Saya tak nak bincang hukum melakukan kenduri arwah kerana ianya
sudah sedia maklum. Dalam entri ini saya cuba lihat praktik kenduri arwah dalam
kalangan masyarakat dan garis pandu sepatutnya yang perlu diamalkan.
Kenduri arwah ialah majlis jamuan makan selepas bacaan tahlil dan
doa kepada simati yang dilakukan oleh
keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya)
.
Tok guru saya ada menyatakan bahawa lafaz “bekwah” (merujuk
kepada majlis keraian yang menghidangkan makanan seperti kenduri kahwin) adalah
berasal daripada kenduri arwah. Menurut
Kamus Dewan Bekwah bererti kenduri arwah.
Menjamu orang makan digalakkan dalam Islam. Abdullah bin Salam
bagitahu bahawa perkatan pertama yang dia dengar daripada nabi ialah:
يا أيها الناس: أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصِلُوا الأرحام، وصلّوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام
Wahai manusia! Sebarkan salam, bagilah makanan, hubungkanlah rahim,
solatlah pada waktu malam tatkala manusia sedang melimpang. Nescaya kamu akan
masuk syurga dengan selamat.-riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim.
Persoalannya adakah menjamu makan yang dibuat oleh keluarga simati
ini adalah kerana menyahut saranan nabi tadi?- menjamu makan. Atawa ianya
merupakan adat yang diangkat menjadi ibadat.
Kalau kita tengok kepada hadis nabi, baginda memberi arahan agar
kelurga simati dijamu makanan, bukan menjamu makanan. Maka amalan keluarga
simati menjamu kepada tetamu adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh
Rasulullah.
Dalam hadis riwayat at-tirmizi sabda nabi tatkala menerima berita
kematian keluarga jaafar.
اصنعوا لآل جعفر طعاما ، فقد أتاهم أمر يشغلهم ، أو
أتاهم ما يشغلهم
Buatkanlah kepada keluarga Jaafar makanan, Sesungguhya telah
tertimpa ke atas mereka sesutu yang memberatkan.
Islam itu indah, mudah, bukan payah bagi mereka yang belajar fekah.
Keluarga simati tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah itu
menyusahkan?
Sepatutnya tetamu yang datang bawa makanan dan beri kepada mereka
yang telah kehilangan orang tersayang, bukannya kita dijamu kenduri arwah
kerana ianya terbalik daripada sunnah. Sunnah nabi adalah terbaik, jangan pula
kita buat amalan terbalik.