Alhamdulillah,
sekali lagi jemaah Masjid Pekan Keningau didatangi oleh Imam dari Semenanjung
Gaza Palestin. Tahun lepas Imam muda dan juga Syaikh Mahmud Siyam, mantan Imam
besar Masjidil Aqsa bertamu. Tahun ini seorang lagi Imam muda datang ke
Keningau. Syeikh Abdul Hamid al-Mughribi.
Beliau telah
memberikan sedikit tazkirah kepada para jemaah seusai mengimami solat qiyam
dan witir. Antara isi kandungan tazkirah:
1. Allah
swt bagitahu “Maha Suci Allah, yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil
Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.”
2. Kebanyakan orang menyangka bahawa apa yang
berlaku di Palestin adalah masalah dalaman mereka, tidak melibatkan orang Islam
sedunia. Sebenarnya Palestin dan Masjidil Aqsa adalah milik seluruh umat Islam.
3. Kita mencintai bumi Palestin bukan kerana
tanamannya yang subur, bukan kerana bangunannya tetapi kerana Masjidil Aqsa yang berada di sana.
Masjid yang mana berlakunya peristiwa besar Isra’ dan mikraj.
4. Bumi Palestin merupakan tempat dakwah para
anbiya’. Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Yacob, Nabi Sulaiman dan ramai lagi para
anbiya’ pernah berada di Palestin. Manakala Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama
umat Islam. Masjidil Aqsa adalah tempat baginda mengimami solat bersama para
anbiya’.
jemaah memenuhi ruangan masjid
5. Hari ini Regim Yahudi laknatullah telah
memperkosa Masjidil Aqsa. Mereka telah melakukan kekejaman demi kekejaman
terhadap Masjidil Aqsa. Mereka berusaha merobohkan binaan masjid dengan alasan
mencari Haikal Sulaiman.
6. Jika dahulu Masjidil Aqsa dibebaskan oleh
Umar Al Khattab daripada cengkaman Rome, Salauhudun al Ayyubi mengambil kembali
Masjidil Aqsa daripada Salibiyyin. Hari ini Masjidil Aqsa mencari-cari mana dia
Umar, mana dia Salahuddin.
7. Kekejaman yang dilakukan oleh tentera
Yahudi terhadap Masjidil Aqsa amat dahsyat. Begitu juga yang dilakukan ke atas
penduduk Semenanjung Gaza. Tanah Gaza tidaklah luas mana tetapi Yahudi telah
melakukan pencerobohan yang amat dahsyat.
8. Pada 2008 Yahudi telah menjatuhkan bom
selama 21 hari berturut-turut mengakibatkan kematian ramai orang termasuk
kanak-kanak dan wanita. Kemusnahan masjid-masjid, bangunan-bangunan dan rumah
tak boleh dibayangkan.
9. Ada tawanan yang telah dijatuhkan hukuman yang tak masuk
akal. Tentera Yahudi menghukum penjara selama 4500 tahun. Bayangkan. Umur kita
antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Jika meninggal, jenazah mereka tidak akan dikembalikan
kepada keluarga sehinggalah selepas 4500 tahun.
10. Mereka marah kepada kami kerana pemimpin
kami Ismail Haniyyah tidak mengiktiraf Israel dan berjanji akan membebaskan Masjdil Aqsa daripada
Yahudi. Nabi saw bersabda “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Muslim memerangi
Yahudi”.
11. Walaupun kami dizalimi sedemikain rupa
tapi kami tabah menghadapinya. Hari ini Alhamdulillah, penduduk Gaza mempunyai
kesedaran agama yang amat tinggi. Mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam.
12. Dalam kalangan kami ramai para ulama
yang terdiri daripada pelbagai jurusan pengajian. Ramai anak- anak Gaza yang menjadi
hafiz dan hafizah. Insya Allah, bumi Palestin akan disirami dengan cahaya
Islam.
13. Bercakap tentang Palestin dan Masjidil
Aqsa tak akan habis walaupun sampai Subuh esok hari . Cukuplah sekadar itu.
Saya berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada perjuangan
memartabatkan Islam di Palestin. begitu juga di Mesir, Syiria dan lain-lain
tempat.