"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, July 27, 2018

Umdatul Ahkam(Hadis 82 - 84)


Umdatul Ahkam
Masjid Bunut Sarang Burung
20 Julai 2018

82 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ على الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ إلى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّكبتين وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ َ

Dari ibni Abbas sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
: “Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh tulang: dahi, dua tangan, dua lutu, dua hujung kaki, ” [HR Al Bukhari (809) dan Muslim (490)]


83 عن  أَبي هُرَيْرَةَ ،: " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، يُكَبِّرُ حِينَ يَقُومُ ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْكَعُ ، ثُمَّ يَقُولُ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، حِينَ يَرْفَعُ صُلْبَهُ مِنَ الرُّكُعةِ ، ثُمَّ يَقُولُ وَهُوَ قَائِمٌ : رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَهْوِي، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَسْجُدُ ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ ، ثُمَّ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي صَّلَاته كُلِّهَا ، حَتَّى يَقْضِيَهَا ، وَيُكَبِّرُ حِينَ يَقُومُ مِنَ الثنتين بَعْدَ الْجُلُوسِ
“Dari Abu Hurairah menyatakan bahwa  apabila Rasulullah melaksanakan shalat, maka beliau bertakbir pada saat berdiri dan pada saat akan ruku’. Selanjutnya beliau mengucap سمع الله لمن حمده    pada saat bangkit dari ruku’, kemudian membaca  ربنا ولك الحمد    pada saat berdiri dari ruku’. Ketika akan bersujud dan bangkit , beliau juga bertakbir. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah pada setiap mengerjakan shalat, beliau juga bertakbir pada saat bangkit dari  rekaat kedua setelah duduk (tahiyat awal). 

84 عَنْ مُطَرِّفٍ بن عبد الله، قَالَ صَلَّيْتُ أَنَا وَعِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ، خَلْفَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ - رضى الله عنه - فَكَانَ إِذَا سَجَدَ كَبَّرَ وَإِذَا رَكَعَ رأسه كَبَّرَ وَإِذَا نَهَضَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ كَبَّرَ فَلَمَّا قضى الصلاة أَخَذَ بِيَدِي  وَعِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ وَقَالَ َقَدْ ذذكرني هَذَا صَلاَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم ‏.‏
Dari Mutarrif bin Abdillah bin al-Shikhhir, katanya: Saya dan Imran bin Husain solat dibelakang Ali bin Abi Talib r.a., jika sujud Ali bertakbir, jika mengangkat kepalan, Ali bertakbir, dan jika bangkit dari raka`at kedua Ali bertakbir juga, Ketika Ali menyelesaikan solat,Imran bi Husain memgang tanganku dan berkata: Hal ini mengigatkanku terhadap solat Muhammad.” atau dengan riwayat : Dia telah mengimami kita sebagaiman solat Nabi Muhammad sa.w..
1. Wajib takbiratul ihram semasa berdiri memulakan solat
2. Disyariatkan takbir ketika turun ruku`, masanya ialah semasa pergerakan ketika turun ruku
3. Membaca
سمع الله لمن حمده
bagi imam atau yang solat berseorangan, bacaannya ialah ketika sedang bangun dari ruku` (bukan semasa ruku`)
4. Membaca
(ربنا ولك الحمد)
bagi imam, makmum dan juga yang solat berseorangan, bacaannya ialah semasa bergerak untuk berdiri bukan semasa berdiri tegak.
5. Berhenti sebentar ketika bangun dari ruku`
6. Takbir ketika bergerak turun untuk sujud bukan semasa sujud
7. Takbir ketika bangun dari sujud pertama untuk duduk antara dua sujud  bukan semasa duduk antara dua sujud.

Saturday, June 30, 2018

Minta Izin Dahulu Atau Beri Salam Dahulu?



Islam mengajar kita dengan adab-adab yang perlu dipraktikkan supaya kehidupan lebih murni dan harmoni dalam kalangan masyarakat. Antara adab yang diketengahkan dalam Islam ialah adab meminta izin dan memberi salam untuk memasuki rumah orang lain. Dalam surah an-Nur ayat 27 firman Allah S.W.T. mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). 

Zahir dalam ayat ini didahulukan meminta izin sebelum memberi salam. Persoalannya adakah amalan kita yang rata-rata memberi salam dahulu kemudian meminta izin untuk masuk itu bertepatan dengan ayat ini? Jumhur ulama berpendapat bahawa memberi salam dahulu kemudian meminta izin.

Ini berdasarkan kepada hadis daripada Jabir bahawa Rasulallah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud “Salam itu sebelum kalam”. Bagaimana dengan ayat ini yang mendahulukan minta izin kemudian salam? Sebab itu kita kena belajar untuk tahu jawapan. Bukan asyik main wasap saja.

Ayat yang mendahulukan meminta izin tidak semestinya perlu dibuat ikut turutan dalam amalan. Huruf و (wau) yang disebut sebagai huruf عطف (athof) tidak semestinya menunjukkan tertib urutan. Ianya menunjukkan kebersamaan dalam sesuatu urusan. Dalam ayat lain misalnya, surah Ali Imran ayat 43 mafhumnya:

"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ". Kita tahu bahawa rukuk mendahului sujud dalam perbuatan solat. 

Begitu juga dalam surah As-syura ayat 13, mafhumnya:
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Kita tahu bahawa ikut tertibnya Nabi Ibrahim, Musa dan Isa dahulu sebelum nabi Kita Muhammad صلى الله عليه وسلم .

Tidak dinafikan juga bahwa wau athof ini juga digunakan untuk tertib susunan yang perlu diikuti. Contoh dalam surah al-Baqarah ayat 158, mafhumnya:

Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah;”.  Dalam hal ini Rasulullah dalam saenya bersabda “Aku mulakan dengan apa yang dimulakan oleh Allah (Safa dahulu kemudian Marwah). Maka syariat sae itu bermula dari Safa.

Macamana nak tahu bahawa yang itu ikut tertib urutan, yang itu tak semestinya ikut urutan ayat? Jawapannya mudah saja. Kena belajarlah. Bagi masa kita untuk mempelajari kalam Allah. Belajar, Baca, Faham. Amal. Sebar. Jom belajar al-Quran!

Sunday, March 4, 2018

Doa Bagus Ketika Sujud




اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan redhoMU  dari kemurkaanMU, dan aku berlindung dengan perlindunganMU  dari siksaMU, dan aku berlindung denganMU dariMU.  Aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMU,  Engkau sebagaimana yang Engkau pujikan kepadaMU.

Monday, February 5, 2018

Al-Baqarah ayat 240 - 242




Dalam ayat 240 kembali semula kepada ayat-ayat tentang munakahat. Di antara ayat munakahat yang kita bincang banyak kali dah sebelum ini, Allah ada selit ayat berkenaan jaga solat terutamanya solat wustho – solat asar. Hubungan dengan Allah tak boleh putus walaupun hubungan suami isteri terputus.

Suami yang mati meninggalkan isterinya. Kita panggil balu. Ada hak yang mesti ditunaikan. Islam amat mementingkan kebajikan lebih-lebih lagi terhadap wanita.  Islam tidak meninggalkan keadaan balu wanita itu dalam keadaan tergantung tanpa hak dan penjagaan. Dalam hal ini suami itu hendaklah berwasiat iaitu meninggalkan pesan kepada walinya supaya menjaga isterinya itu. 

Mesti sediakan nafkah daripada harta yang ditinggalkannya sampai cukup setahun jikalau isterinya itu tidak kahwin lain. Diwasiatkan atas dasar jasa baik. Isteri-isterinya itu memang boleh kahwin lain tetapi jikalau mereka tidak kahwin lain, maka perlu diwasiatkan untuk penjagaan mereka.

Isterinya itu boleh tinggal di rumah yang dia tinggal dengan suaminya sebelum itu selama cukup setahun. Janganlah dihalau isteri itu keluar walaupun suaminya sudah tidak ada lagi. Kalau isterinya itu keluar juga, maka tidaklah ada kesalahan kepada wali-wali arwah suaminya itu. Tapi kenalah pastikan yang apa yang dilakukan oleh wanita itu adalah perkara yang makruf seperti dia kahwin lain, atau keluar mencari nafkah. 

Di sini jelas bahawa perempuan tak boleh keluar rumah selain daripada perkara makruf. Jika dia keluar dengan berhias, tidak tutup aurat, bercampur aduk dengan lelaki bukan mahram, maka walinya mesti melarangnya.

Ayat 241 pula nak bagitahu supaya wanita yang diceraikan diberikan pemberian sebagai saguhati. ‘Makruf’ itu bermaksud hadiah yang boleh mengurangkan sedikit kesedihan dan kemarahan kepada mereka. Kerana kalau seorang wanita diceraikan setelah sekian lama berkahwin, tentulah ada kesedihan dan serba sedikit rasa marah kerana ditinggalkan.

Maksud ‘makruf’ itu juga, hendaklah mut’ah itu diberikan dengan cara yang baik; waktu kita beri hadiah itu, kita berilah dengan cara baik tanpa ungkit mengungkit maki memaki. Tujuan memberi hadiah saguhati ialah supaya isteri merasa dihormati dan untuk mengurangkan kesedihannya. Ianya adalah satu tanggungjawab ke atas orang muttaqin. Adakah tidak muttaqin tidak termasuk dalam arahan ini? Jawabnya termasuk juga. 

Begitulah Allah mengajar kepada kita cara-cara untuk menjalani kehidupan kita supaya semuanya dapat hidup aman dan damai dan dapat menjaga hukum Allah di atas muka bumi ini. Kena guna akal kita yang waras untuk memahami segala perkara ini.Kita boleh faham daripada ayat ini bahawa Allah sudah menjelaskan satu persatu hukum kepada kita dengan jelasnya.

Al-Quran yang ada ini menjadi panduan hidup kepada kita dalam semua lapangan. Tak ada satu pun hal berkaitan dengan kehidupan kita yang tidak diterangkan dalam quran. 
ما فرطنا في الكتاب من شيء

Kalau kita kata al-Quran tidak ada sebut, maka sebenarnya kita yang tak mengaji quran dengan betul. Sebab tu kena bagi masa untuk memahami kalam Allah. Semoga hidup kita sentiasa dipandu oleh wahyu.
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وصحبه