قوله عز وجل: {وإذا ناديتم إلى الصلاة اتخذوها هزوا ولعبا ذلك بأنهم قوم لا يعقلون} /المائدة: 58/. وقوله: {إذا نودي
للصلاة من يوم الجمعة} /الجمعة: 9
58. Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu mempergunakan akal.
9. Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
عن أبي سعيد الخدري: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (إذا سمعتم النداء، فقولوا مثل ما يقول المؤذن).
Daripada Abi Said Al-Khudri Bahawa Rasulallah SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar azan maka ucaplah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin”.
عن جابر بن عبد الله: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (من قال حين يسمع النداء: اللهم رب هذه الدعوة التامة، والصلاة القائمة، آت محمد الوسيلة والفضيلة، وابعثه مقاما محمودا الذي وعدته، حلت له شفاعتي يوم القيامة).
Daripda Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca doa selepas azan(seperti di atas) dia berhak mendapat syafaatku pada hari qiamat”.
عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول، ثم لم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا عليه، ولو يعلمون ما في التهجير لاستبقوا إليه، ولو يعلمون ما في العتمة والصبح، لأتوهما ولو حبوا).
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w
pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat
di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannyakecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka maumengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan tahjir yaitumenyegerakan sholat, sudah pasti mereka akan berlumba-lumbamendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapatdi dalam sholat Isyak dan sholat Subuh, sudah tentu mereka akanmendatanginya meskipun secara merangkak. 
0 comments:
Post a Comment