"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, September 30, 2009

Apabila tiba ajalnya

5 Syawal 1430-mengimami solat jenazah di Masjid Pekan Keningau


Dalam kegembiraan kita menyambut Syawal..

185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(Ali Imran)

34. Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu(ajal) maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) menangguhkannya.(al-a'raf)

35. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.(al-anbiya')

11. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.(al-munafiqun)

إنا لله وإنا إليه راجعون

Apa selepas Ramadhan?

Khutbah Jumaat
Tempat:Masjid Pekan Keningau
Tarikh:25.9.09
Khatib:Ust Mohd Rusli Ismail

Isi khutbah:

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah yang telah menganegerahkan kita kemenangan dalam menjalani ibadat puasa selama sebulan. Pada hari ini sudah enam hari Ramadhan meninggalkan kita. Kita masih lagi dalam suasana kemeriahan menyambut Syawal. Masih lagi ada program ziarah mengziarahi, kunjung mengunjungi, jamuan hari raya yang dapat mengeratkan lagi hubungan silatur rahim sesama kita. Amalan ini amat digalakkan dalam Islam. Kata Nabi SAW:

((يا أيها الناس! أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام)).

Wahai manusia! Sebarkan salam, berikan makanan, sambungkan rahim, dirikan solat malam, kamu akan masuk syurga dengan selamat.
Boleh kita bergembira pada hari raya asalkan kegembiraan itu tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah dan juga kegembiraan itu bukan dengan membuat noda maksiat kepda Allah. Satu ketika pada hari raya Aisyah RA mendengar dua orang wanita menyayikan lagi arab di rumah Rasulillah SAW. Abu Bakar telah melarang Aisyah berbuat demikian lalu baginda Nabi bersabda:

دع هما فإن لكل قوم عيدا وهذا عيدنا

Biarkanlah mereka, Sesungguhnya setiap kaum ada hari raya dan hari ini adalah hari raya kita. Inilah keindahan Islam yang meraikan sifat fitrah manusia yang inginkan kepada hiburan.
Mari kita muhasabah kembali amalan puasa yang kita lakukan selama sebulan. Objektif puasa ialah supaya kita bertaqwa. Taqwa kita bukan sahaja pada bulan Ramadhan. Kata Nabi SAW kepada Abi Zar:

تق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

Bertaqwalah kamu kepada Allah pada setiap saat dan ketika, ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan membersihkannya, dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.
Ada orang yang mentaati Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Mereka boleh berpuasa,solat, baca quran, bersedekah pada bulan Ramadhan tetapi selepas Ramadhan tiada lagi. Lebih mendukacitakan ialah mereka tidak melakukan amalan fardhu solat lima waktu.
Para salafus soleh ada mengatakan:

بئس القوم, قوم لا يعرفون الله إلا في رمضان, كن ربانيا ولا تكن رمضانيا, فمن كان يعبد رمضان فإن رمضان قد فات, ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت

Sejelek-jelek kaum ialah mereka yang tidak mengenali Allah kecuali pada bulan Ramadhan. Jadilah kamu hamba yang menyembah Allah, bukan hamba kepada Ramadhan. Sesiapa yang menyembah Ramadhan sesungguhnya Ramadhan telah berlalu dan sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah tetap hidup selamanya.

Allah tuhan kita yang memiliki Ramadhan juga tuhan yang memiliki Syawal, Zulqaedah, zulhijjah dan lain-lain bulan. Amalan ibadat kita mesti diteruskan walaupun selepas Ramadhan.
Hadis sohih muttafaq alaihi Daripada Aisyah RA kata Nabi SAW:

أحب الأعمال إلى الله أدومها وإن قل

Amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit. Janganlah kita lupa terus untuk beribadat kepada Allah. Teruskanlah beramal soleh sehingga kita dijemput oleh Allah.

واعبد ربك حتى يأتيك اليقين

Sembahlah tuhanmu sehingga mati datang kepadamu.

Suka saya memperingati para jamaah sekelian agar jangan lupa untuk berpuasa selama enam hari pada bula Syawal. Hadis sohih riwayat Muslim kata Nabi SAW:

"من صام رمضان. ثم أتبعه ستا من شوال. كان كصيام الدهر"

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang masa.

Boleh kita mula berpuasa selepas satu Syawal iaitu pada dua Syawal. Boleh juga kita puasa pada mana-mana hari selama enam hari pada bulan Syawal samada nak ditunaikan terus menerus tanpa henti, selang seli ataupun lainya. Yang penting puasa selama enam hari itu ditunaikan pada bulan Syawal.

Idul Fitri 1430H di Keningau(siri akhir)

1 Syawal 1430-Para jemaah idil fitri melimpah sehingga di atas jalan dan padang

1 Syawal 1430-Para jamaah yang tidak dapat memasuki masjid memenuhi ruang padang bandaran


Suasana kemeriahan idil fitri

1 Syawal 1430-Di Taman perumahan Hj Mohd Zain

عن أنس قال:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل تمرات. وقال مرجأ بن رجاء: حدثني عبيد الله قال: حدثني أنس، عن النبي صلى الله عليه وسلم: ويأكلهن وترا.

Daripada Anas katanya: Adalah Nabi SAW tidak keluar pada hari raya puasa sehingga baginda makan beberapa biji tamar,… dan baginda memakannya dengan bilangan ganjil

1 Syawal 1430-Kanak-kanak keriagan selepas dapat hadiah duit raya

2 Syawal 1430-Kanak-kanak bergembira berhari raya

2 Syawal 1430-Lorong di Taman Jutaya sesak dengan para tetamu


عن أبي هريرة قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "والذي نفسي بيده لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا، أفلا أدلكم على أمرٍ إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم".

Daripada Abi Hurairah RA katanya: Sabda Nabi SAW "Demi Allah yang mana jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang, Mahukah aku tunjukkan kepada kalian jika kamu lakukannya kamu telah berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kalian

3 Syawal 1430-jiran berbagsa Cina juga datang ziarah di rumah saya

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(al-hujurat:13)


3 Syawal 1430-Para tetamu di rumah saya di Taman Juta

.

عن عبد اللّه بن عمرو:
أن رجلاً سأل رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: أيُّ الإِسلام خيرٌ؟ قال: "تطعم الطعام، وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف".

Daripada Abdillah bin Amru: Seorang lelaki bertanya Rasulallah SAW Islam yang bagaimanakah yang baik? Jawab Nabi SAW: "Kamu memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kenal".

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (من سره أن يبسط له في رزقه، وأن ينسأ له في أثره، فليصل رحمه).

Daripada Abi Hurairah RA katanya " Saya mendengar rasulallah SAW bersabda " Barangsiapa yang mahu dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silatur rahim.

4 Syawal 1430-berarak masuk ke Taman Rizalman

Sabda Nabi SAW:

((يا أيها الناس! أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام)).

Wahai manusia! Sebarkan salam, berikan makanan, sambungkan silatur rahim, dirikan solat malam, kamu akan masuk syurga dengan selamat.

4 Syawal 1430-Di Taman Rizalman

عن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ليس منا من لم يوقر كبيرنا ويرحم صغيرنا

Daripada Anas bahawa Nabi SAW bersabda "Bukan daripada golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi golongan kanak-kanak di antara kita.

4 Syawal 1430-Kawan-kawan anak saya

4 Syawal 1430-barisan kereta konvoi raya, singgah solat di Masjid Kg.Pamalan, Tanah Merah, Keningau

عن أبي ذر. قال:
قال لي النبي صلى الله عليه وسلم "لا تحقرن من المعروف شيئا، ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق".

Daripada Abi Zar katanya, Nabi SAW bersabda kepadaku "Janganlah kamu memandang jelek sesuatu kebaikan walaupun kamu bertemu saudaramu dengan wajah yang manis

5 Syawal 1430-Suasana hari raya di Taman Jutaya 2

115. Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui


7 Syawal 1430-Hafizah bersama moyang pengasuhnya ketika di Kuala Penyu, Beufort. Umurnya 103 tahun

7 Syawal 1430-Di rumah pelajar saya, Sanimah Tali, Kuala Penyu

Monday, September 28, 2009

Adab-adab menyambut Hari raya Idil Fitri

1.Mengeluarkan zakat fitrah

Zakat fitrah wajib dikelurkan bagi setiap muslim lelaki perempuan, hamba sahaya mahupun merdeka. Sunat mengeluarkannya pada pagi raya sebelum menunaikan solat idil fitri.

2.Mengucapkan tahniah sesama muslim

Antara lafaznya ialah "taqabballallahu minna waminkum".

3.Berpakaian cantik dan berwangian bagi lelaki

Pakaian cantik tak semestinya mahal dan baru. Sunat kita memakai pakaian terbaik yang kita ada. Zaman sekarang pasal pakaian cantik dan baharu tidak menjadi masalah lagi. Perlu diingatkan janganlah sampai melampaui batas dengan berlebihan membeli dan menempah pakaian baharu berwarna warni.

Berwangian sunat bagi kaum lelaki, haram bagi perempuan. Kata Nabi SAW:

عن أبي موسى الأشعري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية

Daripada Abi Musa al as'ari daripada Nabi SAW katanya "Mana-mana perempuan yang berwangi-wangian kemudian ia berjalan di antara lelaki untuk di hidu baunya maka ia adalah zina dan setiap mata yang memandangnya juga zina.

4.Mandi sunat

Sunat mandi sebelum keluar pergi ke tempat solat diadakan.

5.Makan sedikit

Di antara yang mengjadi sunnah pada hari raya idil fitri ialah memakan sedikit makanan(tamar) sebelum menunaikan solat hari raya.

6.Pergi dan pulang dari tempat solat dengan melalui jalan yang berlainan.

Di antara hikmahnya ialah dapat menyapa seramai mungkin kaum muslimin dan untuk menunjukkan ramainya kaum muslimin.

7.Mengziarahi orang hidup daripada kalangan muslimin

Idul Fitri 1430H di Keningau(siri 4)

Para amil zakat sedang bertugas

Hari-hari terakhir Ramadhan

عن ابن عباس؛ قال:
- فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر طهرة للصائم من اللغو والرفث. وطمعة للمساكين. فمن أداها قبل الصلاة، فهي زكاة مقبولة. ومن أداها بعد الصلاة، فهي صدقة من الصدقات.

Daripda Ibni Abbas, katanya: Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah sebagai penyuci orang berpuasaa daripada perkataan lara dan perbuatan sia-sia serta menjadi makanan orang-orang miskin. Barangsiapa yang mengeluarkan zakat sebelum solat hari raya maka ia akan diterima sebagai zakat, dan barang siapa yang mengeluarkannya selepas solat maka ia adalah sedekah biasa.

Umat Islam menunaikan zakat fitrah. Alhamdulillah, apa yang saya perhatikan bahawa kesedaran untuk membayar zakat fitrah dalam kalangan masyarakat di sini amat tinggi. Kaunter zakat di Masjid Pekan Keningau tidak putus-putus dengan muslimin-muslimat yang datang dari pelbagai arah dan penjuru. Macam-macam ragam dapat saya perhatikan. Perempuan yang datang dengan pakaian mencolok mata, yang bawa beras,garam, berbagai jenis kuih-muih dan minuman, yang bawa dan bakar lilin pun ada semasa upacara tunai zakat.

Tentang bakar lilin tadi saya buat sedikit komentar dalam kuliah tujuh minit selepas subuh. Alhamdulillah, selepas saya bagitahu tak ada lagi yang bakar lilin. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Amil zakat kepada saya. Ada yang menarik lagi ialah salah seorang amil zakat cerita kepada saya ada orang bayar zakat untuk kembarnya seekor buaya. Ya! Buaya. Subhanallah, macam-macam ada.

29 Ramadhan 1430

Hari terakhir Ramadhan (mungkin).Saya mengimami solat isya' jam 7.24 malam. Pengumuman tarikh satu Syawal belum ada lagi. Boleh saja bagi kami untuk solat tarawih sehingga thsabit anak bulan Syawal. Walaubagaimanapun saya katakan kepada para jemaah kita tunggu pengumuman dibuat. Sambil itu saya buat sedikit pengisian ilmu berkenaan adab-adab menyambut Idal Fitri.

Jam 8.10 malam baru pengumuman hari raya di buat. Saya rasa kerajaan sepatutnya meraikan kami di Sabah ini yang waktu Magrib dan Isya'nya awal sejam dari Semenanjung. Apa salahnya selepas Maghrib di Semenanjung terus umum tarikh awal Syawal. Barulah satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Sabah Malaysia jugak bah. Sejurus selepas pengumuman kami rakyat Keningau bertakbir beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Haji Mokhtar Zainuddin

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.



Para jamaah bertakbir sejurus selepas pengumuman hari raya dibuat

Sunday, September 27, 2009

Idul Fitri 1430H di Keningau(siri 3)


29 Ramadhan 1430

Orang ramai memenuhi pasaraya sekitar Keningau untuk membeli barang-barang keperluan. Antara pasaraya yang menjadi tumpuan ialah Hiap Lee, Rakyat Super Store, Servay.
Berhemah ketika membeli. Jangan boros dan membazir. Membeli mengikut keperluan dan kemampuan. Islam mengajar kesederhanaan dalam semua hal.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Al-Baqarah:267. Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.



وَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
26. Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros.
27. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.(al-isra')



وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا
al-isra':29. Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal.
( jangan kamu terlalu kikir, dan jangan pula terlalu pemurah)

Lailatul Qadr

Khutbah Jumaat
Tempat: Masjid Ar-Rahim, Pekan Keningau
Khatib: Ustaz Mohd Rusli Ismail
Tarikh:21 Ramadhan 1430

Ringkasan khutbah:

عن ابن عباس، عن النبي صلى اللّه عليه وسلم قال:
"التمسوها في العشر الأواخر من رمضان: في تاسعة تبقى، وفي سابعة تبقى، وفي خامسة تبقى".


Daripada Ibni Abbas, daripda Nabi SAW sabdanya "Carilah(lailatal qadr) pada sepuluh hari terakhir daripda Ramadhan: pada sembilan akhir, tujuh akhir, lima akhir.

عن عائشة رضي الله عنها قالت:
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله

Daripada Aisyah RA katanya : Adalah Nabi SAW apabila masuk sepuluh hari terakhir daripada Ramadhan maka baginda akan mengetatkan kainnya(tidak menggauli para isterinya), menghidupkan malamnya dengan ibadat dan baginda akan mengejutkan ahli keluarganya.

Firman Allah: (surah al-qadr 1- 3)

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ


1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam al-qadr
2. Dan tahukah kamu apakah malam al-qadr itu?
3. Malam al-qadr itu lebih baik dari seribu bulan.

Malam al-qadr adalah anugerah Allah kepada kita Umat baginda Nabi SAW. Orang yang beriman tidak akan mengsia-siakan anugerah ini. Jika kerajaan di dunia mengeluarkan pekeliling tawaran hebat berupa ganjaran wang misalnya, kita akan berusaha mendapatkan ganjaran itu. Mengapa kita tidak mahu merebut tawaran hebat daripada kerajaan langit dan bumi ini?

Kakitangan kerajaan mungkin berasa sedih karana tak dapat bonus sebelum hariraya pada tahun ini. Sepatutnya kita berasa lebih sedih jika bonus Allah SWT ini kita persiakan. Bersamalah kita manfaatkan hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan amal soleh.