"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, May 27, 2010

Bantah

Usia bantah keras konsert Inul Daratista
26th May, 2010

KENINGAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau Usia membantah keras konsert ‘raja gelek Indonesia – Inul’ di Keningau.

Naib Ketua pertubuhan itu, Mohd Zaki Laumin, memberitahu dalam satu temuramah;

“Konsert itu tidak sesuai sama sekali diadakan di sebuah bandar yang pembangunan agama Islam sedang diperkasakan.”

Katanya, gaya persembahan Inul Daratista boleh mempengaruhi akhlak golongan remaja.

“Perjuangan kita di sini adalah untuk memperkasakan akhlak generasi muda, dan kita tidak mahu pemikiran golongan ini terpesong dengan pengaruh hiburan yang seperti itu,” katanya.

Inul dijangka akan membuat persembahan di sini pada 28 Mei ini, melalui satu pakej hiburan panas yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang tidak dinamakan.

Zaki berkata, Usia memandang serius penganjuran konsert itu dan mendesak kerajaan supaya campur tangan.

“Kita bukan menentang pembangunan hiburan, tetapi kita perlu berhati-hati terhadap setiap bentuk hiburan yang dibawa ke bandar ini,” katanya dan mempersoalkan;

“Bagaimana permit konsert itu boleh diluluskan tanpa sebarang penapisan,”.

Di Bandar Tawau, konsert itu turut mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, apa yang mereka sifatkan nilai-nilainya bertentangan dengan agama Islam.

Malahan Zaki berkata, Inul sendiri seorang yang beragama Islam dan seharusnya tahu bahawa unsur-unsur persembahannya boleh mempengaruhi akhlak penonton.

Naib ketua itu yang menekankan, masyarakat Islam khususnya dan yang lain harus bersatu untuk menentang konsert itu.

“Apa yang sedang saya usahakan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada masa depan generasi rakyat di sini,” tambahnya.

Sejak lebih seminggu di Keningau, bahang konsert Inul yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Gelak Gerudi’ di sini rancak diperkatakan di kedai-kedai kopi, dan pasti mereka yang tidak sabar menanti adalah ribuan warga pendatang asing tanpa izin (PATI) di Keningau.

Sumber:New Sabah Times

Tuesday, May 25, 2010

Bantah konsert 1 Inul di Keningau






أخبرنا علي بن محمد بن عبد الله بن بشران أنبأ أبو الحسن علي بن محمد المصري ثنا عبد الله بن أبي مريم ثنا الفريابي ثنا سفيان الثوري عن قيس بن مسلم عن طارق بن شهاب عن أبي سعيد الخدري قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان أخرجه مسلم في الصحيح من حديث الثوري وغيره

Pada 31 Mei 2010 ada cadangan konsert 1 inul akan diadakan di Kompleks sukan Keningau. Saya menyeru kepada semua pihak untuk tampil membantah konsert tersebut. Gunakan semaksima mungkin kuasa, kebolehan, harta dan apa-apa sahaja yang ada untuk mempastikan program tersebut gagal.

Sudah jelas dan tak perlu diulas bahawa konsert ini adalah salah satu maksiat yang boleh mengundang bala dan musibah. Ia adalah satu kemungkaran yang wajib diingkari semua umat Islam.

Monday, May 17, 2010

Macam-macam ada

Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU..

Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi ASPIRASI HIDUPKU…

Yang pasti guru juga bagaikan TV9 DEKAT DI HATI…

Dan yang paling penting guru juga bagaikan PACKAGE astro kerana…

MACAM-MACAM ADA…

Selamat Menyambut Hari Guru!

SMS sempena hari guru


16 Mei. Tarikh keramat bagi golongan pendidik di Malaysia. Umum mengetahui bahawa pada tarikh tersebut Sambutan hari guru diadakan.

Saya telah mendapat bebrapa sms sempena hari guru. Pada entri kali ini saya kogsikan bersama sms-sms yang masuk ke dalam inbox telefon bimbit saya. Di antaranya:

Ana menghormati guru walaupun guru itu mengajar alif ba ta kerana kalu tak ada guru siapalah daku "

Selamat hari guru

Slm,slmt hri guru, trma ksh ats sglnya, jasamu dkenang.khairiyah bt tayib.kpli(pai)

Apakah cita2 anda sblm jd guru? Mejistret?Loyar?Engineer?Anda mnysal jd guru? Cuba lihat,ada x loyar yg sggup pki topi arkitek? Ada x mejistret yg brani sarung kot doctor? Tp guru adalah SEMUA itu. Kita la doctor bila budak sakit, loyar bila parents soal, mejistret bila budak bgaduh, Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita! Smlam plak jd tukang kebun gotong royng perdana.. Oleh itu, banggalah jd cikgu. SELAMAT HARI GURU,)

Slm ust.. selamat hari guru..Brkhdmat utk agama bngsa n Negara.. Drpd mahirah n shida.

Salam d ucap pmbka kata, wkil dr pengajian agama, slmt hr guru km nk kata, smga slalu drahmati yg Esa.. hehe, slamt hr pensyrh ustzJ. –ZAINUN

Assalamualaikum ust.. slmat pg! SELAMAT HARI GURU, smga ilmu & jasa yg d curhkn mdpt krdhn Allah s.w.t.. anak didikmu Marliyana

Salam ustz slmt hari guru. Dr yuhanis kpli pai

Salam. Ust. Slmat hr guruJ

Guru kau adalah pelita dalam menerangi kgelapn malm. Kau pmbina semangt dan pencetus kejayaan kami. Trima kasih guru. Selamat hari guru.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH USTAZ..

SELAMAT HARI GURU… SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI. MOGA SEGALA URUSAN YANG DILAKUKAN DIPERMUDAHKAN & SENTIASA DIBERKATI-NYA…

Assalaamu'alaikum.. Selamat hari guru ustaz! Kami doakan ustaz bahagia dunia akhrt. Terima kasih sgala nasihat, m0tivasi & ilmu yg diberikn. Smg ustz & kuarga d rhmti & d brrkati Allah dunia akhrt. Ameen!

GURU… Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawa ada mwsranya, Dalam diam ada bijaksana, Dalam tangannya kita terbina, Berbahagialah menjadi guru, Guru Pembina Negara bangsa, Moga jasamu trsemadi indah, Selamat Hari Guru..Smg usaha guru m'dpt keberkatan Allah. Slm p'juangan.

Asalamualaikum.selamat hari guru. Dari basya – jqaf b.a 06

Kebanyakan pesanan ringkas yang dihantar adalah daripada bekas pelajar saya yang kini sedang berkhidmat sebagai guru di seluruh negara dan juga pelajar saya yang sedang menjalani latihan perguruan di IPG Kampus Keningau.

Nampaknya hanya guru yang menghargai sang guru. Apapun saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas ingatan. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU!