"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, July 16, 2010

Audit MQA


Minggu ini semua warga IPG Kampus Keningau sibuk membuat persiapan dan persediaan menghadapi panel penilai MQA untuk mendapat pengiktirafan terhadap program PISMP kelolaan IPG ambilan 2007 yang sekarang ini berada di semester akhir.

Pemantauan terhadap persiapan dan persediaan menghadapi panel penilai MQA oleh IPG induk yang terdiri daripada Dr. Amin Senin, Dr. Baiduriah Yaakub dan Puan Fatimah Daud telah dijalankan pada 15 dan 16 Julai 2010.

Alhamdulillah, dapatan penilaian yang dibuat ialah IPG Kampus Keningau telah bersedia untuk diaudit oleh MQA. Semua persiapan telah diatur dengan jayanya. Semua portfolio, dokumen-dokumen yang diperlukan dapat disediakan dengan baik.

Pada hari ini saya berpeluang menyampaikan khutbah di Masjid Jamik IPG Kampus Keningau. Peluang berkhutbah ini saya gunakan untuk menghubugkaitkan audit MQA dengan audit yang sentiasa berjalan tanpa kita sedari.

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11)

10. Padahal Sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang Mengawasi (pekerjaanmu),

11. Yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu),

Kalau di dunia kita boleh mengada-adakan dokumen yang diperlukan tapi di akhirat dokumen berupa catatan amalan kita dicatat sendiri oleh pengawas yang tidak pernah leka membuat pemerhatian. Ketahilah bahawa kita sentiasa diaudit oleh para malaikat.

Pada hari akhirat fail peribadi kita akan dibentangkan di hadapan kita. Pada hari itu penilaian dan markah akan diberikan seadil-adilnya oleh Alah SWT. Fail peribadi ini adalah rekod dan catatan terhadap amalan kita di muka bumi.

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا (49)

49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun".

وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنْشُورًا (13) اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا (14)

13. dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.

14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".

Marilah sama-sama kita bersedia untuk manghadapi penilaian terhadap amalan kita pada hari akhirat kelak. Kalau hari ini kita sanggup bersengkang mata dan bersusah payah untuk menghadapi audit MQA, maka sepatutnya kita lebih bersedia mempersiapkan diri dihisab dan dinilai oleh ALLAH SWT, TUHAN yang menguasai semua agensi di dunia.

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9) وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا (12) إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا (13) إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ (14) بَلَى إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا (15).

7. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya,

8. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,

9. Dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

10. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang,

11. Maka dia akan berteriak: "Celakalah aku".

12. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

13. Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya

14. Sesungguhnya dia menyangka bahwa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya).

15. (bukan demikian), yang benar, Sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya.





Saturday, July 10, 2010

Ustaz pun tak solat berjamaah


Menurut Kamus Dewan edisi ketiga muka surat 1532, perkataan "ustaz" membawa erti tuan atau guru agama lelaki. Perkataan ini berasal daripada bahasa arab. Di Negara kita kalimah ustaz diguna secara menyeluruh bagi merujuk kepada golongan agamawan yang mengajar di sekolah-sekolah samada formal atau tidak formal.

Ustaz adalah seorang yang dirujuk dalam hal berkaitan Agama Islam. Nasihat dan pengajaran ustaz didengari oleh murid. Di sekolah ustaz akan mengajar murid mata pelajaran Agama Islam. Antara objektif daripada pangajaran ini ialah untuk melahirkan murid yang beriman, berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Dalam sukatan Pendidikan Islam tahun lima ada satu tajuk berkaitan solat berjamaah yang di atara lain menerangkan kelebihan dan fadhilat solat berjamaah. Nilai dan penghayatan yang diharapkan ialah semoga murid dapat memahami dan melaksanakan solat secara berjamaah.

Hukum solat jamaah, kelebihan solat jamaah diajarkan oleh ustaz kepada muridnya. Pendidikan Islam menekankan nilai, penghayatan dan amalan. Ianya tidak terbatas hanya kepada hafazan untuk dijawab dalam peperiksaan semata.

Apabila menyentuh bekenaan solat berjamaah maka sudah tentu praktiknya dititik beratkan. Murid-murid sudah tentu akan lebih mudak praktik solat berjamaah apabila amalan ini di mulakan oleh para ustaznya.

Amat malang sekali para ustaz yang mengajar murid tentang solat jemaah tapi mereka sendiri tidak menjadikannya sebagai amalan harian lebih-lebih lagi subuh berjamaah. Ustaz j-QAf dan juga bukan j-QAF sememangnya tahu objektif tersirat Pendidikan Islam.

Sepatutnya ustaz kena ingat dengan firman Allah SWT:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

44. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?

Tidakkah ustaz hafaz dan selalu baca ayat:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3

2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Hari ini ustaz berceramah tentang isra' mikraj. Pasti soal solat dibangkitkan. Entah kali keberapa para ustaz dijemput ceramah isra' mikraj. Persoalan solat ditekankan. Umum mengetahui bahawa solat cara nabi adalah yang terbaik. Dalam bab solat lima waktu nabi amat menitik beratkan solat secara berjamaah. Para ustaz tahu benda ini tapi ustaz pun tak datang solat berjamaah!

Salam isra' mikraj.