Uruskan Soal Pitih Kita.
Soal pitih kita perlu diurus. Kena ambil tahu satu-persatu. Tidak boleh rasa benci untuk ambil tahu pasal pitih. Dalilnya hadis nabi:
لا تَزُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ جَسَدِهِ فِيمَا أَبْلاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ أَخَذَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ
''Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat nanti sehingga ia ditanya tentang umurnya untuk apa ia habiskan, masa mudanya untuk apa dipergunakan, ilmunya dalam hal apa ia amalkan, dan hartanya dari mana ia peroleh dan kemana ia belanjakan.'' ( Riwayat At Tirmidzi dan Ad Darimi)
Kalau kita perhati hadis di atas, kita dapati begini:
1.Soalan tentang umur ada satu soalan, untuk apa dihabiskan?
2.Soalan tentang masa muda satu soalan juga iaitu untuk apa diprgunakan?
3. Tentang ilmu pun satu soalan.
4. Masuk bab harta ada dua soalan, pertama dari mana diperoleh, kedua ke mana diperabih.
Harta ni antara lain pitihlah. Jadi hati-hati dengan pitih. Kalau nak bincang dalam group whatapps tentang pitih maka molek benar. Boleh dapatkan pandangan ahli supaya pitih itu terurus dan diurus dengan telus.