Agama Islam adalah agama yang sempurna
ajarannya. Ianya datang daripada Allah yang menjadikan alam sarwa ini. Allat
sememangnya bersifat dengan kasih sayang. Allah maha pemurah, Alah maha penyayang.
Arahan Allah kepada hambaNya tidak ada satu pun yang membebankan. Ianya penuh
dengan kasih sayang dan rahmat.
وَما
جَعَلَ عَلَيكُم فِي الدّينِ مِن حَرَجٍ
“dan
Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.(al-Haj:78)”
Mungkin ada orang yang rasa tugas yang
telah diberikan kepada mereka itu amat berat dan mereka rasa mereka tidak mampu
melakukannya. Allah bagitahu di dalam ayat ini bahawa tugas yang diberikan
kepada kita itu bukanlah berat lagi membebankan. Allah tidak membebankan kepada kita apa-apa
yang tidak mampu kita kerjakan.
Tiada kita dengar berita seorang wanita mati
lemas kerana mengenakan jilbab. Tiada juga kita tahu bahawa ada orang mati
kerana ibadat puasa. Mati sebab tercekik makan adalah. Syariat dalam agama
Islam semuanya berbentuk mudah dan memudahkan. Bahkan kalau kita tengok kaedah
usul fiqh ada beberapa perkara yang menekankan kemudahan. Di antaranya:
1. الضرر
يزال
“Kemudaharatn
itu dihalangkan” .
2. المشقة
تجلب التيسير
“Kesukaran
membawa kepada keringanan.”
Banyak dalil daripada al-Quran menerangkan akan
hal ini. Contohnya firman Allah:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah menghendaki kemudah bagimu dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu” (al-Baqarah:185)
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”(al-Baqarah:286)
يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا
“Allah bendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan
bersifat lemah.” (an-Nisaa’:28)
Nabi Saw. pernah
bersabda:
بُعِثْتُ بالحنِيفيَّة السَّمحة
“Aku diutus dengan membawa agama Islam yang
hanif lagi penuh toleransi.”
Rasulullah Saw.
bersabda kepada Mu’az dan Abu Musa, ketika baginda mengutus keduanya menjadi amir di negeri Yaman:
بَشِّرا ولا تُنَفِّرَا، ويَسِّرا وَلَا تُعسِّرَا
“Sampaikanlah berita gembira dan janganlah
kamu berdua membuat mereka lari (darimu).
dan bersikap mudahlah kamu berdua,
janganlah kamu berdua bersikap mempersulit.”
Sebab itu para ustaz dalam menyampaikan
kuliah dan ceramah hendaklah jangan memayahkan. Contohnya dalam bab bersih
najis selepas buang air besar janganlah bagitahu sampai kena masukkan jari ke
dubur dan gerakkan ke kiri ke kanan supaya najis keluar dengan sempurna. Ini
merumitkan. Boleh kena buasir lagu ni. Islam tidak memayahkan. Sehingga ada
orang beribadat jadi was-was.
Kepada siapa keluasan dan kerahmatan hidup
ini dapat dinikmati? Al- Quthubi dalam tafsirnya menyatakan bahawa ianya hanya
dapat dirasai oleh orang yang beristiqamah dalam menjalankan suruhan Allah.
Adapun para penjenayah, orang yang tak mahu tunduk kepada hukum Allah maka
hidupnya sentiasa berada di dalam kesempitan.
فَمَنْ
يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ
أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي
السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا
يُؤْمِنُونَ
Barangsiapa
yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia
melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang
dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi
sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa
kepada orang-orang yang tidak beriman (al-an’am: 175).