الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف
الأنبياء والمرسلين ، نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dalam sisa-sisa berbaki saat dan
detik Ramadan ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini
memohon doa dengan penuh rasa kehinaan kepadaMu ya Allah, sudilah apa kiranya
engkau mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha
Mendengar.
يا
فتاح يا عليم
Tunjukkanlah kami yang lemah ini
jalan keluar daripada semua masalah, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu
melihat setiap kebaikan pada setiap musibah. Ya Allah, takdirkanlah yang
baik-baik untuk diri kami. Janganlah kau memberatkan kami dengan bebanan
yang tak mampu kamu tanggung. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya
Allah.
يا الله يا رحمان يا رحيم
Kami memohon
kepadaMu Ya Allah agar engkau tetapkan hati kami dengan
keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab. Jangan engkau jadikan kami golongan
yang berpura-pura dengan amalan kami. Jauhkanlah kami daripada kecenderungan
memiliki sifat-sifat mazmumah, sfat ego, dengki mendengki, sombong, adu domba,
bongkak, ungkit mengungkit, keluh kesah.
يا حي يا قيوم
Jadikan kami
insan yang ikhlas dalam setiap amal perbuatan kami. Bebaskan kami semua Ya
Allah daripada mengharapkan penghargaan sesama manusia. Sesunguhnya, Balasan
yang hakiki hanya daripada-Mu ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman! andai engkau tidak melindungi kami dari sifat-sifat
tersebut, sudah tentu kami akan menjadi golongan yang menyesal di akhirat
kelak.
يا الله، يا ذالجلال والإكرام
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat
beribadah kepadaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami
terlalu banyak berdosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat,
kami ingat padaMu tatkala ditimpa sakit, kami lupa kepadaMu ketika senang, kami
ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu ketika kami gembira,
kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan
keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, justeru ya
Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan
hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya
Allah.
يا الله يا رحمان يا رحيم
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap
titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, kau gantilah dengan kebajikan
untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu. Ya Allah…ya Rahman, pada setiap
keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada
keluarga kami, kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya ke syurgaMu ya
Allah.
Balaslah kebaikan mereka kerana telah mendidik
kami, Berikan ganjaran kepada mereka kerana telah memuliakan kami, Jagalah
mereka sebagaimana mereka memelihara kami pada masa kecil, .. Wahai Yang Paling
baik untuk dimintai bantuan, Bimbinglah kami,
Jangan jadikan kami orang yang derhaka kepada ayah bunda pada hari
ketika setiap diri dibalas kerana hasil kerjanya dan mereka tidak dianiaya.
يا ذالجلال والإكرام
Kami juga memohon ampun untuk kaum
kerabat kami, sahabat-sahabat, guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi
meninggalkan kami. Golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau
redhai. Apabila tiba pula giliran kami, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang
baik-baik; dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah. Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu
yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari
perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan
yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat
dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di
dunia dan juga di akhirat.
اللهم يا مجيب الدعوات وقا ضي الحاجات
Janganlah kau
jadikan Ramadan ini sebagai Ramadan yang terakhir buat kami, temukanlah kami
dengan Ramadan yang akan datang. Tapi, andai ini Ramadan terakhir buat kami,
jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yg diganjari, jadikanlah Ramadan ini Ramadan
yang paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati
kami menuju reda serta kasih sayangmu ya Rahman.
Jadikanlah Ramadan ini sebagai
penghapus dosa-dosa kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr.
Pilihlah kami dalam kalangan hambaMu yang dapat beramal pada malam al-Qadr. Ya
Allah, terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa
kami, amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi.
يوم لا ينفع مال ولا بنون، إلا من أتى الله بقلب سليم
ربنا آتنا في الدنيا حسنة ، وفي الآخرة حسنة ،
وقنا عذاب النار ،
سبحان ربك رب العزة عما يصفون ، وسلام على المرسلين ، والحمد لله رب العالمين
، وصلى الله وسلم وبارك على سيد ولد آدم ، وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى
يوم الدين ، وعنا معهم برحمتك يا رب العالمين