"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, March 27, 2011

Kencing berdiri

Ada ahli jemaah yang meminta saya memberi komentar tentang kencing berdiri. Ini adalah kerana ada seorang yang telah kencing berdiri di tempat mengambil wudhu’. Apabila ditegur maka orang tersebut telah menegaskan bahawa ustaz Rusli kata boleh kencing berdiri.

Komentar saya:

Memang pernah dalam satu kuliah ada jemaah yang bertanyakan pasal hukum kencing berdiri. Saya telah menjawab bahawa kencing duduk adalah sunnah nabi SAW. Walau bagaimanapun tidak berdosa jika seseorang itu kencing berdiri.

Ini berdasarkan hadis nabi SAW:

( أن النبي صلى الله عليه وسلم أتى سباطة قوم فبال قائما )

Bahawa nabi SAW telah mendatangi satu tempat pembuagan sampah satu kaum, maka baginda kencing dengan keadaan berdiri. Hadis ini daripada Huzaifah RA, statusnya sahih muttafaq alaih. Ada hadis yang disebut oleh Aisyah RA mafhumnya: “Sesiapa yang menceritakan bahawa nabi SAW kencing berdiri maka jangan kamu mempercayainya. Sesungguhnya tidaklah nabi kencing kecuali dalam keadaan duduk”. Hadis ini direkod oleh Al Imam at Tirmizi.

Para muhaddithin mengatakan bahawa tidak ada pertentangan antara hadis Huzaifah dengan hadis Aisyah RA. Aisyah RA meriwayatkan sesuatu yang beliau tahu mengenai rutin hidup nabi SAW. Umum mengetahui bahawa Ummal Mukminin Aisyah RA tidaklah mengikuti nabi setiap saat dan ketika. Ada ketikanya baginda bermusafir tanpa ditemani Aisyah RA.

Kesimpulannya bahawa nabi SAW selalu kencing dalam keadaan duduk. Ini adalah yang paling afdhal. Hadis Huzaifah menunjukkan bahawa keharusan untuk kencing berdiri. Ada ulama mengatakan bahawa kencing berdiri hukumnya makruh.

Adapun jamaah yang kencing berdiri di tempat orang mengambil wudhu’, maka ini adalah satu perbuatan yang dilarang kerana beberapa alasan:

1.kencing di tempat yang salah. Tempat berwudhu’ adalah untuk mengambil wudhu’, bukan untuk kencing.

2.aurat terdedah pada khalayak ramai. Ini adalah tidak dibenarkan.

3.boleh menyebabkan tempat berwudhu’ menjadi kotor dan bernajis.

Akhir sekali saya menyeru supaya setiap orang perlu belajar agama betul-betul dan rujuk kepada mana-mana ustaz jika tidak jelas atau keliru dalam sesuatu masalah. Janganlah menyandarkan sesuatu perbuatan salah yang kita lakukan kepada orang lain(jual nama).

Manakala riwayat yang mengatakan bahawa nabi tidak mengaku umat jika kita kencing berdiri, maka saya tidak menjumpainya setakat yang saya mengaji. Jika anda menemuinya, sila kongsi dengan saya serta rujukan lengkap.

والله أعلم

Dua Perkara Yang Berlawanan Tidak Boleh Bersatu

نزه فؤادك من سوانا تلقنا#
فجنابنا حل لكل منزه
Bersihkan hatimu daripada selain-Ku
yang bersih boleh dekat denganku

Hati yang sibuk mencintai selain Allah dan mengikuti kehendak-Nya tidak mungkin untuk mencintai dan merindui-Nya serta ingin bertemu dengan-Nya. Lidah tidak akan berzikir untuk menyebut-Nya dan anggota badan tidak akan sudi tunduk beribadat kepada-Nya kecuali jika lidah dan anggota badan itu dikosongkan daripada mengingat dan mengabdi kepada selain-Nya.

Firman Allah mahumnya:

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".


Puisi Taqwa

خل الذنوب صغيرها وكبيرها ذاك التقى
واصنع كماش فوق أر ض الشوك يحذر ما يرى
لا تحقرن صغيرة إن الجبال من الحصى

Tinggalkan dosa samada kecil mahupun besar itulah taqwa

Buatlah seperti pejalan kaki melalui jalan berduri dengan penuh hati-hati

Jangan kamu memperlekehkan dosa kecil, sesungguhnya gunung yang besar terdiri daripada batu-batu kecil

Bersama menghayati ayat 12: al hujurat


Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebagian dari prasangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Saturday, March 26, 2011

Halaqah Riyadhus Solihin 7 (HARIS 7)

Tarikh:4 Mac 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

Yaqin dan Tawkkal

Tajuk kita pada hari ini ialah berkenaan yaqin dan tawakkal. Al imam an Nawawi meletakkan tajuk yaqin bersekali dengan tawakkal, tidak di separate. Kata ulama’ tawakkal itu adalah buah kepada yaqin.

Apa itu yaqin?

Al yaqin العلم الذي لا شك فيه Yaqin ialah suatu ilmu yang tidak ada keraguan padanya. Kalimah yaqin ini sudah diguna pakai oleh orang Melayu kita dan kita telah terimanya sebagai Bahasa Melayu. Selalu kita dengar orang tanya “Anda yaqin?”

Martabat yaqin ada tiga, ilmul yaqin, ainul yaqin, haqqul yaqin. Ketiga-tiga yaqin ini ada disebut dalam quran.

Nak tahu mengenai Ilmul yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin ini, dalam hal ini Al imam Ibnu Taimiyyah buat analogi supaya kita mudah faham. Beliau ambil misal tentang madu. Madu ni sebenarnya sedap. Manis dan baik untuk kesihatan. Tapi orang perempuam tak suka madu. Sebenarnya madu baik untuk lelaki dan perempun.

Baik. Orang bagi tahu madu itu manis, sedap, berkhasiat dan warnanya sekian sekian. Madu tak ada depan kita. Just orang describe saja. Martabat ini namanya ilmul yaqin. Manakala ainul yaqin pula ialah kita dihadirkan dengan sebotol madu. Ada madu depan mata kita. Haqqul yaqin ialah apabila kita ambil madu dan kita rasa sendiri madu itu. Sadap bah!

Saya nak tambah pasal madu. Madu yang terbaik ilah madu gunung atau bukit, diikuti oleh madu dari pokok-pokok di hutan and then madu pelihara. Allah sebut dalam quran:


Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",(an nahl:8)

Itu pasal yaqin, kemudian tawakkal pula ialah berserah. Kita berserah bulat-bulat kepada Allah SWT selepas kita menjalani proses ikhtiar. Tawakkal ini tidak menafikan ikhtiar. Bahkan kita dituntut berikhtiar.

قال الله تعالى " ولما رأى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله وما زادهم إلا إيمانا وتسليما " الأحزاب


Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka Berkata : "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali keimanan dan penyerahan.(al ahzab:22)

Ayat ini berkenaan satu peperangan yang berlaku antara tentera Islam dengan tentera musuh yang terdiri daripada pelbagai puak dan kabilah. Mereka bergabung menjadi satu pasukan untuk menentang kaum muslimin. Sebab itu peperangan ini dinamakan peperangan al ahzab (bersekutu).

Cerita mengenai peperangan ini sudah makruf dan diketahui umum. Saya tak berhajat nak panjangkan cerita ini. Nanti kita bincang dalam topik sirah dengan panjang lebar. Cumanya saya nak sebut bahawa dalam peperangan al ahzab ini golongon muslimin ada dua jenis, munafik dan mukmin sejati.

Mukmin sejati apabila diasak dengan ujian yang dahsyat, iman mereka tak goyah. Mereka berkata seperti mana ayat tadi, surah al ahzab ayat 22. “Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka Berkata : "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali keimanan dan penyerahan”.

Manakala bahasa orang munafiqin maka bunyi dan nadanya lain. Allah sebut dalam quran sifat mereka ini.

Dan (Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya Berkata :"Allah dan rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya".


قال تعالى "الذين قال لهم الناس إن الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم إيمانا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل فانقلبوا بنعمة من الله وفضل لم يمسسهم سوء واتبعوا رضوان الله والله ذو فضل عظيم " آل عمران

(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia(orang quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar.(Ali Imran: 173 – 174)

Ayat ini membicarakan tentang peristiwa perang Badar Shughra (Badar kecil) yang terjadi setahun sesudah perang Uhud. sewaktu meninggalkan perang Uhud itu, Abu Sufyan pemimpin orang Quraisy bersedia bertemu kembali dengan kaum muslimin pada tahun berikutnya di Badar. Abu Sufyan sendiri waktu itu merasa takut, maka dia bersama tenteranya tidak jadi perang, lalu dia menyuruh Nu'aim ibnu Mas'ud dan kawan-kawan pergi ke Madinah untuk menakutkan kaum muslimin dengan menyebarkan khabar bohong bahwa kaum quraisy bersiap untuk menyerang.

Ini kita kata provokasilah. Strategi nak menakutkan tentera Islam. Tapi sebaliknya orang Islam terima perkhabaran ini dengan penuh keimanan dan penyerahan kepada Allah SWT.

وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل

Banyakkan menyebut doa ini “Hasbunallahu wani’mal wakil”.- Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.


قال تعالى " وتوكل على الحي الذي لا يموت " الفرقان

Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. dan cukuplah dia Maha mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.(al furqan:58)

السادس عن عمر رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لو أنكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا رواه الترمذي

Hadis keenam . Daripada Umar RA katanya “Aku dengar rasulallah SAW bersabda: Andainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepadamu sebagaimana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali di waktu senja hari dengan perut kenyang.” Hadis riwayat Tirmizi.

Burung adalah salah satu daripada makhluk Allah SWT. Burung tiap-tiap pagi dia akan keluar dari sarangnya untuk mencari rezeki sambil bertawakkal. Keluar pagi baca:

بسم الله توكلت على الله!

Burung pun pandai tasbih, zikir ingat Allah jugak! Bahkan semua makhluk berzikir kepada Allah SWT. Dalilnya Allah sebut dalam surah al isra’, ayat 44:


Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.

Ini burung! Maka kita sebagai manusia kena malu kalau perangai kita lebih teruk daripada burung. Pagi haris masih enak dibuai mimpi. malas cari rezeki. Ada seorang alim dia kata “Jangan kamu jadi lebih bodoh daripada seekor ayam yang berkokok pada pagi hari manakala kamu masih enak menyambung mimpi”.

Kita sambung minggu depan! والله أعلم