"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, August 15, 2009

Wanita bermadu dan payung emas

Kita selalu mendengar bahawa wanita bermadu akan memperoleh payung emas kelak pada hari akhirat. Ayat ini selalu menjadi modal kepada suami apabila memujuk isterinya untuk kahwin lagi kononya ini adalah hadis nabi tentang fadhilat yang diberikan oleh Allah kepada isteri yang bermadu.

Tidak ramai di kalangan kita samada lelaki(suami) mahupun perempuan(isteri) yang mahu menyelidiki kebenaran "hadis" tersebut. Saya sendiri setakat yang saya pelajari tentang nikah kahwin, bab berpoligami ataupun yang berkaitan, belum saya belajar tentang payung emas ini. Cuma memang saya pernah mendengar (bukan belajar) kata orang bahawa wanita bermadu dapat payung emas pada hari akhirat.

Jadi dari mana punca kata-kata ini? Saya tak tahu, Wallahu a’lam. Mungkin hadis yang saya belum jumpa, mungkin kata-kata sahabat, mungkin kata-kata tabiin, mungkin kata-kata ahli tarikat dan tasawwuf atau mungkin juga kata-kata ini hanya berlegar di kalangan kita orang-orang Melayu di Nusantara. Wallahu a’lam.

Cuma perlu ditegaskan di sini bahawa berpoligami adalah satu hukum yang memang ada di dalam Islam. Ia adalah ketetapan daripada Allah. Saya bimbang wanita yang menentang poligami ini termasuk orang yang menentang hukum Allah. Wal i’yazubillah. Allah bagitahu: (al-nisa’:3)

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam melayani isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah. Islam mengharuskan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turun ayat ini poligami sudah ada, dan pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w. ayat Ini membatasi poligami sampai empat orang saja kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Kepada kaum Hawa, bersyukurlah kerana anda dijadikan wanita. Bersyukurlah dan redhalah jika ditakdirkan anda berkongsi suami. Wanita-wanita yang belum bersuami adalah saudara seagama anda. Mereka juga perlukan jagaan dan belaian daripada lelaki bernama suami.

Bagi lelaki yang nak berpoligami kena ingat, Allah SWT bagitahu: (al-nisa’:129)

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, Karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain tergantung-gantung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Orang lelaki ini kalau bab poligami katanya nak ikut sunnah tapi dalam bab lain semuanya punah ranah. Kalau betul lelaki ikut sunnah, Insya Allah kehidupan akan terarah, benda yang susah jadi mudah, nak kahwin dua isteri tak marah, Macam Nabi Ibrahim dengan Sarah!

4 comments:

Anonymous said...[Balas]

Salam...
Syukran ustaz atas feedback ustaz.. Jazakallahukhair..

Masterzizoul said...[Balas]

contohilah akhil khay... kahwin baru ceraikan yang lama...

Anonymous said...[Balas]

Mengarut..gila talak ke

Unknown said...[Balas]

Sedih pula

Post a Comment