"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, January 28, 2014

Mengadap Allah VS Menerima Anugerah Daripada Pemerintah




Di atas dunia ini masjid adalah rumah Allah. Dalam satu hadis qudsi Allah bagitahu bahawa sesiapa yang ke masjid sesungguhnya dia menjadi tetamu Allah. Maka sudah selayaknya Allah melayan tetamunya dengan layanan yang baik.

Biasanya kita ke masjid untuk solat berjamaah. Solat berjamaah adalah sunnah nabi Ganjarannya amat besar. Namun malang sekali tidak ramai manusia yang mahu jadi tetamu Allah.

Ironinya apabila kita dijemput untuk ke istana mendapat pingat dan sebagainya maka kita berasa amat gembira. Pergi ke istana siap dengan baju berstereka segak bergaya.

Amalan kita banyak yang sudah terbalik. Allah adalah yang maha khalik dan maha razik tapi kita tatkala mengadapnya tidak bersungguh. Pakai baju hanya pagoda yang menampakkan dada dan bulu ketiak yang panjang berjela.

Apabila mengadap pemerintah, masya Allah Tabarakallah! Sanggup membeli baju khas yang harganya bisa makan selama berbulan. Siap dengan ada raptai lagi. Kasut di kiwi sampai boleh tilik gigi. 

Cuba perhati kelakuan manusia di Masjid Allah dengan manusia di istana pemerintah. Amat jauh bezanya kelakuan manusia dalam dua tempat tersebut. Kalau di istana pemerintah ada arahan silentkan telefon bimbit maka semua orang ikut tertib. 

Jarang kita dengar telefon berdering di majlis istiadat pemerintah tapi di masjid rumah Allah macam-macam nada ada. Yang empunya telefon sikitpun tak rasa bersalah jika berdering dengan nyaring sampai mengganggu jemaah di sekeliling.

Marilah kita hormati rumah Allah. Kalau di istana pemerintah kita ikut protokol maka sepatutnya di rumah Allah kita lebih-lebih lagi kena jaga adab. Janganlan kita bidap di rumah Allah sebab Allah adalah yang Maha tinggi maha agong lebi tinggi daripada Yang dipertuan Agong.