبه الشيخ شلتوت مثلا..

فقلت له تعال يا ابني! هذا البحث ليس لك وإنما تعمل كوفي (copy) من إنترنيت. فقال لي عفوا يا دكتور إني استغفر الله وأتوب إليه.

يا أخي لا تفعل هكذا. اجتهد لنفسك أنت.. ولو تأتي بمئات من الأخطاء. لأنه من اجتهد فأصاب فله أجران, ومن اجتهد فأخطأ فله أجر واحد. بارك الله فيكم!

(هذه قبسات ولفتات من المحاضرة التي ألقاها الدكتور عريف علي في مسجد الجامعة)