"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, August 27, 2010

KULHUM di Masjid Pekan Keningau

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang telah menganugerahkan kepada kita Ramadhan pada tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh setiap mukmin yang cintakan redha Allah. Pada bulan ini syurga dibuka, neraka ditutup manakala syaitan dibelenggu sebagaimana yang disebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari.

Apabila menyebut tentang Ramadhan maka ia amat sinonim dengan beberapa perkara yang akan saya sebut selepas ini. Antaranya ialah:

رمضان شهر الصيام Ramadhan bulan puasa.

Allah sebut dalam quran surah al-baqarah ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa,

Puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yabng membatalkan puasa bermula dari terbit matahari(subuh) sehingga terbenam matahari(Maghrib).

Objektif puasa ialah untuk melahirkan insan bertaqwa. Taqwa adalah pakaian terbaik orang mukmin. Allah sebut dalam quran surah al-a'raf ayat 26:

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Hai anak Adam, Sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan Pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Disebut oleh Al Imam Suyuthi dalam kitab tafsifnya الدر المنثور في التفسير بالمأثور di dalam mentafsirkan ayat 102 surah Ali Imran di antara lain beliau menukilkan kata-kata Ibnu Mas'ud tentang taqwa:

أن يطاع فلا يعصى، ويذكر فلا ينسى، ويشكر فلا يكفر

Allah hendaklah ditatati tidak diderhakai, diingati tidak dilupai, disyukuri tidak dikufuri.

Justeru mari sama-sama kita nilai adakah objektif puasa yang kita laksanakan ini dapat dicapai atau tidak. Tanya diri kita sendiri adakah kita taat semua suruhan Allah? Adakah kita ingat Allah sokmo? Adakah kita mensyukuri nikmat Allah?

رمضان شهر القيام Ramadhan bulan qiam

Di dalam bulan Ramadhan ada satu amalan qiam yang tidak ada dalam bulan lain iaitu solat tarawih. Sebut ta - ra - wih, bukan ta - wa - rih. Tawarih ialah kata nama plural bagi tarikh. Jangan salah sebut pula. Solat tarawih hukumnya sunat muakkadah, dilakukan selepasa solat isya' samada secara jamaah atau seorang.

Saya perhatikan ada orang yang tak solat isya' tetapi bila imam berdiri untuk tarawih maka dia ikut serta. Ini adalah salah dan tak betul sebab solat tarawih dilaksanakan selepas seseorang itu solat isya'. Samalah halnya orang datang seawal waktu subuh untuk solat idil fitri tapi tak solat subuh. Masya Allah! Bila ditanya kenapa tak solat subuh maka dijawabnya saya datang nak solat raya. Apabila ditanya kenapa datang telalu awal jawabnya sebab takut tak dapat tempat duduk.

لا حول ولا قوة إلا بالله!

Adapun masalah bilangan rakaat maka tak payahlah nak gaduh-gaduh. Siapa nak buat lapan silakan, nak buat dua puluh silakan. Kalau malas silakan tak payah buat. Cumanya saya nak bawa satu hadis tentang fadhilat orang yang menyertai tarawih dari mula sehingga imam selesai.

Imam Tirmizi dalam sunannya menyebut hadis nabi bab kelebihan qiam Ramadhan yang diantara lain kata Nabi SAW:

إنه من قام مع الإمام حتى ينصرف هو كتب له قيام ليلة

Sesungguhnya barangsiapa yang solat bersama imam sehingga imam selesai maka ditulis baginya pahala qiam satu malam. Hadis ini sahih.

Jadi untuk menyelesaikan konflik 8 vs 20 rakaat dan untuk dapat fadhilat pahala qiam sepanjang malam maka ikutlah imam. Jika imam buat 20 buatlah 20. Masjid Pekan kitani insya Allah buat 20 rakaat tarawih dengan bacaan 1 juz satu malam.

Ramadhan bulan quran رمضان شهر القرآن

Allah sebut dalam quran surah al baqarah ayat 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).

Para salafus soleh sebelum kita amat menitikberatkan membaca quran pada bulan Ramdhan. Tanggungjawab kita terhadap quran ialah belajar quran, baca quran, hayati quran, amal kandungan quran.

Setiap hari kita baca berbagai jenis akhbar dan tak boleh lekang daripadanya. Kita baca New Sabah Times, Berita Harian, Harakah, Utusan, The Star dan sebagainya seolah tanpa membaca akhbar satu hari macam tak makan dua bulan.

Alangkah baiknya kalau minat baca quran itu macam kita baca akhbar lebih-lebih lagi bulan puasa ini. Cubalah untuk habiskan sekurang-kurangnya satu juzuk satu hari supaya kita dapat khatam quran dalam satu bulan ini.

Cuba amalkan baca quran 2 helai selepas solat farhu. Jika ini dapat dilakukan maka kita dapat habiskan satu juzuk satu hari. Takkanlah kita tak ada masa 10 minit untuk tatap quran setiap selepas kali solat. Ataupun nak tunggu jadi gemulah baru mahu orang baca kepada kita. Masa tu dah tak bermanfaat lagi air mata tangisan penyesalan.

رمضان شهر الدعاء Ramadhan bulan berdoa

Doa adalah senjata ampuh orang mukmin. Tentang doa ini Allah sebut dalam quran surah al-baqarah ayat 186:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Ayat ini letaknya antara dua ayat yang membicarakan tentang puasa. Dalam hal ini Imam Ibnu Kathir sebut dalam tafsiryna tentang peri pentingnya untuk kita bersungguh-sungguh berdoa ketika puasa. Seorang kawan saya di KK sms kat saya satu tazkirah daripada hadis nabi SAW:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"ثلاثةٌ لا ترد دعوتهم: الصائم حتى يفطر، والإمام العادل، ودعوة المظلوم

Tiga jenis doa yang tidak akan ditolak:orang berpuasa sehingga dia berbuka,pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.

Jadi jangalah kita ralit dengar iklan kain mewah dan tepung gandum cap rama-rama sahaja sehingga lupa nak berdoa. Masa itu doa cukup mustajab. Berdolah dengan apa-apa doa yang bagus-bagus. Kalau tak pandai doa dalam bahasa arab berdolah dengan apa-apa bahasa sekalipun. Kadazan dusun , Murut, Melayu, bahasa orang putih pun boleh.

Semoga Ramadhan pada tahun ini menjadikan kita insan bertaqwa. Wallahu a'lam

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Kuliah diberhentikan seketika pada bulan Ramadhan


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183) أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (184) شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185) وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186) أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالْآَنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آَيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (187

183. Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

184. (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka),,maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

185. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya qadha puasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu peroleh petunjuk.

187. Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, Kerana itu Allah mengampuni kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.

Ramadhan menjelang lagi. Bulan yang ditunggu-tunggu semua mukmin dan mukminah. Bulan yang penuh dengan barakah, marfirah, rahamat. Bulan yang ada pada malamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Bersempena bulan Ramadhan ini sukacita dimaklumkan bahawa semua aktiviti ceramah dan kuliah saya termasuk aktiviti BIG ditangguhkan sehingga selesai Ramadhan. Walau bagaimanapun, KULTUM (Kuliah Tujuh Minit) akan dibuat di Masjid Pekan Keningau. KULHUM(Kuliah hujung Minggu) juga akan dijalankan mengikut keadaan.

Saya dijadualkan untuk mengimami solat tarawih, solat idil fitri dan menyampaikan khutbah idil fitri 1431 di Masjid Pekan Keningau. Insya Allah, Khatam quran pada malam ke 29 daripada bulan Ramadhan. Pada malam-malam 10 akhir Ramadhan akan dibuat program MABIT (Malam Bina Insan Taqwa).

Sama-samalah kita bersegara mencari redha-Nya pada bulan yang mulia ini. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Kehadhiranmu dinanti-nanti.

Tuesday, August 3, 2010

Kelahiran putera sulung

Muhammad dikunjungi kakak-kakak, sepupu, mak dan bapa saudara


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74)

74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa

menemani isteri di dewan bedah


هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ ررَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa


memberi sokongan moral di sisi isteri tersayang



رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ (40) رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ (41

Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
41. Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab hari kiamat


وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (36)


الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46


dan Aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Para doktor bertungkus lumus mengeluarkan Muhammad

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (15

Muhammad sejurus selepas keluar ke bumi

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha besar, maha agung dan maha tinggi. Nikmat pemberian Allah amat banyak. Anugerah dan pemeberian Allah kepada hamba-NYa tidak terhitung.

Pada 02 Ogos 2010 bersamaan 21 Syakban 1431 putera sulung saya selamat dilahirkan ke dunia ini. Bayi seberat 3.5 kg yang lahir dengan kaedah pembedahan ini selamat keluar ke alam dunia pada jam 3.39 petang. Bayi ini kunamakan Muhammad.

Saya berkesempatan memasuki dewan bedah Sabah Medical Centre, Kota Kinabalu untuk menemani isteri yang berjuang mengeluarkan bayi ini. Sungguh berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Merenungi firman Allah SWT

Muhammad selepas dicuci


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (14)


Juga firman-Nya

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (15)



Friday, July 16, 2010

Audit MQA


Minggu ini semua warga IPG Kampus Keningau sibuk membuat persiapan dan persediaan menghadapi panel penilai MQA untuk mendapat pengiktirafan terhadap program PISMP kelolaan IPG ambilan 2007 yang sekarang ini berada di semester akhir.

Pemantauan terhadap persiapan dan persediaan menghadapi panel penilai MQA oleh IPG induk yang terdiri daripada Dr. Amin Senin, Dr. Baiduriah Yaakub dan Puan Fatimah Daud telah dijalankan pada 15 dan 16 Julai 2010.

Alhamdulillah, dapatan penilaian yang dibuat ialah IPG Kampus Keningau telah bersedia untuk diaudit oleh MQA. Semua persiapan telah diatur dengan jayanya. Semua portfolio, dokumen-dokumen yang diperlukan dapat disediakan dengan baik.

Pada hari ini saya berpeluang menyampaikan khutbah di Masjid Jamik IPG Kampus Keningau. Peluang berkhutbah ini saya gunakan untuk menghubugkaitkan audit MQA dengan audit yang sentiasa berjalan tanpa kita sedari.

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11)

10. Padahal Sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang Mengawasi (pekerjaanmu),

11. Yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu),

Kalau di dunia kita boleh mengada-adakan dokumen yang diperlukan tapi di akhirat dokumen berupa catatan amalan kita dicatat sendiri oleh pengawas yang tidak pernah leka membuat pemerhatian. Ketahilah bahawa kita sentiasa diaudit oleh para malaikat.

Pada hari akhirat fail peribadi kita akan dibentangkan di hadapan kita. Pada hari itu penilaian dan markah akan diberikan seadil-adilnya oleh Alah SWT. Fail peribadi ini adalah rekod dan catatan terhadap amalan kita di muka bumi.

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا (49)

49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun".

وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنْشُورًا (13) اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا (14)

13. dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.

14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".

Marilah sama-sama kita bersedia untuk manghadapi penilaian terhadap amalan kita pada hari akhirat kelak. Kalau hari ini kita sanggup bersengkang mata dan bersusah payah untuk menghadapi audit MQA, maka sepatutnya kita lebih bersedia mempersiapkan diri dihisab dan dinilai oleh ALLAH SWT, TUHAN yang menguasai semua agensi di dunia.

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9) وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا (12) إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا (13) إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ (14) بَلَى إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا (15).

7. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya,

8. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,

9. Dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

10. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang,

11. Maka dia akan berteriak: "Celakalah aku".

12. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

13. Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya

14. Sesungguhnya dia menyangka bahwa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya).

15. (bukan demikian), yang benar, Sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya.





Saturday, July 10, 2010

Ustaz pun tak solat berjamaah


Menurut Kamus Dewan edisi ketiga muka surat 1532, perkataan "ustaz" membawa erti tuan atau guru agama lelaki. Perkataan ini berasal daripada bahasa arab. Di Negara kita kalimah ustaz diguna secara menyeluruh bagi merujuk kepada golongan agamawan yang mengajar di sekolah-sekolah samada formal atau tidak formal.

Ustaz adalah seorang yang dirujuk dalam hal berkaitan Agama Islam. Nasihat dan pengajaran ustaz didengari oleh murid. Di sekolah ustaz akan mengajar murid mata pelajaran Agama Islam. Antara objektif daripada pangajaran ini ialah untuk melahirkan murid yang beriman, berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Dalam sukatan Pendidikan Islam tahun lima ada satu tajuk berkaitan solat berjamaah yang di atara lain menerangkan kelebihan dan fadhilat solat berjamaah. Nilai dan penghayatan yang diharapkan ialah semoga murid dapat memahami dan melaksanakan solat secara berjamaah.

Hukum solat jamaah, kelebihan solat jamaah diajarkan oleh ustaz kepada muridnya. Pendidikan Islam menekankan nilai, penghayatan dan amalan. Ianya tidak terbatas hanya kepada hafazan untuk dijawab dalam peperiksaan semata.

Apabila menyentuh bekenaan solat berjamaah maka sudah tentu praktiknya dititik beratkan. Murid-murid sudah tentu akan lebih mudak praktik solat berjamaah apabila amalan ini di mulakan oleh para ustaznya.

Amat malang sekali para ustaz yang mengajar murid tentang solat jemaah tapi mereka sendiri tidak menjadikannya sebagai amalan harian lebih-lebih lagi subuh berjamaah. Ustaz j-QAf dan juga bukan j-QAF sememangnya tahu objektif tersirat Pendidikan Islam.

Sepatutnya ustaz kena ingat dengan firman Allah SWT:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

44. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?

Tidakkah ustaz hafaz dan selalu baca ayat:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3

2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Hari ini ustaz berceramah tentang isra' mikraj. Pasti soal solat dibangkitkan. Entah kali keberapa para ustaz dijemput ceramah isra' mikraj. Persoalan solat ditekankan. Umum mengetahui bahawa solat cara nabi adalah yang terbaik. Dalam bab solat lima waktu nabi amat menitik beratkan solat secara berjamaah. Para ustaz tahu benda ini tapi ustaz pun tak datang solat berjamaah!

Salam isra' mikraj.