"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, June 2, 2010

Qunut Nazilah

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta meminta umat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap solat lima waktu bermula hari ini.

Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Sumber: HarakahDaily.


Qunut nazilah ialah doa yang dibaca apabila turunya musibah ke atas kaum muslimin. Disyariatkan ke atas orang Islam membaca doa qunut nazilah dalam setiap solat lima waktu pada rakaat terakhir selepas rukuk.

Telah thabit bahwa Nabi SAW membaca qunut ketika turunnya musibah. Baginda berdoa memohon kehancuran ke atas orang kafir yang melampaui batas. Baginda juga berdoa supaya orang Islam mendapat keamanan dan keselamatan serta diangkat daripadanya musibah yang melanda.

وعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا مُتَتَابِعًا فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ وَصَلَاةِ الصُّبْحِ ، فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ إِذَا قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ ، يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ ، وَيُؤَمِّنُ مَنْ خَلْفَهُ

Daripada Ibni Abbas katanya Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh pada akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" daripada rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah Bani Salim, QabilahRra'lin,Zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yag di belakang mengaminkannya.

Tidak ada lafaz khusus yang thabit daripada nabi SAW dalam doa qunut nazilah. Doa ini dibaca bersesuaian dengan keadaan semasa mengikut musibah yang melanda.

Diriwayatkan bahawa Umar membaca doa ini:

االلهم إنا نستعينك ونستغفرك ولا نكفرك ونؤمن بك، ونخلع ونترك من يفجرك، اللهم إياك نعبد، ولك نصلى ونسجد، وإليك نسعى ونحفد، نرجو رحمتك ونخشى عذابك الجد،إن عذابك الجد، إن عذابك الجد بالكفار ملحق. اللهم عذب كفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك، ويكذبون رسلك، ويقاتلون أولياءك. اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات، وأصلح ذات بينهم، وألف بين قلوبهم، واجعل فى قلوبهم الأيمان والحكمة، وثبتهم على ملة رسولك، وأوزعهم أن يوفوا بعهدك الذى عاهدتهم عليه، وانصرهم على عدوك وعدوهم إله الحق، واجعلنا منهم