"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, August 12, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta



28 Ramadan 1434

Kata orang tua-tua “Tak kenal maka tak cinta”. Para ulama usuluddin mengatakan bahawa awal-awal agama itu ialah mengenali Allah. Mengikut perkiraan, terawih hanya tinggal pada malam ini dan malam besok sahaja. Lepas itu kita akan sambut raya.

Bagi orang mukmin yang mengenali Ramadan maka ia akan rasa sedih dan sayu untuk meninggalkannya. Tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa Ramadan akan datang dan kembali mengikut putaran masa.

Nikmat berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadan tidak terhingga bagi mereka yang mengenali Ramadan. Daripada kenal maka dia jatuh cinta pada Ramadan sehingga tak sanggup untuk berpisah dengan Ramadan.

Satu ketika seorang badwi datang bertanya rasulullah saw berkenaan satu kaum yang mencintai seseorang tapi tidak dapat bertemu dengannya. Rasulullah saw menjawab:

"المرء مع من أحب"

“Seseorang akan bersama dengan yang dicintai”. Kalau kita mencintai Ramadan maka Ramadan akan mencintai kita dan akan membawa kita ke syurga. Sabda nabi saw:

من صام رمضان إيمانا واحتسلبا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan dosanya yang telah lepas”

Apabila dosa telah terampun maka seseorang akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga. Kalau manusia membawa dosa maka dia tak boleh masuk syurga kecuali setelah mendapat keampunan daripada Allah swt.

Kita kena muhasabah diri kita adakah madrasah Ramadan yang kita lalui ini berjaya atau sebaliknya. Adakan kita tergolong daripada hamba Allah yang dibebaskan daripada api neraka?

Disamping kita merasai nikmat iman dan amal ini kita juga kena ingat tugas kita iaitu menyampaikan kepada orang lain.

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آَمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

بلغوا عني ولو آية

Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Kalau kita tahu satu ayat pun kita kena sampaikan kepada orang lain. Kalau tahu lebih daripada itu maka kena sampaikan.

Thursday, August 8, 2013

Salam Idil Fitri 1434


تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
من العائدين والفائزين
كل عام وأنتم بخير

Daripada: Haji Mohd Rusli Ismail, Hajjah Wan Norlaila Ab. Razak, Hafizah Mohd Rusli, Husna Solihah Mohd Rusli, Hamidah Mohd Rusli, Muhammad


1433
 
 

1432


1431



1430
 

Tuesday, August 6, 2013

Iktikaf: Pengasingan Diri daripada Manusia Menuju Allah




يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

Dalam ayat ini Allah swt menceritakan bahawa apabila kita mati besok maka bapa tidak kenal anak, anak tidak kenal bapa. Dengan kata lain pada hari kiamat seseorang tidak boleh menolong orang lain walaupun ada pertalian kekeluargaan, pertalian nasab. Pada hari akhirat masing-masing membawa diri. Nafsi-nafsi.

Sebab itu antara antara latihan pada sepuluh malam akhir daripada Ramadan ialah ibadat iktikaf, iaitu mengasingkan diri beribadat kepada Allah swt di masjid. Kita kena ingat bahawa bila kita mati esok maka kita keseorangan.

Iktikaf ini mudah-mudahan membawa kita hanya bersama dengan  Allah swt. Kalau kita tengok gaya hidup sekarang, lifestyle manusia amat susah untuk melakukan iktikaf. Kalau seratus orang nak cari seorang beriktikaf amat susah. Kita sibuk dengan dunia padahal esok mati duduk sorang-sorang.

Bila kita berada di kubur kiat akan teringat apa yang kita usahakan masa hidup di dunia.
يَوْمَ يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ مَا سَعَى
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini."

Gambaran yang Allah sebut tentang jenis-jenis hamba pada hari qiamat amat menakutkan, menggerunkan kita.
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.

 وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ
Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram,

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ
Banyak muka pada hari itu berseri-seri,

 وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ
dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu.

Jadi peluang yang ada masa kita hidup di dunia ini kita gunakannya untuk mencari keredaan Allah swt. Tiada guna jika kita bertumas untuk dunia sedangkan kita akan meninggalkannya. Insya Allah kita sambung dengan solat witir.

Monday, August 5, 2013

Puasa dan Doa



Ayat puasa dalam surah al-baqarah disebut pada ayat 183. Berkenaan ayat puasa ini disebut lagi keterangannya pada ayat 184, 185 dan 187. Antara ayat tersebut Allah sebut tentang doa iaitu pada ayat 186. Ayat berkenaan doa terletak antara dua ayat puasa. Dalam hal ini Ibnu Kathir dalam tafsirnya ada menyebut:

"وفي ذكره تعالى هذه الاَية الباعثة على الدعاء متخللة بين أحكام الصيام, إرشاد إلى اجتهاد في الدعاء عند إكمال العدة, بل وعند كل فطر "
“Dalam firman Allah swt dalam ayat ini berkenaan doa disebut selang antara hukum-hukum puasa, sebagai petunjuk supaya bersungguh-sungguh berdoa ketika menyempurnakan hari puasa bahkan ketika setiap kali berbuka”.

Alhamdulillah kita sekarang sudah masuk 10 terakhir daripada bulan Ramadan. Marilah kita bermuhasabah sejauh mana mutu puasa dan amalan ibadat kita. Bacaan al-quran kita dan doa kita kepada Allah swt.

Aisyah ra satu ketika bertanya kepada nabi berkenaan bacaan yang perlu dibaca sekiranya bertepatan dengan lailatulqadr. Nabi saw ajar supaya Aisah membaca doa ini:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
“Ya Allah! Sesungguhnya engkau maha pengampun dan pemaaf, suka kepada kemaafan maka maafkanlah aku”.

Salah seorang yang doanya diterima ialah seorang tabiin yang bernama Uwais al-Qarni. Al imam an Nawawi dalam syarah Sahih Muslim telah menceritakan satu bab berkenaan kelebihannya.

Rasulullah pernah berpesan kepada Umar agar bertemu Uwais al-Qarni. Memang benarlah kata-kata Rasulullah. Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Umar setelah puas menunggu dan mencari kabilah.

Apabila Umar berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah beliaupun meminta supaya Uwais mendoakan untuknya. Setelah itu  Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: 

“Anda hendak pergi ke mana?” 

“Kufah”, jawab Uwais.
  
Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”  

Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Cerita berkenaan Uwais al-Qarni amat masyhur dalam kalangan masyarakat kita. Antara yang diceritakan ialah perihal ketaatannya terhadap ibunya yang tua. Beliau sanggup mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah untuk mengerjakan haji. 
Ibnu Jauzi dalam kitabnya " الموضوعات"   memberikan komentar dalam satu bab berkenaan Uwais:

“Sesungguhnya yang sahih berkenaan cerita Uwais ialah beberapa kalimah yang ringkas antaranya dengan Umar ra, Nabi saw bersabda:
( يأتي عليكم أويس ، فإن استطعت أن يستغفر لك فافعل )
“Akan datang kepadamu Uwais, sekiranya kamu dapat meminta supaya dia mohon ampu untuk kamu maka lakukanlah”.

Para tukang cerita telah memanjangkan cerita Uwais cerita yang tiada faedah untuk diceritakan.”
والله أعلم